Pages

Friday 22 May 2015

8 Filem Yang Diharamkan Di Malaysia


Walaupun filem pada sebenarnya bertujuan untuk memberi hiburan, namun terdapat juga sesetengah filem yang memaparkan adegan-adegan yang kurang menyenangkan atau menyinggung perasaan penonton sehingga menyebabkan filem tersebut terpaksa diharamkan dari ditayangkan.

Malaysia juga tidak terkecuali dari situasi tersebut, malah pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga sentiasa memantau dan menapis filem-filem yang berunsurkan seksual, keganasan, politik atau budaya sosial sebelum ia ditayangkan.

Berikut merupakan senarai lapan buah filem antarabangsa dan juga tempatan yang diharamkan ditayang di Malaysia.


Fifty Shades of Grey
Image result for Fifty Shades of Grey

Filem yang diangkat dari sebuah novel popular 'Fifty Shades of Grey' ini sememangnya dijangka tidak akan ditayangkan di Malaysia. Bagaimanapun pengedar filem di Malaysia iaitu United International Pictures (UIP) pada awalnya berkata filem tersebut akan ditayangkan di Malaysia dan berita tersebut nyata menggembirakan sesiapa yang membaca novel tersebut. Kegembiraan itu bagaimanapun tidak lama apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengharamkan filem lakonan Dakota Johnson dan Jamie Dornan kerana dikatakan terlalu pornografi.

Sex Tape
Image result for sex tape movie

Filem ini adalah filem kedua berunsur seks yang diharamkan di Malaysia pada tahun 2014. Rata-rata tidak terkejut dengan pengharaman filem tersebut kerana judul filem tersebut awal-awal lagi mengisahkan tentang seks, maka tidak hairanlah ia diharamkan. Walaubagaimanapun, orang ramai masih boleh menonton filem di Internet.

The Wolf of Wall Street
Image result for The Wolf of Wall Street

Filem yang dibintangi pelakon hebat Leonardo DiCaprio ini diharamkan ditayangkan di Malaysia kerana terdapat kelucahan, babak bogel serta seks. Selain itu, filem arahan Martin Scorcese ini juga mencipta rekod penggunaan perkataan lucah 'F**K' paling banyak dalam filem R-rated iaitu sebanyak 506 kali dalam filem itu atau 2.81 kali seminat. Jadi tidak hairanlah ia diharamkan di sini.

The Raid 2: Berandal
Image result for The Raid 2: Berandal

Jika sebelum ini filem pertama garapan Gareth Evans "The Raid: Redemption" pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2011, namun untuk sekuel kedua ini iaitu "The Raid 2: Berandal" ini diharamkan dari ditayangkan di Malaysia. Menurut Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF), filem yang diterajui oleh Iko Uwais ini mempunyai terlalu banyak babak ganas keterlaluan di dalam filem ini.

Noah
Image result for noah

Filem yang memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh A.S ini mendapat kritikan hebat daripada negara-negara Islam di dunia berikutan memaparkan ilustrasi atau wajah Nabi Nuh yang sememangnya bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain Malaysia, beberapa negara di Timur Tengah seperti Qatar, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan banyak lagi telah mengharamkan tayangan filem yang dibintangi Russel Crowe, Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson. Malah institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem ini.

I Spit On Your Grave
Image result for I Spit On Your Grave

Filem yang mengisahkan tentang seorang wanita yang membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang merogolnya ini bukan sahaja diharamkan di Malaysia, malah terdapat banyak negara lain yang turut mengharamkan tayangan filem ini antaranya Singapura, Thailand, China, New Zealand dan banyak lagi. Ini kerana filem arahan Steven R. Monroe ini didakwa mengeksploitasi golongan wanita.

Dukun
Image result for dukun

Filem seram tempatan "Dukun" arahan pengarah hebat Dain Said ini sememangnya dinanti-nanti oleh ramai pada tahun 2007. "Dukun" merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa seorang pengamal ilmu hitam.

Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) telah mengharamkan filem tersebut kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.

Banglasia
Image result for banglasia

Filem yang diarahkan oleh pengarah kontroversi Namewee ini sepatutnya ditayangkan di seluruh negara pada 30 Januari 2014, namun filem "Banglasia" telah diharamkan dari ditayangkan di Malaysia dikecam hebat oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika proses kelulusan filem.

Pihak LPF dan KDN turut memberikan sebanyak 31 catatan rasmi iaitu 90 peratus dari filem tersebut sekaligus mengarahkan filem tersebut membuat penggambaran semula.

Malah "Banglasia" turut tidak dibenarkan ditayangkan di laman sosial YouTube atau dijual di pasaran secara sah atau haram dan pihak yang menayangkan filem ini di rumah ataupun di kawasan awam akan berdepan tindakan undang-undang.

7 Orang Gadis Berbogel Di Pantai Port Dickson (Gambar) Tanpa Segan

Empat wanita dipercayai pelancong asing dilihat selamba berjemur dalam keadaan separuh bogel di Pantai Saujana, Port Dickson petang kelmarin.....
#Kejadian yang berlaku sekitar jam petang itu, mereka yang dianggarkan berusia antara 20-an telah berjemur di atas tikar di pantai dalam keadaan cuaca panas terik.....
#Aksi ghairah wanita berkenaan disedari seorang pengunjung yang hanya ingin dikenali dengan nama Chow Weng yang mandi di laut di pantai tersebut......
#Pada mulanya, Chow terpandang empat pelancong tersebut menghampiri pantai dengan memakai bikini sebelum berbaring di atas tikar.....
#“Tidak lama kemudian, saya terkejut melihat mereka selamba menanggalkan coli yang dipakai. Saya segera naik ke pantai dan membersihkan diri di tandas sebelum mengambil kamera di dalam kereta dan merakamkan beberapa gambar sebagai bukti kelakuan pelik mereka kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelancong yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam”, katanya.

Kisah Cinta Gadis Melayu Dan Jejaka Korea

Kisah Cinta Gadis Melayu Dan Jejaka Korea
Kisah Romantis Perkahwinan Gadis Melayu Dan Jejaka Korea | Rata-rata gadis melayu masa kini teringin untuk bersuamikan 'foreigner' apa lagi yang berasal dari Korea.
Siapa sangka, mungkin impian anda bakal menjadi kenyataan. Itulah yang terjadi kepada gadis melayu, Fadhi dan pasangannya, Aiman Kim Je Young yang berasal dari korea.

Kalau dah jodoh takkan ke mana..
Kedua pasangan romantis ini bertemu buat pertama kali ketika ditugaskan untuk menjaga pelajar antarabangsa menerusi program ‘exchange student’, Fadhi dan Aiman Kim Je Young akhirnya berkahwin beberapa bulan kemudian setelah dilamun cinta.
Kisah Cinta Gadis Melayu Dan Jejaka Korea
Menurut blognya, I am Fadhi, selepas sebulan berkenalan, hubungan mereka bertambah rapat dan Kim memberitahu hasrat hatinya untuk menikahi Fadhi.
Ibu bapa Fadhi pada awalnya tak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Kim namun 3 bulan kemudian mereka berdua melangsungkan pernikahan yang dilakukan secara kecil-kecilan.
Sanding pun belum lagi sebab masing-masing busy. Ini kisah bagaimana mereka berkenalan.
Kisah Cinta Gadis Melayu Dan Jejaka Korea
Disebalik kisah percintaan yang romantis ini, pelbagai kisah kelakar dan lawak yang mereka kongsikan dalam laman blog mereka.
Fadhi kini sedang mengikuti pengajian di Sungkyunkwan University di Korea.
Kalau korang merancang untuk melancong ke Korea, bolehlah dapatkan harga pakej percutian yang sangat murah dengan Fadhi.

Untuk info, artis Malaysia, Jehan Miskin juga memilih warga Korea Sebagai pasangan hidupnya.
Semoga pasangan romantis ini dimurah rezeki dan berkekalan hingga ke hujung nyawa. Amin.
Kisah Cinta Gadis Melayu Dan Jejaka Korea

Kisah Cinta Gadis Melayu Dan Jejaka Korea

Kisah Cinta Gadis Melayu Dan Jejaka Korea

Misteri Mayat Tanpa Kepala Di Penjara Pudu


Semasa saya bertugas di penjara pudu, Kuala Lumpur, ada seorang anggota polis yang bertugas sebagai pegawai memang tidak percaya kewujudan alam mistik. “hantu-hantu ini karut belaka. Aku ni selalu tengok mayat tak pernah jumpa hantu pun!” kata pengawai siasat ini angkuh setiap kali mendengar cerita pengawal penjara pudu terserempak hantu ketika bertugas. Suatu hari, pengawai penyiasat ini datang lagi ke penjara pudu untuk interview tiga orang banduan yang akan menjalani hukuman gantung. Pegawai penyiasat tersebut tiba sudah lewat petang.mengikut prosedur, pegawai siasat itu tidak dibenarkan masuk. Tapi, disebabkan pegawai penyiasat sudah biasa berurusan, pihak penjara berikan keizinan. Hari itu, tiga orang banduan yang akan menjalani hukuman mati diinterviewnya.

Dua lelaki dan seorang wanita. Banduan-banduan ini dibawa ke sebuah bilik khas. Pegawai penyiasat it uterus menginterviu banduan seorang demi seorang. Selesai banduan lelaki, tiba giliran banduan wanita pula. Banduan wanita ini masuk lantas duduk di hadapan pegawai penyiasat tadi dengan kepalanya tunduk memandang ke lantai. Pegawai penyiasat tadi mula mengajukan beberapa soalan. Tapi banduan wanita itu menjawab endah tak endah. Kepalanya masih tunduk. Pegawai penyiasat ini mula naik angin. Bila disoal lagi, banduan ini tetap enggan memberikan kerjasama. Hanya beberapa soalan saja yang dijawabnya. Kepalanya tetap tunduk ke bawah. Selepas 10minit disoal, banduan itu meminta izin untuk ke tandas yang terletak di dalam bilik siasatan tersebut.

Sambil itu, pegawai tadi membelek laporan yang diperolehinya tadi. Hanya banduan wanita laporannya belum lengkap. Dua minit kemudian  banduan wanita itu duduk semula di depan pegawai penyiasat tadi. Kepalanya masih tunduk memandang meja. Rambutnya sepanjang bahu jatuh menutup pipi. “jawab soalan saya yang tadi. Jangan tengok lantai. Pandang saya,” tengking pegawai penyiasat itu sambil merenung pada banduan wanita tersebut. Bila diasak beberapa kali, barulah banduan wanita itu mengangkat mukanya perlahan-lahan. Terkejut sungguh pegawai penyiasatan tadi. Barulah dia dapat melihat wajah sebenar banduan itu. Wajahnya cantik. Matanya bersinar. Kulitnya putih mulus. Banduan itu lantas tersenyum menampakkan gigi yang putih bersih. Peliknya, senyuman banduan wanita itu seperti ada sesuatu tersirat. Matanya tajam merenung pegawai penyiasat itu tanpa menjawab soalan. Tiba-tiba laungan azan Maghrib berkumandang dari arah masjid berdekatan.

Allahuakbar!
Allahuakbar!
Asyhadu alla ilaha illallah…
Asyhadu alla ilaha illallah…

Sebaik mendengar laungan azan, banduan wanita itu tiba-tiba terus menjerit-jerit dan melolong seperti orang gila hingga bergema bilik tersebut. Tidak semena-mena kepala banduan itu pecah. Darah menyembur. Kepala banduan wanita itu tadi terus tercabut dari badan lalu tergolek kea rah pengawai penyiasat itu tadi. Pegawai penyiasat tadi terus melulu keluar dari bilik dan berlari berjumpa dengan seorang  warden yang menunggu di depan pintu.  “kenapa tuan?” soal warden apabila melihat pegawai penyiasat itu yang menggeletar dan cemas. Sebaik mendengar penerangan pegawai penyiasat tadi warden itu sangat terkejut. Setahu warden itu hanya pegawai penyiasat itu seorang diri yang tinggal dalam bilik itu. Kesemua banduan telah dihantar balik ke sel masing-masing. “betul tuan. Selepas banduan wanita itu pergi ke tandas dia terus keluar dari bilik. Jadi kami bawa dia balik ke sel,” terang warden penjara. “jadi, siapa banduan wanita yang saya interview tadi… selepas balik dari tandas?” soal pegawai penyiasat itu.

Warden tersebut hanya menggeleng-gelengkan kepala. Selepas kejadian tersebut, pegawai penyiasat itu tidak berani lagi bercakap besar. Dia juga percaya makhluk halus memang wujud dan turut mendiami penjara pudu. Siapa pula gerangan wanita yang kepalanya tercabut dari badan itu?

Sebenarnya sudah ramai banduan atau warden penjara terserempak takutkan wanita itu. Menurut kisah yang diberitahu kepada saya, wanita itu sebenarnya ialah seorang bekas anggota komunis yang ditangkap ketika melakukan serangan hendap dibalai polis beranang. Selepas gerombolan komunis menyerah kalah, ada saki-baki anggota komunis yang masih degil menyerang balai polis beranang untuk merampas senjata. Ketika serangan itu, dua orang rakan lelakinya ditembak mati, manakala wanita itu Berjaya ditangkap. Anggota komunis wanita itu ditahan dan dipenjarakan di penjara pudu. Akhirnya wanita itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Malangnya, semasa hukuman dijalankan, tali gantung tidak beberapa elok. Semasa sedang digantung, tali tersebut telah menghiris leher banduan wanita itu sehingga kepalanya bercerai dari badan. Sejak itu lah banduan-banduan dan warden penjara pudu sering terserempak lembaga wanita ini terutama di sekitar blok hukuman gantung. Ada yang pernah ternampak wanita ini berjalan tanpa kepala atau kepalanya dipegang ditangan. Ada kalanya kepalanya yang terputus itu bergolek-golek di atas lantai. Mungkin rohnya yang tidak tenang dan sering berkeliaran mengganggu penghuni penjara pudu.