Pages

Sunday, 10 May 2015

Dasyat !! Debat awek tudung VS awek tak bertudung




Seorang awek yang tak bertudung bernama Lia post status pasal isu bertudung kat Facebook. Status yang dia tulis “huh….sume yang tutup aurat tu dah konpem masuk syurga ke?” banyak dapat komen dan like dari kawan yang sebijik macam dia..Tetiba, ada sorang muslimah ne, namanya Suri balas komen Lia tu. 

Suri : Yang pasti tak tutup aurat konpem masuk neraka 

Lia : Ala….tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak mengumpat orang sana sini. 

Suri : Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu..Katanya “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia…”Samalah dengan tudung, tudung yang disalahkan,” pakai tudung tak semestinya baik..bla..bla..bla…” 

Lia : Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku..ntah-ntah kau dulu lagi jahat. 

Suri : Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan. Selagi awak islam dakwah itu wajib..At least, orang yang kita dakwah tu insaf dan bertaubat 

Lia : Weh pompuan…kau ingat aku jahil sangat ke?? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik! 

Suri : Adakah awak mendakwa diri tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat? 

Lia : Pakai ketat ke, jarang ke..itu hak aku. Kalau tak suka tak payah tengok ok! 

Suri : Awak berani jamin ke yang sume lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu? 

Lia : Aku rasa aku tak pakai seksi pun. Terpulanglah pada orang yg melihat…so what?? 

Suri : Seksi atau tidak…hukumnya tetap berdosa walaupun menayangkan sehelai rambut 

Lia : Ala…tak bertudung pun, aku solat dan puasa macam kau jugak. 

Suri : Awak yakin ibadat tu diterima? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga? 

Lia : Suka hati aku la nak pakai macam mana pun. Aku tak susah pun hidup orang lain……. 

Suri : Awak sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik dan suami dengan menarik mereka ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik anda. 

Lia : Apa yang aku pakai….ne antara aku dengan Tuhan. 

Suri : Kat dunia berani la cakap. Berani kat depan Allah nanti cakap macam tu? Lawan perintah Allah neraka tempatnya.. 

Lia : Bukan aku tak nak tutup aurat….cuma masih belum sampai seru lagi. 

Suri : Mati tak kenal usia. Tak takut ke mati usia muda. Nanti tak sempat nak bertaubat. 

Lia : Relak la…perubahan bukan boleh buat terus…kena la slow-slow. 

Suri : Boleh ke cakap dekat Malaikat Izrail suruh tunggu kejap? Lepak la dulu…jangan ambil nyawa aku lagi..boleh?? 

Lia : Tutup aurat tu bagus tapi tak nak la hipokrit bila buat tak ikhlas… 

Suri : Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas beragama islam. 

Lia : =.=” ok baiiiiii……………………………….. 

Sekadar renungan kita bersama


Sumber Asal


Foto paling terkini 'Baby Bump' Lisa Surihani semakin ketara membesar


"Tammy, let me take this chance to wish you a very Happy Birthday! Thank you so so much for being such a great friend to me and to us, and thank you sbb sentiasa menjadi sumber info lawak utk hari-hari kita! These pics were taken circa 2013. Let's gather the March babies soon for dinner mmkay? Hanya doa-doa yang baik buat you Tammy, you are very kind. I am blessed to have you in my life. Happy Birthday Tammy!" - Inilah kapsyen Lisa Surihani pada sekeping gambarnya bersama kawan rapatnya yang menyambut ulangtahun kelahiran.


Menariknya, dalam gambar Lisa itu beliau dilihat memakai baju kurung sehingga jelas menampakkan bentuk Baby Bump yang semakin membesar. Tahniah

Jom saksikan foto tersebut di bahagian paling bawah. Sumber : Instagram Lisa Surihani



Gambar The Rock Masa Remaja Jadi Bahan Gelak [6 Foto]

The Rock merupakan selebriti yang mula popular menerusi rancangan wrestling sebelum bergelar pelakon popular.

The Rock atau nama penuhnya Dwayne Johnson kini merupakan bintang hollywood gred A yang mampu melakonkan watak aksi dan juga komedi.

Antara filem yang dilakonkannya ialah Fast Five, Journey 2: The Mysterious Island, Snitch, G.I. Joe: Retaliation, Pain & Gain, Fast & Furious 6, Empire State, Hercules, dan banyak lagi.

Yang terkini The Rock membintangi filem Fast & Furious 7 dan juga San Andreas.

The Rock juga pernah jadi bahan ketawa dan perkara itu berlarutan sehingga kini. Gambar Dwayne Johnson masa remaja sering menjadi bahan jenaka. Ini kerana beberapa fesyen yang digayakannya agak kelakar.

Jom layan gambar:
 
 
 
 

SEDIHNYA !! 10 GAMBAR sayu Emma Maembong bawa diri ke London?

Kalau nak tahu, Emma banyak berkongsi foto-foto percutiannya tau! Lebih menarik, Emma siap bawa ayahnya sekali.

Wah! Seronok bukan main lagi Emma berposing sakan disana.

Tak kisahlah Emma ke London kerana urusan kerja atau membawa diri. Yang penting, jom tengok koleksi foto-foto menarik Emma di sana.