Pages

Monday 18 May 2015

AWAS ,Mesti Baca....Inilah Bahaya Jika Anda Menahan Kencing !!!



Walaupun terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.

Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan....

Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia....

“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing....

“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin....

Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran....


Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.

Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.

Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.

Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.

Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.

“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.

Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.

Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.

Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.

Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.

“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.

“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi....

Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya....

Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing....

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan...

Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih....

Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan....

“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder....

Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir....


SUMBER

Suami Terpotong Kepala Isteri Masa Buat Silap Mata


Suami Terpotong Kepala Isteri Masa Buat Silap Mata - Kali ni admin nak kongsi dengan korang satu entri yang agak tragis gak kisahnya. Kisah mengenai seorang ahli silap mata dengan pembantunya a.k.a isterinya sendiri. Satu kejadian tragis telah berlaku ketika persembahan sila matanya sedang berlangsung hingga meragut nyawa isterinya sendiri.
#Silap mata potong-potong badan ni memang sangat terkenal, betul tak? Tapi siapa sangka, ahli silap mata ni boleh terpotong betul-betul kepala pembantunya a.k.a isterinya. Kalau korang nak tahu diorang baru saja mendirikan rumah tangga selama 3 bulan. Malang betul. Videonya ada kat bawah ni, korang tengoklah ok.

http://youtu.be/qFYDOm_7iXE

PANAS!! Gambar Busana Ketat Eina Azman Yang Terlajak Tembus Nampak Bentuk Jadi Kritikan Ramai Peminat



#Gambar Busana Ketat Eina Azman Yang Tembus Pandang | Berdasarkan pemerhatian daripada mata kami yang agak rabun ini, warna rambut Eina Azman sekarang ini ialah warna kuning. Sudah pasti ia bukan warna yang asli sebaliknya diwarnakan oleh pelakon itu sendiri.


#Rupa-rupanya Eina Azman tidak dapat menukar warna rambutnya kepada warna asal kerana terikat dengan kontrak. Kontrak apa? Mungkin kontrak lakonan, mungkin kontrak produk kecantikan atau kontrak pewarna rambut.

#Hanya Eina sahaja yang tahu.
Disebabkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Eina Azman ini, pelbagai kritikan, kecaman dan juga rasa kurang puas hati telah diluahkan oleh para pengguna laman sosial. Pelbagai persoalan dikemukakan malah ada yang menyentuh hal keagamaan seperti solat dan mandi junub.


Sumber

12 Kelebihan AIS BATU Yang Ramai Tidak Tahu Dan Tidak Ambik Peduli..!!!


Pernah makan ais? Pernah minum air berais? Pernah duduk dalam peti ais? Tahukan anda bahawa ais sebenarnya mempunyai banyak manfaat? Sedarkah anda bahawa ais yang dibuat dari air paip atau air masak itu sebenarnya sangat berguna????
Jika jawapan anda bagi semua soalan di atas adalah ‘tidak’, maka anda wajib membaca apa yang bakal saya sampaikan… Dan jika jawapan anda adalah ‘ya’, pun anda digalakkan untuk membaca… Berikut adalah petua petua dengan menggunakan seketul ais...

Mengekalkan Make-up :

Jika anda mempunyai temujanji dan tidak mempunyai banyak masa untuk mengenakan solekan, ais boleh menjadikan kulit anda kelihatan berseri walaupun tanpa sebarang solekan tebal… Caranya adalah dengan menambil satu kiub ais, kemudian balutkannya dengan kain lembut atau tisu dan sapukan ke muka anda… Kemudian sapukan bedak padat ke muka anda… Hasilnya bedak tersebut akan bertahan lebih lama di wajah anda… Dan jangan lupa untuk memakai seoles gincu…...


Meratakan warna kulit :

Sifat ais yang sejuk mampu memberikan ketenangan dan kesejukan apabila digunakan pada kulit… Disebabkan itu, ia mampu untuk mengurangkan ketidaksamaan warna kulit sama ada kulit wajah mahupun anggota badan… Hanya sapukan ketulan ais ke kawasan yang terjejas selama beberapa minit dan hasilnya menakjubkan… Ia merupakan kaedah yang sangat efektif untuk dilakukan tatkala sedang bersantai di rumah…..


Merehatkan mata :

Berasa letih selepas seharian di tempat kerja atau setelah merenung skrin komputer untuk tempoh yang lama? Cubalah silap mata ini demi kecantikan mata anda… Ambil beberapa ketul ais dan balutkan ke dalam kain yang lembut, kemudian sapukan ke sekeliling mata anda… Ini bukan sahaja akan melegakan tekanan yang anda alami tetapi ia turut akan menghapuskan bengkak pada mata anda… Anda akan berasa lebih santai dan segar selepas itu…..


Merawat jerawat :

Dengan menyapukan ais pada wajah anda bukan sahaja akan melembutkan kulit wajah anda malah ia turut mengecilkan liang2 pori pada wajah anda dan menghalang bakteria daripada memasuki liang2 kulit wajah anda… Caranya adalah dengan pegang ais dengan kain yang bersih dan sapukan ais tersebut pada kulit muka anda selama 10 minit setiap hari… Ia mampu mengecilkan liang2 pori dan mengurangkan keradangan pada kulit wajah…...


Menghilangkan gula2 getah :

Opsss! Ini bukan buat magik gula2 getah yang sedang dikunyah di dalam mulut hilang secara tiba2 tetapi ini petua untuk menanggalkan gula2 getah yang melekat pada rambut atau pakaian anda… Hanya sapukan ketulan ais pada bahagian yang terjejas, kemudian tanggalkan gula2 getah tersebut dengan jari anda atau penyepit tanpa merosakkan rambut atau pakaian anda…..


Mengeluarkan selumbar :

Selumbar atau serpihan kayu kadangkala akan tercucuk pada jari apabila anda memegang kepingan papan atau kayu yang tidak ‘dikemaskan’ dengan sempurna… Jika jari anda tercucuk selumbar, sapukan ais pada bahagian tersebut dan cabut selumbar tersebut menggunakan penyepit… Ianya akan menjadi mudah dan tidak menyakitkan…..


Menghilangkan kedut / renyuk :

Jika pakaian anda dari jenis yang renyuk atau kedutannya susah hendak hilang, di sini ada tip untuk menghilangkannya terutamanya apabila anda perlu keluar untuk bertemujanji… Caranya adalah dengan gosokkan ketulan ais yang dibalut dengan kain yang lembut pada kawasan renyuk atau kedut tersebut dan kemudian seterika kawasan tersebut tanpa perlu menunggu kesan ais tersebut kering… Hasilnya amat menakjubkan!!!!


Mengurangkan lepuh :

Apabila ada anggota badan anda yang melepuh atau terbakar, ambil beberapa ketul ais dan balut dengan kain yang bersih… Kemudian sapu perlahan-lahan pada kawasan yang melepuh atau terbakar selama beberapa saat… Selain mengurangkan kesakitan di kawasan yang terjejas, ia juga dapat mengelakkan kerosakan yang lebih teruk pada kawasan tersebut… Selain itu ia mampu mengurangkan bengkak pada kawasan tersebut…


Merawat sengal2 otot :

Setelah berhempas pulas melakukan kerja berat, pasti ada beberapa kawasan otot yang akan berasa sakit dan sengal… Hanya perlu gosokkan ketulan ais pada bahagian yang berasa sengal selama beberapa ketika untuk mengurangkan rasa sengal tersebut…...


Memanaskan nasi :

Memanaskan semula nasi yang sejuk akan menyebabkan nasi tersebut bertambah kering dan kurang sedap… Jadi untuk mengelakkan perkara itu terjadi, letakkan beberapa ketul ais di bahagian atas nasi dan panaskannya… Ais yang cair akibat pemanasan tersebut akan melembapkan nasi yang dipanaskan semula itu…..



Sakit mencabut :

Bagi wanita yang suka membentuk kening dengan mencabut bulu kening, pasti anda akan merasa sakit tatkala kening anda dicabut… Jadi, untuk mengurangkan kesakitan tersebut, gosokkan kiub ais pada kening anda terlebih dahulu sebelum mencabut…... Ulang prosedur tersebut setiap kali sebelum anda mencabut bulu kening anda….. Cara ini akan mengurangkan kesakitan dan mencegah kulit disekeliling kening anda menjadi kemerah-merahan…..


sumber