Dalam hidup ini,pelbagai pengalaman yang akan dan bakal kita dapat,tiak
kira pengalaman apapun,ianya pasti akan di kenang sampai
bila-bila,bercakap tentang pengalaman,jom kita ikuti pengalaman dua
sahabat yang sedang memancing yang telah bertemu dengan makhluk halus.
SELAIN manusia, Allah turut menciptakan makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi kehadirannya dapat dirasai walaupun ia tidak pernah menyenangkan. Di layar perak atau kaca televisyen, kehadiran makhluk halus selalunya disertakan dengan muzik menyeramkan, membuatkan bulu roma penonton turut sama berdiri.
SELAIN manusia, Allah turut menciptakan makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi kehadirannya dapat dirasai walaupun ia tidak pernah menyenangkan. Di layar perak atau kaca televisyen, kehadiran makhluk halus selalunya disertakan dengan muzik menyeramkan, membuatkan bulu roma penonton turut sama berdiri.
sekadar foto hiasan |
Bagaimanapun,
di alam nyata, kehadirannya langsung tidak memberi petanda kerana
tiba-tiba saja ekor mata dapat menangkap kelibat sesuatu tetapi
akhirnya hilang begitu saja. Ada ketikanya, ia menjelma betul-betul di
depan mata tetapi bagi yang penuh ilmu di dada, ia tidak sedikit pun
mencuit rasa. Sebaliknya, bagi yang longgar iman, kemunculan makhluk
yang dijanjikan kekal dalam neraka itu sedikit sebanyak mencabar
kewarasan.
Sebaiknya kehadiran
makhluk berkenaan sama ada di depan mata atau sekadar berasakan
kelibatnya tidak dihiraukan kerana takut bererti manusia yang
disertakan akal bersama kejadiannya memberikan kemenangan kepada iblis
yang diizinkan Allah mengusik dan menyesatkan anak cucu Adam sehingga
hari kiamat.
Mungkin kisah yang
diceritakan pemuda berusia awal 20-an yang cuma dikenali sebagai Faiz
boleh dijadikan panduan betapa makhluk itu juga bosan jika usikan dan
gangguannya tidak diendahkan.
“Kisah
ini diceritakan oleh rakan sekerja yang jauh lebih senior. Dulu, di
tempat kerja saya ada dua sahabat baik yang gila memancing.
Persahabatan mereka sejak di bangku sekolah rendah terbawa-bawa sehingga
ke alam pekerjaan.
“Memandangkan
persekitaran kerja yang dekat dengan laut, kedua-dua mereka tidak
melepaskan peluang memancing sebaik tamat tugas. Keakraban mereka dapat
dilihat jika seorang bekerja syif pagi dan seorang lagi syif petang
hingga malam, kedua-duanya akan balik ke rumah esok pagi selepas
memancing semalaman,” kata Faiz.
Pada
malam kejadian, kedua-dua sahabat baik itu duduk selesa di atas tembok
bersebelahan antara satu sama lain sambil menunggu joran masing-masing
diragut ikan. Malam semakin hening tetapi kedua-dua lelaki berkenaan
terus sabar menanti.
Tiba-tiba
mereka ternampak sebiji labu sayong yang hanyut entah dari mana. Salah
seorang lelaki berkenaan terus memungut labu itu dan diletakkan di tepi
kemudian kembali menumpukan perhatian kepada joran.
“Dalam
keadaan sunyi sepi dan hening itu, tiba-tiba mereka ternampak ada
sesuatu menjelma di tengah laut dan di atas permukaan laut, makhluk itu
berjalan menghampiri mereka. Kedua-dua sahabat itu cuma melihat
makhluk itu semakin menghampiri dan duduk di tengah-tengah antara mereka
berdua.
“Lucunya, mereka tidak
pula lari lintang pukang, sebaliknya cuma mengalih kedudukan
seolah-olah memberi ruang kepada makhluk itu. Agaknya bosan gangguannya
tidak dihiraukan, makhluk itu lesap begitu saja meninggalkan kedua-dua
sahabat tadi yang asyik memancing itu. Rupa makhluk itu tidak pula
diceritakan oleh rakan sekerja,” katanya.
Mungkin
juga kerana nasib tidak menyebelahi, joran mereka tidak dimakan ikan
menyebabkan kedua-dua sahabat itu berkemas untuk balik. Ketika itulah
baru disedari labu yang sebelumnya berada berhampiran mereka sudah
hilang.
Kedua-dua sahabat itu
terperanjat besar apabila membuka but kereta kerana mereka mendapati
labu berkenaan berada di dalamnya. Siapa yang meletakkan labu sayong
itu di dalam bonet menjadi misteri kepada kedua-duanya.
Faiz
berkata, seorang rakannya yang digelar abang Din, juga kaki pancing
kerap diganggu makhluk halus tetapi bak kata pepatah alah bisa tegal
biasa.
“Dia menceritakan pernah
satu hari dia balik ke rumah pada waktu dinihari selepas memancing.
Selepas membersihkan badan, abang Din mengejutkan isterinya untuk
memberitahu ikan sudah dibawa masuk ke dalam sebelum tidur.
“Tidak
lama kemudian, isterinya mengejutkan abang Din untuk bertanya apa yang
dibawa balik. Apabila abang Din menjawab ikan, isterinya dengan
selamba berkata: ‘Ikan apa dengan bentuk badan besar macam beruk, hitam
legam dan berbulu lebat?’ Rupa-rupanya abang Din turut membawa balik
makhluk lain,” katanya.