Pages

Tuesday 12 May 2015

8 Kelebihan memeluk isteri


Setelah berpuluh tahun membina perkahwinan, ada kala kemesraan suami isteri semakin lama semakin menjadi pudar.

Ini bukan bermakna kasih sayang yang dibina itu sudah hilang tetapi kemungkinan isteri sebagai ibu sibuk dengan urusan rumah tangga dengan anak-anak ditambah pula kehadiran cucu.

Suami pula sibuk dengan bebanan urusan pejabat yang semakin bertambah. Peluk cium antara suami isteri seakan sepi tidak seperti dua puluh tahun dahulu.

Menurut kajian, seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Berilah layanan yang istimewa kepada suami agar dapat selalu dipeluk olehnya.

1. MURAH PUJIAN
Tidak kira bagaimanapun sikap suami, jangan sekali-kali menjatuhkan air mukanya terutama di hadapan anak-anak. Selalu memberi puji-pujian dan kata-kata sanjungan. Jika suami membuat kesilapan seperti meninggalkan kain pelikat di hujung katil, apabila mahu menegurnya mulakanlah dengan tujuh kali puji-pujian terhadap mereka seperti, “abang nampak kacak hari ini”, “saya tengok abang semakin segak sekarang dan paling tidak saya rasa bahagia hidup di sisi abang tetapi pagi tadi, abang tertinggal kain pelikat di hujung katil dan sudah saya basuhkan”. Dengan puji-pujian ini sudah tentu suami akan memberikan pelukan hangat dan mungkin mendapat sebuah ciuman.

2.BERMAAFAN SEBELUM TIDUR
Salah satu cara untuk mengeratkan hubungan suami isteri dengan selalu bermaafan setiap kali sebelum tidur. Ucaplah kata-kata maaf atas apa sahaja perlakuan kita sepanjang hari dan berjanji tidak akan mengulanginya pada keesokan hari dan hari-hari yang mendatang. Suami juga secara tidak langsung akan berbuat perkara yang sama. Peluklah suami sebelum tidur dan anda pasti mendapat pelukan balas.

3. MENGHORMATI SEMPADAN PERIBADI SUAMI
Sebagai seorang isteri yang baik anda perlu menghormati hak peribadi suami. Memang antara suami isteri tidak patut ada rahsia antara satu sama lain tetapi kadang-kadang suami ada perkara yang tidak mahu isterinya tahu. Bukan maksudnya mahu membelakangkan isteri tetapi niatnya murni tidak mahu menyusahkan isteri. Janganlah mendesak suami untuk menyatakan halnya tetapi sebaliknya katakan padanya “walau apapun yang abang lakukan dan walau apapun keputusan abang, saya sentiasa menyokong abang”.

4. MUHASABAH HUBUNGAN UNTUK MENCARI PUNCA MASALAH
Hubungan suami isteri tidak akan lari dari perselisihan faham. Jika perkara yang kecil cepat-cepatlah perbaiki semula. Jika masalah yang melanda agak besar, sentiasa muhasabah hubungan dan mencari perkara yang positif dalam usia perkahwinan yang sudah menjangkau jubli perak ini. Paling baik, sentiasa mencari punca masalah dan selalu berbincang dengan suami. Cara ini paling berkesan dan menguntungkan ke dua belah pihak.

5. MENERIMA KELUARGA PASANGAN
Tunjukkan kita menyukai dan mengasihi orang-orang yang dihargai oleh pasangan kita. Pasangan yang intim dan bahagia saling suka menyukai kaum keluarga dan sahabat handai masing-masing. Mereka banyak menziarahi kaum keluarga dan rakan-rakan, selalu menolong dan sering mengajak mereka datang ke rumah. Bagi menunjukkan kita menyukai kaum keluarga dan sahabat handainya, pujilah mereka supaya dia tahu apa yang kita sukai berkenaan mereka itu. Jangan sekali-kali mengkritik dan mengumpat mereka.

6. MENGUBAH DIRI UNTUK MERANGSANG PERUBAHAN PASANGAN
Peredaran zaman membuatkan kehidupan manusia turut berubah. Jangan samakan kehidupan suami kita dua puluh tahun dahulu. Jika dahulu pendapatannya kecil tetapi kini sudah jauh berubah. Perubahan itu membuatkan komitmen juga turut berubah. Ubahlah diri dari segi mental dan fizikal selari dengan perubahan suami. Dalam erti kata lain berubah mengikut peredaran zaman. Jangan suami sudah sampai ke bulan kita masih mahu bertatih di bumi.

7. BERCAKAP DARI LUBUK HATI
Bercakaplah secara tulus dari hati berkenaan apa yang sedang difikirkan dan dirasakan. Masing-masing mempunyai ‘instinct’ terhadap satu sama lain. Kadang-kadang apa yang bermain di fikiran suami sudah boleh diduga oleh isteri. Itulah kehebatan sang isteri. Jangan berdusta dengan cara memendamkan perasaan yang sebenarnya.

8. BENTUK KOD-KOD KASIH SAYANG UNTUK SUAMI
Kadang-kadang bila anak-anak sudah besar, kita malu menyatakan sayang kepada pasangan. Apa kata anda ciptakan kod-kod istimewa yang hanya anda dan suami sahaja yang faham. Misalnya ‘1-4-3’ yang mempunyai maksud ‘I love you’ atau kod-kod yang mudah seperti ‘ikan keli’ dan sebagainya. Dengan kod-kod ini pasti anak-anak akan terpinga-pinga apa yang diucapkan oleh anda dan suami.

Peluk jangan tak peluk... dah halal jangan tak peluk pula... selain panjang umur.. tu la pahala paling mudah nak dibuat selepas kahwin.. pegang tangan pun boleh gugur dosa kan... apatah lagi la peluk dengan penuh kasih sayang...

"Saya Merelakan Dia Meratah Tubuh Saya Kerana Sayang"


Saya hilang pertimbangan ketika pertama kali kenal dia. Bagi saya, Imran satu-satunya lelaki yang mampu membuka pintu hati saya, sekali gus membuang sikap malu dan pendiam yang mengunci diri saya selama ini.

Ya, saya gadis pemalu. Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, saya mendapat didikan agama yang sempurna daripada kedua ibu bapa, sementelah, ayah menjadi bilal kampung dan guru mengaji Al-Quran. Saya dan sembilan adik-beradik lain khatam Al-Quran di usia muda, antara sembilan ke 11 tahun.

Betul kata ustaz, iman tak dapat diwarisi dan itulah yang terjadi kepada saya selama ini. Saya tidak sangka, Imran yang saya puja dan cinta selama ini tergamak meninggalkan saya di saat kandungan mula membesar. Saya nanar dan hampir gila, malah pernah lari menyembunyikan diri di sebuah rumah perlindungan dengan harapan tidak dikesan keluarga.

Kisah saya bermula ketika Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), saya meraih keputusan cemerlang 4A 1B dan diterima masuk ke sekolah berasrama penuh di Perak. Kali pertama saya terpisah jauh dari keluarga menjadikan langkah semakin melebar di samping kalangan kawan yang boleh tahan perangainya.

Suatu hari, saya ditangkap warden asrama ketika cubaan ponteng kelas. Ayah dimaklumkan perkara itu dan dia serta ibu bergegas untuk melawat saya di Perak.

Hancur hati ayah bila dimaklumkan yang anaknya ini telah beberapa kali melanggar disiplin sekolah dan perlu digantung sebagai hukuman.

Ayah tidak dapat terima dan akhirnya membuat keputusan menukar saya ke sekolah biasa, agar saya lebih dekat dalam pemantauannya.

Keputusan ayah buat saya lebih memberontak tetapi disebabkan saya anak pendiam, ayah dan ibu tidak mengesan sebarang perubahan.

Ketika di tingkatan lima, saya mengenali Imran. Setahun perhubungan kami, saya kenalkan Imran kepada ibu dan ayah.

Hubungan kami tidak dilarang kerana kami sering bertemu di rumah dalam pengetahuan ayah. Sementara menunggu keputusan SPM, Imranlah yang membantu saya mencari kerja sampingan.

Tragedi hari raya

Suatu hari, Imran meminta izin untuk membawa saya berhari raya di rumahnya. Ayah membenarkan dengan syarat pulang sebelum petang. Di rumah Imran, saya diperkenalkan dengan keluarganya tapi belum pun sejam saya berada di situ, keluarga Imran mahu menziarahi keluarganya di luar daerah.

Rupa-rupanya Imran tahu keluarganya akan keluar dan terlebih dahulu memasang rancangan untuk berdua-duaan dengan saya. Di tangan Imran kegadisan saya diragut. Meskipun secara paksa tapi kerana sayang saya merelakannya.

Selepas saya dihantar pulang ke rumah, Imran tidak lagi menemui saya malah sering mematikan talian telefon. Kalau dapat bercakap pun hanya sekejap dan dia memberi banyak alasan untuk mengelak berbual dengan saya.

Dua bulan selepas itu, saya mengandung! Dunia tiba-tiba bagaikan gelap.

Saya takut dan hilang punca sehingga bertindak lari dari rumah dan pergi ke sebuah rumah perlindungan.

Di rumah itu, saya diberikan syarat, jika tidak mahu keluarga tahu, bayi yang dilahirkan perlu diserah kepada rumah perlindungan dengan semua kos bersalin dibiayai penuh. Namun, jika tidak mahu menyerahkan bayi, ibu bapa perlu dimaklumkan mengenai kemasukan saya ke rumah itu agar kos bersalin ditanggung keluarga sendiri.

Saya membuat pilihan pertama. Saya malu dan takut. Saya juga kasihankan ayah yang amat disegani penduduk kampung atas statusnya sebagai bilal. Imran pula menghilangkan diri selepas menghantar saya ke rumah perlindungan itu.

Suatu hari, seorang pelatih berlari masuk ke bilik saya sambil menangis. Saya bertanyakan sebab kepadanya dan dia menasihatkan saya agar keluar dari rumah itu jika tidak mahu senasib dengannya.

“Dik, sekarang memang awak kata awak tak nak anak awak, tapi percayalah dik. Selepas sembilan bulan awak mengandungkannya, awak akan jatuh sayang dan tak sanggup kehilangan anak awak.

“Kalau awak tak mahu sengsara macam akak, awak baliklah ke pangkuan keluarga.

Biar awak tanggung malu seumur hidup asalkan anak awak depan mata. Kita dah buat salah, sepatutnya kita berdepan dengan keluarga,” pesan Kak Mala sambil menangis.

Saya turut menangis saat terlihatkan kesusahan Kak Mala ketika mengepam susu dari payudaranya yang membengkak. Kata Kak Mala, air susu pertama itu sepatutnya untuk anak, tapi anaknya telah diserahkan kepada orang lain. Dia menderita kerana berpantang tanpa bayi di sisi.

Hari itu juga saya hubungi ayah. Ayah mengamuk satu alam. Saya tidak kisah dipukul kerana ayah berhak melepaskan kemarahan dan kekesalannya. Saat itu hanya penderitaan Kak Mala yang berputar depan mata.

Sebagai penyelesaian, ayah cuba menemui keluarga Imran untuk menikahkan kami. Malangnya, Imran sudah menghilangkan diri malah keluarganya turut memfitnah saya dengan mengatakan kandungan saya belum tentu anak Imran.

Saya terduduk. Tidak sangka Imran sekeji itu. Meskipun ibu bapa menjadi pelindung dan menemani saya setiap kali mendapatkan rawatan mengandung, saya tidak boleh mengelak daripada diumpat keji orang. Tekanan perasaan seperti itu buat saya selalu meracau sehingga mendapat kad pesakit mental daripada hospital.

Ibu pula terpaksa berulang alik ke mahkamah dan jabatan kebajikan masyarakat untuk mendapatkan jaminan penjagaan sepenuhnya ke atas saya dan bayi yang bakal lahir.

Saya benar-benar menyesal. Perbuatan saya bukan sahaja merosakkan masa depan sendiri, malah menyusahkan keluarga. Saya harap remaja di luar sana sedar sebelum terlewat.

Jangan jadi seperti saya; seorang yang bijak pelajaran kini pemegang kad pesakit mental akibat perbuatan bodoh sendiri.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh Maya dan ibunya kepada wartawan Sinar Harian.

Sekali pandang, Maya seperti gadis lain. Dia cantik, ceria dan sihat malah kenal semua orang di sekelilingnya dan mampu menguruskan bayinya dengan baik.

Hanya ada waktu tertentu, apabila fikirannya bercelaru atau teringat kisah silam, Maya mengalami kemurungan dan mengamuk tanpa sebab.

Ketika itulah dia memerlukan perhatian penuh daripada ibunya. Ibu Maya terpaksa mendapatkan kebenaran dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk memelihara anak Maya. sumber

Monday 11 May 2015

Video: Cara Selfie Tunjuk "Buah Dada" paling Hot




AMALAN berselfie sememangnya sudah menjadi trend terkini tidak kira jantina mahupun usia seorang individu.

Maka, tidak hairanlah ada yang berlumba-lumba hingga sanggup membazirkan masa berjam lamanya bagi merakam gambar yang cantik lagi sempurna.

Ini kerana gambar tersebut bakal dikongsi dengan rakan-rakan di laman Instagramnya sekaligus meraih likes daripada pengguna media sosial.

Dalam pada itu, kami sebenar tidak dapat menahan tawa melihattricks seorang gadis cun merakam gambar selfienya.


Mana tidaknya, kerana mahu dilihat memiliki buah dada besar lagi gebu dia sanggup menggunakan pahanya hinggakan gambar yang dirakam menampakkan seolah-olah dia memiliki buah dada besar.

Yang menjadi mangsa siapa lagi kalau bukan kaum lelaki yang tak pasal-pasal merasa ‘geram’ hingga ada yang bernafsu tatkala melihat buah dada sebegitu.

Haaa… makanya, kita usahlah begitu cepat percaya dengan seseorang berdasalkan gambar semata-mata.

Apa lagi, anda tontonlah sendiri gelagat minah cun ini merakam selfienya… KELAKAR HABIS ! – MYNEWSHUB.CC

Budak yang bawah 18tahun jangan tengok tau? :P
Posted by Wiki Rakyat on Wednesday, March 11, 2015

Menyayat Hati! Ini Luahan Rindu & Kasih Sayang Tunang Nor Artikah Di Laman Facebook

PASIR PUTEH -  Pelajar Malaysia mangsa kebakaran asrama di Moscow, Rusia yang meninggal dunia kelmarin sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Ogos nanti.
Dalam pada itu, tunang Nor Artikah turut meluahkan perasaannya menerusi Facebook beliau petang semalam yang mana turut mendapat kata-kata semangat daripada kenalannya.
“Saya gembira dengan husnul khatimah awak…cuma kadang-kadang  bergenang sebab terasa kehilangan awak. Selamat berehat di sebaik-baik tempat berehat tunangku.
“Saya doa kita dapat jumpa semula di syurga nanti. Insya-ALLAH. Syurga itu mahal. Fighting!,”  itulah luahan Dr Wan Mohamed Ikhuwan Wan Ahmad Sayuti, 28, lapor Sinar Harian.
Hasrat keluarga untuk melihat detik bahagia itu tidak kesampaian apabila , menghembuskan nafas terakhir jam 2.30 petang waktu tempatan di Hospital Skifosovsky, Moscow akibat mengalami komplikasi pernafasan.
Nor Artikah turut melecur pada muka, tangan dan kaki dalam kebakaran di kampus universiti berkenaan, 23 April lalu.
Persiapan majlis perkahwinan penuntut Universiti Kajian Perubatan Kebangsaan Rusia dengan Pegawai Perubatan Hospital Kuala Krai, Dr Wan Mohamed Ikhuwan Wan Ahmad Sayutti, 28, sudah pun dibuat.‎
Bapa saudara Nor Artikah, Mat Yaakub Mat Jusoh, 53, ketika ditemui berkata, beliau mengetahui berita sedih itu selepas menerima panggilan telefon daripada Pegawai Yayasan Terengganu.
Menurutnya, Yayasan Terengganu yang sebelum ini membiayai pengajian Nor Artikah dalam jurusan perubatan turut mempermudahkan proses penghantaran jenazah dengan menanggung kos pengangkutan untuk dikebumikan di Kampung Bukit, Jeram Linang, dekat sini.
Mat Yaakub berkata, arwah akan dikebumikan di sebelah pusara neneknya, Esah Ali yang rapat dengannya sejak kecil lagi di mana Kampung Bukit adalah tempat beliau dibesarkan.
“Kali terakhir arwah berada di kampung adalah bulan Januari tahun ini ketika pulang ke tanah air untuk melihat musibah bah kuning yang melanda keluarganya di Kuala Krai akhir tahun lalu.
“Arwah jadikan rumah kami sebagai tempat anggota keluarga berkumpul dan mengadakan kenduri kekeluargaan.
“Majlis pertunangannya yang diadakan selepas hari raya kelima Aidilfitri tahun lepas juga diadakan di sini, malah majlis akad nikah pada 28 Ogos depan juga dirancang dilangsungkan di rumah ini,” katanya.
Mat Yaakub berkata, beliau membeli dua ekor lembu jantan sehari selepas hari pertunangan Nor Artikah untuk dikorbankan pada majlis perkahwinan nanti.
Bagaimanapun katanya, kedua-dua lembu itu mungkin akan disembelih untuk kenduri arwah sekiranya mendapat persetujuan keluarga.
Katanya, arwah yang merupakan anak kedua daripada lima beradik sentiasa menghormati orang tua dan gemar menziarahi sanak saudaranya dengan memanfaatkan musim cuti ketika pulang ke tanah air.