Penulisan kali ini adalah penilaian dari segi luaran. Walau
bagaimanapun, kecantikan adalah satu perkara subjektif dan penilaiannya
adalah berbeza mengikut individu. Sejauh manakah anda bersetuju dengan
pendapat dari penulis?
1) Ukraine
Kebanyakan gadis Ukraine menyerupai wanita Rusia yang memang terkenal dengan kecantikan yang seperti anak patung dan menawan.
2) Perancis
Wanita Perancis terkenal dengan personaliti mereka yang bersikap
terbuka dan sikap, bertenaga dan rasa citarasa fesyen yang tinggi.
Mereka juga terkenal dengan sikap yang romantis dan menggoda.
3) Serbia
Mewarisi baka mediteranean dengan mempunyai bentuk badan yang menarik
dan tinggi. Boleh dikatakan 99% wanita disana adalah kurus, agak susah
hendak berjumpa wanita Serbia yang gemuk.
4) Argentina
Mereka terkenal dengan berkulit yang kelihatan berseri. Masyarakat
Argentina amat menitik beratkan penjagaan kulit dan rambut. Selain itu,
mereka juga peka dengan perkembangan fesyen semasa.
5) India
India mempunyai pelbagai kaum. Mereka bukan sahaja mempunyai kulit, mata
dan rambut yang cantik malahan adat ketimuran mereka juga agak tinggi.
6) Venezuela
Persis Barbie Doll mungkin ini
adalah gambaran yang tepat untuk menggambarkan kecantikan wanita
Venezuela. Boleh dikatakan Venezuela adalah merupakan negara yang kerap
memenangi pertandingan Ratu Dunia.
7) Rusia
Orang Rusia terkenal dengan mata yang cantik persis anak patung,
kebanyakannya berwarna biru. Memiliki kulit yang cantik, tidak seperti
dengan sesetengah wanita barat yang rata-rata memiliki kulit yang
berbintik-bintik seperti jeragat.
8) Brazil
Wanita Brazil terkenal dengan bentuk tubuh badan yang tegap dan paling sesuai menjadi model untuk fitness. Mereka
ini boleh dikatakan wanita yang paling seksi di dunia.Seksi bukan
bermakna memakai pakaian yang terdedah tetapi seksi dari segi bentuk
tubuh mereka yang sememangnya mantap dan padat.
9) Jepun
Berambut hitam dan berkulit cerah, selain mempunyai kulit yang halus dan
cantik serta mempunyai budaya ketimuran yang amat tinggi. Mempunyai
mata yang cantik dan bersinar walaupun tidak terlalu besar dan
kebanyakan mereka mempunyai badan yang lansing.
10) Malaysia (Borneo)
Jika di Malaysia, kebanyakan gadis-gadis yang cantik ditemui di bahagian
Malaysia Timur seperti Sabah & Sarawak. Bukan tempat lain di
Malaysia tak cantik, tetapi kebanyakannya penulis mempunyai teman-teman
yang cantik yang kebanyakannya berasal dari Sabah dan Sarawak. . Mereka
mempunyai kecantikan yang dikatakan unik kerana kebanyakan mereka
mempunyai kulit yang lembut dan cantik, kulit kuning langsat (tidak
terlalu cerah dan tidak terlalu gelap) dan mempunyai wajah campuran cina
dan Melayu. Oleh sebab itulah Penulis merasakan mereka adalah salah
satu wanita tercantik dunia kerana kecantikan mereka adalah unik.