Kisah ini terjadi kepada sahabat Siakapkeli sendiri pada minggu lepas.
Yang mana menerusi inbox akaun peribadi penulis, sahabat penulis,
Mohamad Ridzuan Bin Nasir, 27, memberitahu ada sesuatu perkara yang
sukar dipercayai telah berlaku hari ini.
Diberitahu kepada penulis untuk melihat status terbaru yang dimuat naik
menerusi akaun facebooknya. Lalu penulis kehairanan apa yang menarik
sangat dengan status barunya itu.
Penulis pun menjenguk akaun dia dan mendapati terdapat beberapa keping
gambar nasi bungkus dan telur goreng di hadapan monitor sebuah komputer
yang sedang memainkan bacaan Al-Rukyah menerusi Youtube.
Berikut adalah apa yang ditulis mengenai gambar tersebut:
MasyaAllah... Waktu beli makanan tadi dah tgk telur goreng atas
bawah semua ok. Then sampai office makan depan PC buka bacaan Rukyah
telur berubah bertompok2 merah seperti darah. Kuasa Allah memelihara
dari pelaris yg kotor dari memasuki badanku... Subhanallah... Maha suci
Allah...
Bagaimanapun ada beberapa komen yang mendakwa itu mungkin kicap, namun perkara tersebut dinafikan olehnya.
Selain itu ketika berbual dengan penulis, ketika awal membuka bungkusan
makanan tersebut dia sudah membelek bahagian telur itu dan pada ketika
itu tiada pun bintik-bintik darah tersebut.
Kemudiannya dia membuka Youtube dan memainkan bacaan ayat tersebut
kerana dia sememangnya gemar mendengar bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran
ketika tinggal serumah bersama penulis suatu ketika dahulu.
Dia kemudiannya meninggalkan nasi bungkus yang telah dibuka bersama bacaan itu dan ke dapur untuk membancuh air minuman.
Setelah dia kembali untuk menjamah makanan itu lalu terkejut melihat apa
yang sudah berlaku kepada lauk telur yang hendak dimakannya.
Bintik-bintik merah seperti darah beku itu muncul rata-rata pada
bahagian permukaan.
Bagaimanapun tidak semua percaya akan perkara itu dan ramai juga yang
menafikan apa yang terjadi itu kerana bacaan tersebut dan menganggapnya
sebagai kicap.
Dia juga telah dihubungi oleh pihak
myMetro berhubung perkara ini dan menurutnya, "
Saya
tidak memaksa sesiapa untuk percaya. Saya hanya berkongsi kejadian yang
berlaku supaya orang lain berhati-hati apabila membeli makanan.
"Apa kata cuba beli nasi lemak yang saya beli dan lakukan seperti yang saya buat," katanya.
Dia yang juga terkenal dengan syarikat pembekal
Kad Kahwin Murah merasakan sangat bersyukur kerana mungkin telah terhindar daripada pelaris dengan bacaan rukyah.—
Siakapkeli.my