Pages

Thursday, 4 June 2015

Pencegah Maksiat Di Johor Bernafsu Kuda! Ambil Kesempatan Ke Atas Tukang Urut Wanita? (6 GAMBAR)


JOHOR BAHRU: Tembelang seorang lelaki yang menonjolkan sifat murni termasuk bersungguh-sungguh mahu mencegah maksiat di kalangan penduduk di sebuah rumah pangsa di Bandar Baru Uda, Tampoi di sini, terbongkar selepas dia melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang sarat hamil lima bulan. 

Lelaki itu juga memohon maaf terhadap perbuatannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke telefon bimbit suami mangsa baru-baru ini meskipun menyedari perbuatannya menimbulkan tekanan mental terhadap wanita berkenaan. 

Mangsa yang berusia 31 tahun berkata, kejadian berlaku 30 Ogos lalu iaitu pada jam 7 pagi selepas dia menghantar anak ke sekolah dan terserempak dengan lelaki itu di tingkat tiga rumah pangsa berkenaan. 

Wanita mualaf itu berkata, dia yang tinggal bersama keluarga di tingkat empat, menyapa lelaki berusia 40-an terbabit kerana sudah mengenalinya sejak lebih lima tahun lalu. 

Bagaimanapun, mangsa yang bekerja sebagai kerani di pejabat guaman tidak menyangka lelaki itu tiba-tiba bertindak melampaui batas apabila menghampirinya dan melakukan perbuatan tidak bermoral. 

“Saya terkejut apabila lelaki itu meraba belakang bahu dan mencium pipi kiri sebelum saya menolak tangannya. 

“Dia kemudian terburu-buru masuk ke rumahnya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Tampoi pada 1 September lalu. 

Sementara itu, suami mangsa yang berusia 34 tahun berkata, dia bimbangkan kesihatan mental isterinya yang masih tidak dapat melupakan peristiwa mengaibkan itu. 

“Suami mana tidak tertekan jika isteri menjadi mangsa gangguan seksual tambahan pula ketika sedang mengandung. 

“Kejadian berlaku ketika isteri saya sedang mengandung dan dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan akibat tertekan,” kata bapa kepada dua anak itu. 

Menurutnya, walaupun lelaki itu meminta maaf menerusi SMS, dia dan isteri khuatir dengan keselamatan wanita serta kanak-kanak perempuan di situ. 

Dia mendakwa polis juga tidak mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki itu biarpun laporan polis sudah dua kali dibuat.

Rita Rudaini Gelar Zarema "Nenek Tua"


Pelakon Rita Rudaini telah menggelar isteri Aidil Zafuan sebagai nenek tua dan juga perempuan mental ekoran pergaduhan terbaru mereka.

Melalui satu komen di instagram, Rita Rudaini membidas kenyataan Zarema Zainal yang mengatakan dirinya langsung tak terkesan dengan kata-kata kutukan dan kemarahan penyokong Rita Rudaini.

Selain itu, Rita Rudaini juga mengatakan ada sebab Allah jauhkan Aidil dari dirinya dan anak-anak. Sebabnya ialah kerana dia memang lelaki yang boleh menjadi imam anak-anaknya.

Perbalahan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan masih belum menandakan pengakhiran. Rita Rudaini nampaknya semakin bersungguh-sungguh menuntut haknya dan juga anak-anak setelah diceraikan oleh Aidil Zafuan.

Dari Luar Nampak BURUK!! Tapi Bila Tengok Kat Dalam PERGHHH!

Tengok tandas ini, dari luar nampak buruk tapi di dalamnya fulamak speechless beb! Siapa sangka kan ada tandas macam ni dalam hutan hehehe.









Wednesday, 3 June 2015

11 Gambar Bayi Dirakam Menerusi TV Pemantau Bayi ini Pasti Membuatkan Ibu Bapa Tidak Lena Tidur

Mempunyai anak kecil sememangnya satu perkara yang sangat sukar bagi ibu bapa. Lebih-lebih lagi pada waktu malam yang mana kadang-kadang si anak akan berkerenah menangis dan sebagainya.
Oleh itu sesetengah ibu bapa yang mana tidak tidur bersama anak akan memasangkan kamera di bilik anak-anak untuk memudahkan pengawasan terhadap mereka lebih-lebih lagi pada waktu malam.
Bagaimanapun kadang-kadang visual menerusi kamera yang menggunakan infrared pada waktu malam menghasilkan visual yang agak seram. Lebih-lebih lagi sekiranya kelakuan anak-anak pada satu ketika agak ganjil dan kadang-kadang beberapa entiti lain mungkin kelihatan pada visual infrared tersebut.
Di sini Siakapkeli ingin kongsikan beberapa gambar visual yang menyeramkan menerusi tv pengawasan anak-anak. —Siakapkeli.my
Berdiri tegak seperti memandang sesuatu
Budak ini merupakan anak tunggal dan seakan-akan ada anak lain yang tidur bersama
Macam mana bayi boleh berpusing seperti ini?
'Saya tahu kamu sedang melihat saya, dan saya melihat kamu kembali'
Anda boleh lihat ada wajah seakan-akan wajah hantu?
Matanya seperti dirasuk
Ada sesuatu memanjat bayi ini padahal ia hanyalah seekor kucing
Posisi tidur yang sangat menakutkan seperti dalam sebuah filem seram
Siapa yang biarkan pintu terbuka?
Mungkin ada masalah ada alat rakaman
'Saya nampak kamu'