Pages

Wednesday, 20 May 2015

AWAS...7 Nama Bayi Yang Perlu Di Elakkan ,NO 4 Adalah Yang Paling Ramai Orang GUNAKAN...!!!



TENTU kita pernah mendengar ungkapan, ‘Apa Ada Pada Nama’ bukan??? Telah terbukti bahawa nama amat penting dalam memain peranan terhadap diri seseorang individu/insan.Dalam program Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin.Walaupun sebutan nama-nama berkenaan sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang.Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak :::...

1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya

Peringatan dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu untuk menukarkan nama tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan. Sebagai contoh, kalau nama NUR NAJWA. Kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja.Sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya jua......

Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah dia selalu jumpa kes-kes pesakit yang datang untuk buat rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas. [SUMBER]Sebab itulah dia menasihatkan kalau boleh elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu dipakai jin, walaupun tidaklah salah apatah lagi berdosa memakai nama tersebut......

Tuesday, 19 May 2015

Ingin Anak, Fathia Latiff memilih Syukri Yahya sebagai suaminya.

#KUALA LUMPUR: Selepas puas mencari dan mahu cepat memiliki zuriatnya sendiri, Fathia Latiff akhirnya memilih Syukri Yahya sebagai suaminya. Perwatakan Shukri yang dilihat cukup sempurna sebagai seorang lelaki yang matang, bekerjaya dan beriman menarik minat Fathia walaupun tiada cinta di hatinya.... Bagaimana dengan Aiman, kekasih yang selama ini bertakhta di hati Fathia?
#KUALA LUMPUR: Selepas puas mencari dan mahu cepat memiliki zuriatnya sendiri, Fathia Latiff akhirnya memilih Syukri Yahya sebagai suaminya. Perwatakan Shukri yang dilihat cukup sempurna sebagai seorang lelaki yang matang, bekerjaya dan beriman menarik minat Fathia walaupun tiada cinta di hatinya.... Bagaimana dengan Aiman, kekasih yang selama ini bertakhta di hati Fathia? Ramai telah mendoakan percintaan di antara Aiman dan Fathia berakhir ke jinjang pelamin, namun jangan risau kerana Shukri hanya menjadi suami Fathia untuk drama terbaru bagi slot Akasia iaitu Dia Isteri Luar Biasa.....

#Menggantikan Hati Perempuan yang episod akhirnya hari ini, Dia Isteri Luar Biasa (DILB) bakal bersiaran bermula 18 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 6. 55 petang. Drama adaptasi novel daripada novelis Umie Nadzimah ini dijangka bakal menjadi kegilaan ramai apabila menggandingkan hero yang semakin menjadi pujaan ramai iaitu Shukri Yahaya dan juga Fathia Latiff.... DILB turut dijayakan oleh Keith Foo, Elizad Sharifuddin, Nonny Nadhirah, Datin Ziela Jalil, Pian Kepoh, Syatilla Melvin, Leez Rosli dan ramai lagi.....

11 Fakta Menarik Tentang Kentut Yang Pasti Korang Tidak Pernah Terfikir !!!



1. Apakah penyebab kentut

Kentut disebabkan oleh udara terperangkap, yang boleh datang dari pelbagai sumber. Sesetengah daripadanya adalah udara yang kita telan atau pun makanan yang kita kunyah atau minum. Udara ini disebabkan oleh gas yang meresap ke dalam usus kita daripada darah kita. Dan ada juga gas yang terhasil oleh tindak balas kimia dalam usus atau bakteria yang hidup dalam perut. Kentut biasanya terdiri daripada kira-kira 59 peratus nitrogen, 21 peratus hidrogen, 9 peratus karbon dioksida, 7 peratus metana dan 4 peratus oksigen. Hanya kira-kira satu peratus daripada kentut mengandungi gas hidrogen sulfida dan sulfur....

2. Kenapa kentut berbau busuk

Sulfur adalah elemen yang membuat kentut berbau busuk. Kentut berbunyi kerana getaran rektum. Kekuatan bunyi ini mungkin berbeza-beza bergantung kepada bagaimana kuatnya tekanan gas, serta kesempitan otot selepas usus anda. Lebih banyak sulfur dalam diet anda, lebih dahsyat kentut anda akan berbau. Sesetengah makanan mengandungi sulfur lebih daripada yang lain, itulah sebabnya makanan seperti petai, jering, keju, soda, dan telur boleh menyebabkan gas yang mampu mengerutkan dahi....

3. Purata seorang manusia normal kentut sebanyak 14 kali sehari

Rata-rata manusia menghasilkan kira-kira setengah liter kentut setiap hari. Walaupun ramai wanita tidak akan mengakuinya, wanita tetap kentut sekerap lelaki. Malah, satu kajian telah membuktikan bahawa apabila lelaki dan wanita makan makanan yang sama, wanita cenderung mempunyai gas yang lebih pekat berbanding lelaki. Jika seseorang itu kentut secara berterusan selama 6 tahun dan 9 bulan, mereka akan menghasilkan gas dengan tenaga bersamaan sebutir bom atom....

4. Kentut terpantas telah mencatatkan kelajuan 3 meter per saat

Walaupun kentut keluar dengan halaju yang berbeza-beza, kita biasanya menghidu baunya selama kira-kira 10-15 saat selepas itu. Ini adalah kerana ia mengambil yang lama untuk bau mencapai lubang hidung anda....

5. Menahan kentut tidak berbahaya kepada kesihatan anda

Doktor tidak bersetuju bahawa menahan kentut tidak baik untuk kesihatan. Sesetengah pakar berfikir bahawa kentut adalah sebahagian aktiviti semula jadi dalam sistem pencernaan anda, jadi menahannya tidak akan memudaratkan anda. Pendapat bahawa menahan dari kentut boleh menyebabkan kembung perut dan gejala tidak selesa yang lain adalah tidak tepat....

6. Bagi sesetengah budaya, melepaskan kentut di depan khalayak bukanlah masalah besar

Walaupun kebanyakan budaya merasakan bahawa kentut perlu dikendalikan dengan sopan, terdapat beberapa budaya yang bukan sahaja tidak kisah melepas di khalayak ramai, tetapi mereka benar-benar membudayakannya. Satu kaum etnik Indian di Amerika Selatan yang menggunakan kentut sebagai ucapan (Yanomami). Di China pula anda sebenarnya boleh mendapatkan pekerjaan sebagai penilai bau kentut professional. Di zaman Rom purba, Maharaja Claudius, berasa takut bahawa menahan kentut dalam upacara awam adalah tidak baik untuk kesihatan, maka beliau meluluskan undang-undang yang menyatakan bahawa ia boleh diterima untuk melepas angin sewaktu jamuan....

7. Gas kentut mudah terbakar

Seperti yang dinyatakan di atas, metana dan hidrogen dalam bakteria yang menghasilkan kentut membuat gas anda sangat mudah terbakar. Inilah sebabnya mengapa sesetengah orang berfikir ia adalah perkara menyeronokkan untuk menghasilkan nyalaan api dari kentut. Tindakan ini jelas sangat berbahaya....

8. Anai-anai menghasilkan paling banyak kentut berbanding haiwan lain

Adalah sukar untuk mempercayai bahawa anai-anai kecil bertanggungjawab untuk kebanyakan masalah pemanasan global di bumi. Anai-anai kentut lebih banyak dari mana-mana binatang lain, yang menghasilkan gas metana. Menurut Environmental Protection Agency, “pelepasan metana ke global oleh anai-anai dianggarkan antara 2 dan 22 Tg setahun, menjadikan mereka sumber semula jadi kedua terbesar pelepasan metana. Metana dihasilkan dalam anai-anai sebagai sebahagian daripada proses biasa pencernaan....

9. Jika anda menahan kentut, ianya akan keluar sewaktu anda tidur

Walaupun anda menahan kentut anda sepanjang hari, gas akan melepaskan diri sebaik sahaja anda berada dalam keadaan santai. Apa yang lebih santai daripada tidur?

10. Manusia masih kentut selepas mati

Berikut adalah bukti bahawa anda tidak boleh melarikan diri dari kentut, walaupun selepas mati! Sehingga tiga jam selepas badan itu mati, gas terus melepasi laluan dari kedua-dua hujung saluran penghadaman, menyebabkan berlakunya sendawa atau kentut. Fenomena ini adalah disebabkan oleh pengembangan dan pengecutan otot sejurus selepas mati....

11. Kemana perginya kentut jika ditahan atau tidak dikeluarkan?

Kentut tidak diserap darah dan tidak hilang dengan sendirinya. Kentut berpindah menuju ke bahagian atas menuju usus dan pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, cuma ditunda dari melihat dunia......

Anda Pasti Tidak Akan Percaya....Inilah Hasilnya Selepas Minum Air Kelapa Selama 7 Hari Berturut-Turut !!!




Ajaibnya, air kelapa dan plasma darah dalam aliran darah manusia mempunyai struktur yang serupa. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan air kelapa sebagai pengganti darah semasa zaman perang di masa lalu, dan dengan cara ini banyak nyawa manusia terselamat...

Hari-hari ini air kelapa digunakan di seluruh dunia, dan anda boleh menemuinya di pelbagai pasaran di persekitaran anda. Mungkin rasa airnya tidak lagi segar, tetapi daya detoksifikasi dan manfaat kesihatan lain dari air kelapa sangat tak diragukan lagi....

Apa yang terjadi apabila anda minum air kelapa dalam 7 Hari?

Dipetik dari laman healthyfoodteam.com, air kelapa boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh anda dan menghilangkan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing, gonorea, penyakit gusi dan virus yang menyebabkan selesema, jangkitan pelbagai penyakit dan tifus....

Air kelapa dapat meningkatkan tenaga dan pengeluaran kelenjar hormon tiroid. Air kelapa bertindak sebagai diuretik semulajadi dan sangat membantu bagi orang yang mempunyai penyakit buah pinggang. Ini akan membantu membersihkan saluran kencing dan saluran pundi kencing. Berkhasiat menghilangkan racun dan membantu memecah batu buah pinggang.

Air kelapa mengandungi jumlah serat yang tinggi, sehingga sangat baik untuk pencernaan. Mengambil air kelapa secara teratur akan membantu menghilangkan asam lambung.

Kerana air kelapa rendah lemak, anda boleh meminumnya dalam jumlah banyak. Air kelapa akan mengurangkan nafsu makan anda kerana selepas meminumnya anda akan merasa kenyang, jadi secara tak langsung membantu penurunan berat badan....

Cuba basahkan kapas atau kain dengan air kelapa dan letakkan pada kulit jika anda mempunyai jerawat, kulit berminyak atau kering. Air kelapa akan membuat kulit lebih bersih dan segar, dan pori-pori akan terbuka. Campur air kelapa dengan minyak zaitun untuk membersihkan pencernaan dan menghilangkan parasit usus....

Para ahli mendakwa bahawa air kelapa juga membantu mengatasi beberapa masalah kesihatan semasa mengandung. Dengan hanya satu cawan air kelapa anda akan menyeimbangkan elektrolit, sehingga anda akan terhindar dari hipertensi atau juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi....

Ketika orang terlalu banyak minum (mabuk) sepanjang malam, mereka sering mengalami sakit kepala di pagi hari. Minumlah air kelapa untuk menghilangkan sakit kepala dan mengganti cecair yang hilang dalam badan serta mengatasi penyakit yang disebabkan daripada mabuk....

Jika anda ingin kulit anda cerah dan dilindungi sepanjang hari, minumlah satu gelas air kelapa. Jika anda kehilangan terlalu banyak tenaga dengan aktiviti fizikal yang melelahkan, anda boleh memulihkan tenaga anda dengan air kelapa. Air kelapa akan memberikan kesan positif pada setiap bahagian tubuh anda yang lelah....

Air kelapa kayak akan anti oksidan sehingga membantu sistem kekebalan tubuh yang kuat, meningkatkan tenaga, keselamatan dari bakteria dan jangkitan, penurunan berat badan dan banyak manfaat lain....