HATI-HATI Bila Jumpa MAKCIK Ni Di KL SENTRAL Waktu Malam… Anda Bakal SERAM !!!
| Kejadian seumpama ini bukan pertama kali kita dengar malah tidak
pernah habis sejak dahulu. Manusia memang ada pelbagai sifat terutamanya
yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang ramai untuk
kepentingan diri sendiri. Dan KL Sentral bukanlah tempat yang asing lagi
menjadi lubuk kes-kes sebegini memandangkan ianya tempat yang menjadi
tumpuan orang ramai.
Sumber
Berikut adalah aduan/perkongsian yang kami terima;
Mungkin ada kisah disebaliknya apa yang dilakukan wanita ini. Apapun alasannya, sikap sebegini haruslah tidak berlaku lagi kerana ianya sikit demi sedikit menghakis sifat perikemanusiaan terutamanya bagi rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat perikemanusiaan dan amat mudah kasihankan orang yang di dalam kesusahan. KREDIT OHMEDIA.Salam admin Oh Media boleh tolong sharekan cerita ni? Terima kasih banyak2. Saya minta tolong biar kes ni tak berulang. Kes tipu duit di KL Sentral.Berlaku malam 5 april isnin lepas. Kami berlima perempuan baru sampai di kl sentral lebih kurang pukul 10 mlm. Sampai je, saya nak keluarkan duit dan yg lain pergi beli tiket ktm sebab nak balik kolej. Lepas siap, saya terus ke kaunter tiket untuk dapatkan kawan saya. Otw, ada sorang makcik datang tegur saya. Dia tanya dari mana. Lepastu, dia cakap nak minta tolong dari saya. Nak pinjam duit. Nampak dia macam susah hati. Dia cakap dia sanggup bagi hp dan jam tangan sebagai cagaran. Kiranya kalau tak bayar balik, saya boleh ambil barang dia. Dia nak pinjam duit sebab kad atm kena telan. Dah tak ada duit nak tidur hotel. Dia dari Johor. Asal Penang. Nama Fazilah. Lecturer muet kat UTM. Dia nak g PPUM esoknya.Katanyalah. Dia nak keluarkan duit sebab nak gi hotel & esoknya nak ke PPUM. Masa tu kawan2 sy nampak sy. Datang kawan sy 2 orang. 2 lagi pergi solat. Bila kawan sy datang makcik tu ceritakan balik. Sorang kawan sy ni tak fikir banyak sebab nampak makcik tu mengigil & terlalu mengharap. Kawan sy keluarkan rm100 dari atm & bagi makcik tu. Saya sebelum tu cakap kat makcik tu sy boleh bagi rm50 je sebab tak ada duit. Lepas dapat rm100 dari kawan sy, sambung borak lagi. Pasal kerja dia,anak dia medic ireland la.. Pastu dia tany. Harga hotel berapa rm kat area kl sentral & kat mana. Tp kami tak tahu. Dia tanya lg cukup ke tak ya rm100 nak bayar hotel.Kawan sy tadi bgtau kalau nak pinjam lg saya boleh bg lagi rm100. Masa tu sy dah fikir lain. Cepat2 sy mencelah. Takpelah. Sy bagi pinjam rm50. Tapi makcik tu macam nak kawan sy yg bagi sebab kawan sy nak bg rm100. Maybe sebab dia nampak kawan sy tu mudah dan tak teragak-agak macam sy. Then sy sambung, takpe saya bagi rm100. Tapi bagi hp dan jam tangan. Pastu dia kata nanti nak call kami utk pulangkan duit mcm mana kalau amik hp. Saya pun masa tu bagi jelah. Lagipun fikir kalau ambil jam dia pun nanti kena jumpa & pulangkan balik. Memang nampak dia susah hati and resah. sy masa tu ada jugak fikir kalau mak sy kena macam ni cane. So, dengan harapan saya buat baik dekat mak orang orang balas kat mak saya. Lepas saya kasi sempat saya snap gambar ni incase pape berlaku. Saya kena gerak dulu sebab nak cepat.Dia ada ambil no hp kawan sy masa tu and miscall. Esoknya kawan sy mesej num akaun sebab dia kata akan bank in lepas buat kad baru. dia reply lepas bank-in nanti dia inform. Tapi sampai sekarang tak bank-in. Kami dah banyak kali mesej and call. Tapi langsung takde jawapan. Banyak kali putuskan call. Dalam mesej tu sy cakap yg saya ada gambar dia. Tapi langsung tak takut. Nampaknya rezeki dia lah boleh rm200 malam tu. Dia tahu kami students. Tak sangka macam tu sekali tipu kami. Kalau makcik atau saudara makcik ada yg terbaca post ni, harap bayar balik.RM100 banyak bagi kami.Disebabkan orang macam ni la lepasni susah untuk saya dan orang lain lagi utk tolong orang yg benar2 kesusahan. Di sini saya sertakan sekali no hp dia ( 019-361 4929).Terima kasih.
Sumber