Pages

Monday 25 May 2015

6 Jenis wanita yang tidak patut dikahwini dan dijadikan isteri

Pesan Rasulullah untuk kaum lelaki:

“Jangan kamu kahwini wanita yang ada enam sifat ini, yang ananah, yang mananah, yang hananah, yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

Berikut adalah 6 jenis wanita yang tidak patut dikahwini:

1. Wanita Ananah

Wanita yang banyak mengomen. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangga semuanya tidak kena dan sentiasa tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah

Wanita yang menidakkan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk rumah tangga. Dia suka mengungkit apa yang dilakukan untuk rumah tangga.

3. Wanita Hananah

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwini sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan dia berangan-angan untuk mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah

Melemparkan pandangan matanya pada sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang atau sesuatu dengan memaksa suaminya untuk membeli. Wanita yang suka ikut nafsunya. Dia suka membandingkan dirinya dengan orang lain.

5. Wanita Basaqah

Wanita yang suka bersolek dan menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tunjukkan kepada dunia. Wanita sebegini suka dipuji-puji. Kalau dia menjadi isteri orang yang ternama dialah yang yang menjadi ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Wanita yang marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali bersendirian dan diasingkan bahagiannya.

6. Wanita Syadaqah

Wanita yang suka bercakap banyak menyebabkan segala kerja yang dilakukan tidak menjadi.
Sumber : Blogammar

Sunday 24 May 2015

Kisah Syukur Seorang Pakcik Yang Sudah Berkahwin 40 Tahun Tetapi Tiada Anak


Gambar hiasan, Sumber: Noorizam Sabran
Hari ini dapat pula berkenalan dengan Pakcik Sayuti. Beliau seorang diri menolak motorsikal di PLUS menghala ke Sungai Besi, saya pula dari Nilai dan menuju ke Bandar Seri Putra untuk singgah sebentar ke Studio.
Saya berhentikan motorsikal dan tanya pada Pakcik apa masalahnya, oh katanya minyak habis. Puas juga menahan motorsikal lain kalau mereka ada tiub kecil untuk kami sedut dan ‘transfer’ minyak ke motor Pakcik ini. Tetapi hampa, semua tak ada, ada juga yang tak berhenti pun, tak apalah mereka pun nak cepat menyambut malam jumaat agaknya.
Saya minta Pakcik Sayuti tunggu di situ dan berehat sementara saya pecut ke Bandar Seri Putra membeli minyak dan pusing kembali ke arahnya. Saya maklumkan saya akan lambat sedikit kerana perlu pusing di dua buah plaza toll, beliau angguk faham. Saya terus pecut ke Baking Temptation untuk membeli balang kuih, itu sahaja yang dapat saya fikir untuk mengisi minyak bagi motor ex5 pakcik Sayuti.
Usai sahaja mengisi minyak, saya memecut kembali ke Pakcik. Beliau girang bukan kepalang, menepuk-nepuk bahu saya berkali-kali mengucap terima kasih.
“Nah ambik nih” Beliau menghulur nota RM5.
“Eh tak apa, pakcik simpanlah, bagi cucu aiskrim.”
“Aku anak pun tak ada.” Beliau senyum sendiri dan menyimpan kembali duit tersebut. Saya terdiam dan rasa bersalah sangat, berkali-kali saya menyebut, maaf pakcik, maaf.
“Kau nak cepat? Kalau tak, tunggu pakcik berbuka sekejap, ini ada roti dan air.” Beliau membuka bungkusan perlahan-lahan.
“Laaa! Pakcik Puasa! Ok ok saya temankan.”
Kami duduk sekejap di bahu jalan dan menjamah roti apabila pakcik sudah yakin masuk waktu maghrib. “Kau sudah kahwin?”
“Sudah pakcik.”
Anak berapa?”
“Alhamdulillah, baru seorang.” Saya jawab perlahan-lahan. Risau hatinya terusik lagi.
“Berapa tahun dah kahwin?”
“Baru masuk 9 tahun, Alhamdulillah.”
“Alhamdulillah, aku sudah 40 tahun lebih, tak ada anak, Alhamdulillah..”
“Pakcik bersyukur?”
“Ha, aku syukur. Hal rezeki kan Allah punya kerja. Kena syukur. Kalau sekarang ini Allah beri aku anak, tak tahulah aku nak jaga macamana. Tak reti dah! Dah tak kuat. Jadi aku bersyukur sangat-sangat. Nak jaga anak zaman sekarang bukan senang!” Beliau menyambung. Saya semakin kagum dan terkebil-kebil tak tahu nak jawab apa lagi untuk menyambung perbualan.
“Orang ada anak ke tak ada anak ke jangan cuba-cuba nak persoalkan. Itu semua rezeki Tuhan, ada beza orang tak nak anak dengan orang tak ada anak.” Beliau terus menyambung perbahasan. Saya diam sahaja sambil bersungguh mengunyah roti macam orang berbuka puasa juga.
“Jaga anak kau baik-baik, itu amanah. Aku tak merasa pikul amanah tu, kau kena syukur. Tapi jangan pula kau pandang tak elok orang tak ada anak, kami tak ada anak, tapi kami manusia juga. Ada hati juga, ada perasaan juga.”
“Betul pakcik.. saya minta maaf sekali lagi. Saya tak ada niat pun.” Saya luahkan kekesalan. Memang menyesal ya amat sebenarnya.
“Takpelah. Kalau kau tak tolong aku hari ini, tah siapa-siapa pula kan. Bersyukur tak jumpa aku? Ke menyesal? Ha ha ha,” beliau mula ketawa, tetapi sudah nampak ada genang-genang air mata.
“Kita jumpa lagilah, aku nak balik Kampung Baru, tadi pergi ziarah anak saudara kemalangan di Labu. Makcik kamu paham benar dah, takut aku balik lambat, tulah dia sedia roti dengan air, kalau tidak dah lah minyak habis, lapar pulak! Ha ha ha. Itulah, aku bersyukur dapat makcik kamu. Tak tahulah siapa pergi dulu nanti, aku doakan biarlah mati sama-sama, tak ada anak, nanti sunyi! Ha ha ha.” Beliau ketawa tetapi mengesat-ngesat mata.
Saya sudah tak boleh tahan, saya menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi Pakcik Sayuti menyambut dengan memeluk erat. Dan seperti biasa saya menangis tak tentu pasal di bahu jalan yang mula penuh dengan kereta berpusu-pusu.
Beliau terus memeluk saya dan menangis juga. Kami memujuk dengan menepuk bahu sesama sendiri. Bersalam dan menyambung menangis di atas motor. Kami berlalu dalam senja maghrib pulang ke rumah masing-masing.
Sungguh, tak pernah saya jumpa orang yang betul berterima kasih pada Tuhan kerana diberi ujian. Empat puluh tahun hidup suami isteri dengan penuh kasih sayang tanpa ada anugerah bonus yang dinanti-nanti pasangan yang berkahwin. Allahu akhbar. Memang pakcik hebat.
Saya hanya merasa perasaan ini enam tahun. Selepas itu muncul Nurul ‘Ain dalam hidup kami. Alhamdulillah. Beliau pula merasa sepanjang hidupnya.
Buat Pakcik Sayuti dan makcik, semoga penuh anak-anak yang berlari menyambutmu di syurga nanti. Amin.

Doktor Tertinggal Telefon Bimbit Dalam Perut Pesakit Selepas Dibedah

Doktor Tertinggal Telefon Bimbit Dalam Perut Pesakit Selepas Dibedah
Gambar Hiasan
Jordan – Seorang pakar sakit puan sebuah hospital swasta di sini dilaporkan tertinggal telefon bimbitnya dalam perut seorang pesakit ketika melakukan pembedahan, April lalu.
Hanan Mahmoud Abdul Karim, 36, dimasukkan ke hospital berkenaan 24 April lalu, lapor akhbar Jordan, semalam.

Ketika menjalankan prosedur pembedahan ke atas wanita itu, doktor berkenaan dikatakan tersalah letak telefon bimbitnya di dalam perut Hanan.
Ibu Hanan, Majeda Abdul Hamid memberitahu media, selepas Hanan melahirkan bayi lelaki seberat 4.8 kilogram anaknya dibenarkan keluar hospital.
“Sejak itu, keluarga kami menyedari perut Hanan kerap bergegar perlahan.
“Anak saya menghadapi kesakitan amat sangat dan tidak dapat bergerak. Saya membawanya ke hospital. Selepas melakukan X-ray, doktor mendapati ada objek di dalam perutnya.
“Doktor pakar kemudian melakukan pembedahan dan mengeluarkan telefon bimbit itu,” katanya.
Kejadian itu menimbulkan perdebatan dalam Parlimen Jordan apabila seorang anggotanya Salim Al Bataynah mendesak kerajaan negara itu bertanggungjawab.
Kementerian Kesihatan Jordan sedang menyiasat laporan itu, tetapi jurucakapnya, Hatem Al Azrae mengatakan cerita disampaikan adalah tidak berasas dan satu pembohongan.

Lelaki Cari Dan Makan Najis Dalam Tandas Wanita

Lelaki Cari Dan Makan Najis Dalam Tandas WanitaJiangmen – Seorang lelaki dilihat beberapa kali memasuki bilik air wanita dan memakan najis dalam tandas sebuah pusat beli-belah di bandar Jiangmen di wilayah Guangdong.
Menurut seorang pengawal keselamatan plaza beli-belah itu, lelaki berkenaan dilihat memasuki tandas itu sejak awal tahun ini.

“Dia akan ke tandas wanita di tingkat dua mencari najis untuk dimakan. Dia biasanya datang antara jam 8 pagi hingga 10 pagi. Dia akan datang lagi pada jam 3 petang,” kata pengawal berkenaan.
Seorang wanita yang bekerja di pusat berkenaan memberitahu wartawan TV Guandong, lelaki itu merisaukan wanita yang menggunakan tandas berkenaan.
Ketika disergah wartawan yang bertemu dengannya di tandas itu, lelaki itu mengaku dia datang ke situ untuk makan najis.
Apabila ditanya apa yang berada di tangannya, lelaki itu menjawab: “Najis.
Wartawan: Mengapa anda makan benda yang menjijikkan itu.
Lelaki: Saya memakannya kerana lapar.
Wartawan: Mengapa pilih tandas wanita?
Lelaki: Ia lebih enak
Wartawan: Keluarga anda tidak bimbang?
Lelaki: Mereka sudah mati.
Wartawan: Anda tak tahu ke benda itu kotor, tidak sihat dan menjijikkan?
Lelaki: Dah lapan tahun saya memakannya. Saya berasa kesihatan saya lebih baik selepas memakannya.
Seorang doktor yang ditemui berkata, lelaki itu mungkin gila kerana tabiat ganjilnya.
Sebaik berita mengenai lelaki itu tersebar, pihak pengurusan plaza beli-belah itu mengunci tandas wanita.
Orang ramai pula menggesa kerajaan membantu merawat lelaki berkenaan.