Pages

Saturday 23 May 2015

Inilah Status Terakhir Gadis Remaja Cantik Kacukan Melayu Campur Inggeris Yang Meruntun Hati !!!





Penulis terlihat namanya itu di dalam salah satu blog…mungkin ia gadis berdarah campuran..

Terus penulis membuat carian di Google. Rupanya ada kisah tragis yang berlaku di sebalik gadis berusia 17 tahun ini.

Apabila pertama kali membaca kisah mengenainya, hati berdebar-debar dan mata mula bergenang. Kesian sungguh!

Berdarah kacukan Inggeris dan Melayu, Yasmin Hunwik atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe telah kembali ke Rahmatullah sejak 3 Jun lalu dan kebetulan pada hari ini genaplah pemergiaannya yang ke 100 hari.

Al-Fatihah buat Yasmin.

Beberapa minggu sebelum meninggal dunia, arwah Yasmin seolah-olah sudah mendapat tahu yang dia akan kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya.

Kebiasaanya kita sebagai orang yang berada di sekeliling tidak akan perasan mengenai apa yang berlaku, selepas seseorang itu tiada di muka Bumi ini, barulah kita tersedar. Itulah kuasa Allah....

Antaranya perkara yang berlaku adalah, arwah Yasmin telah memuat naik gambar buku bertajuk ‘Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur’ melalui Instagram......

Selain itu, melalui Twitternya pula dia menulis takut untuk tidur kerana sering bermimpi buruk......

Dia adalah pemilik dan penulis blog www.misschronicz.blogspot.com, berlinangan air mata admin setelah membaca blog beliau....

Walaupun namanya tidaklah sepopular Hanis Zalikha namun dia pernah menjadi ‘trending’ topik di Twitter....

Melihat daripada keadaan itu, ibu Yasmin melalui laman web Facebook telah menyampaikan pesanan ini:

“Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan (bapa kepada Yasmin) tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012....

Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain....

Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi....

We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud.

Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.....”

Mengimbas kembali kejadiaan yang telah menimpa Yasmin, ia berlaku sekitar 12 tengah malam di mana dia bersama dua lagi rakannya maut di tempat kejadian semasa hendak membuat pusingan ‘U’ di Padang Gaung, Langkawi......

Mereka telah dirempuh oleh van pelancong yang datang dari arah Ulu Melaka. Ketika itu, mereka tidak memakai topi keledar malah menunggang motosikal tiga orang sekali gus.......

Hari ini, ibunya telah menulis di blog yang arwah telah mendapat markah tertinggi dalam ujian piano gred 4. Ibunya turut memberitahu yang mereka sekeluarga amat merinduinya....

Malah, arwah Yasmin sangat berbakat dan comel. Dia disenangi oleh semua guru dan rakan-rakan....

Oleh kerana itu, sehingga saat ini tidak hairanlah masih ada guru dan rakannya yang sering bermimpi mengenai arwah....

Bagi yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Yasmin, anda boleh ke blog miliknya itu....

Takziah penulis ucapakan kepada keluarga arwah Yasmin. Semoga roh Yasmin dan rakannya berada disisi orang yang beriman. Insya’Allah.......



SUMBER : http://otakkambingrebus.blogspot.com

14 Petua Dan Tips Mudah Untuk Menghilangkan Sakit Senggugut 'WANITA' !!!



1 ---->Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


2 --->Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.


3 --->Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.



4 --->Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.


5 --->Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .


6 --->Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku. Rasanya memang kurang enak tetapi pasti akan berhasil.

7 --->Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.


8 --->Buah petola boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.


9 --->Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.


10 --->Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.


11 --->Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.


12 --->Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.


13 --->Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.


14 --->Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari....

EKSLUSIF!! 5 Gambar Wajah Terbaru Bekas Isteri Sudirman Akhirnya Didedahkan


Setelah sekian lama, akhirnya seorang peminat berjaya menyelongkar siapakah gerangan wajah di sebalik bekas isteri Seniman Sudirman Hj Arshad pada masa kini. Jom ikuti pendedahan beliau!

Ini adalah satu-satunya entry yang aku mohon maaf sekiranya ia menyinggung perasaan atau salah dari segi faktanya.

Aku merupakan peminat arwah Sudirman Hj Arshad, seperti biasa, bila kita minat seseorang itu maka kalau boleh, kita ingin tahu apa kegemarannya, siapa orang kesayangannya, apa citarasanya dan berbagai lagilah. Apatah lagi sekiranya orang yang kita minat itu seorang public figure seperti beliau.

Aku sendiri tidak terkecuali.

Aku rasa semua orang terutama peminat Sudirman tahu bahawa beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang eksekutif Petronas yang bernama Kamariah Jamaluddin atau Kay, namun mahligai cinta yang dibina cuma mampu bertahan kira-kira tiga tahun saja sebelum semuanya berakhir dengan penceraian
Dan semua orang tahu kesan perpisahan tersebut memberi tekanan psikologi yang cukup hebat dalam diri Sudirman, ini boleh dirasai melalui lagu-lagu cinta yang didendangkannya

Di mana Kay sekarang? Itulah yang sering menjadi tanya aku dan ribuan peminat Sudirman kerana wanita itu dikatakan terus menghilang dan tidak muncul-muncul lagi selepas terjadinya peristiwa penceraian tersebut
Tidak lama dulu, aku terbaca satu artikel mengenai kisah seorang bekas eksekutif Petronas di dalam Sunday Times yang menulis mengenai sebuah buku masakan.

Di sini, admin kongsikan tiga keping gambar lama yang memaparkan wajah sebenar bekas isteri allahyarham Sudirman Haji Arshad.




Hati aku tiba-tiba berdegup! mungkinkah dia Kay yang dimaksudkan oleh arwah Sudirman itu???
Aku tak puas hati, dari situ aku cuba menyelongkar Google dan Yahoo Search tentang wanita ini.
Penulis ini rupanya menepati betul ciri-ciri yang digambarkan oleh arwah, dia sangat cantik walau kini usianya telah melewati usia 50-an, ejaan namanya sama, dan dia turut menuntut di Universiti Malaya pada waktu yang sama dengan tempoh arwah Sudirman belajar di sana.

Aku sangat kagum dengan kejayaan Puan Kay sekarang…nampaknya bekas suami isteri ini sangat berjaya dalam bidang mereka masing-masing.

Tak mengapalah, semua dah jadi sejarah, Puan Kay pun sudah mempunyai keluarga sendiri dan bahagia dengan kehidupannya sekarang.

Persoalannya, adakah Puan Kay benar-benar Kay yang Sudirman maksudkan itu?






sumber

Aidil Zafuan: Saya Guna Nombor Zarema Untuk Bercakap Dengan Anak Anak




Semalam dunia hiburan sekali lagi kecoh dengan pendedahan Rita Rudaini yang mendakwa isteri kepada Aidil Zafuan, Zarema Zainal sering menganggu dirinya sehingga lewat malam dan ekoran itu Aidil Zafuan telah membuat laporan polis kerana pendedahan itu menganggu privasinya.
Dalam kenyataan kepada mStar Online, Aidil Zafuan mengakui nombor telefon yang didedahkan oleh Rita Rudaini itu milik isterinya dan menggunakan telefon berkenaan untuk menghubungi Rita Rudaini pada malam Rabu lalu kerana ingin bercakap dengan anak-anak.

“Saya cuba menghubungi Rita menggunakan telefon bimbit isteri saya kerana Rita telah sekat nombor saya agar tidak boleh menghubunginya”
“Saya menelefon dia pun ada sebabnya, mahu bercakap dengan anak-anak tapi dia tidak jawab panggilan itu. Mengapa dia nak menipu mengatakan nombor Zarema itu kerap menghubunginya? Saya tidak faham apa tujuan dia berbuat demikian,” luah Aidil Zafuan kesal.
Aidil Zafuan semalam telah membuat laporan di Balai Polis Nusajaya, Johor Bahru berhubung perbuatan Rita Rudaini itu dengan alasan pendedahan berkenaan telah mengganggu beliau dan isteri selepas menerima banyak panggilan dan gangguan sejak nombor telefon itu terdedah.