Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil
terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya
amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada
masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.
JAWAPAN:
Persetubuhan
antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan
yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan
persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya
bagi mereka yang tidak bernikah.
Melalui perkahwinan tertunailah
segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah
semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang
hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya
berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang
terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam
kehidupan seharian.
Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk
seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun
sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara
dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.
Ini
kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah
s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun
tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang
kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan
bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan
menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai
Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
Dalam ayat ini Allah
s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang
beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri
kamu mengikut kamu suka.
Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.
Al-Jauhariy
menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan”
manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia
boleh tumbuh”.
Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk
menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai
menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui
nilai dan adab.
Namun begitu, Islam juga menggariskan
batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid
atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.
Mengenai
persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara
sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika
berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih
baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.
Ini
kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang
menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.
Perkara
yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun
dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.
Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram -
Rezekikujua.