Pages

Sunday, 7 June 2015

"KALAU TAKUT DOSA,JANGAN TENGOK BUAH AKU"


MIMI ONE NATION EMCEE DI KRITIK PEMINAT

Gara-gara memuat naik gambar  dilaman Instagram miliknya, Mimi One Nation Emcee telah dihentam teruk oleh peminat dilaman sosial tersebut sehingga mengundang pergaduhan antara satu sama lain.

Menerusi foto-foto yang dimuat naik oleh penyanyi ini, Mimi dilihat telahmemakai singlet putih dan baju itu dilihat sedikit jarang sehingga menampakkan 

Segala foto tersebut telah mengundang pelbagai respon negatif peminatterhadap Mimi sehingga ada melemparkan kata-kata  terhadap


Lagi gambar Mimi One Nation Emcee Yang



Biasalah kalau dah retis,apa buat semua orang pandang kan..so hati2 la lepas ni

BUKTI ZUL ARIFIN LEBIH TERTARIK PADA AYDA JEBAT






Semakin menjadi-jadi. Entah apa yangh Ayda fikirkan kerana terlihat begitu mesra dengan Zul Ariffin. Ya, admin akui memang benar mereka perlu berlakon mesra untuk drama tapi kemesraan mereka mula membuat peminat semakin mual.

Ayda seolah-olah tidak sensitif bila video terbaru mereka memaparkan aksi mesra bersama di atas katil di luar bidang penggambaran. [ VIDEO ]



Perempuan normal mana yang tak cemburu dik kalau suami macam tu. Sikap terlebih sudah ini pasti membunuh kareer kedua-dua mereka jika ia berlarutan.

Jangan sampai dah parah dik. Awak tu naik segera, takkan jatuh pun nak segera.
sumber

Pijak kepala isteri mengandung hanya sebab tak masak tengah hari

Kuala Lumpur: Seorang suami tergamak mengheret isterinya sebelum memijak kepala wanita itu berulang kali hanya kerana mangsa gagal memasak juadah tengah hari.
Dalam kejadian jam 3 petang , mangsa yang berusia 30-an diserang suami ketika mangsa sedang bekerja di pejabatnya terletak di Bangsar di sini.
Lebih menyedihkan apabila mangsa yang dibelasah suami itu sedang mengandung tiga bulan.
Sumber polis berkata, suspek mulanya menghubungi isteri yang sedang bekerja kira-kira jam 3 petang dan meminta wanita itu pulang ke rumah untuk memasak.
“Mangsa bagaimanapun memberitahu tidak boleh pulang ke rumah berikutan masih bekerja. Jawapan itu menyebabkan suspek mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat.
“Suspek kemudian muncul di tempat kerja mangsa dan menyerang isterinya itu. Malah, mangsa diheret suami hingga ke tingkat bawah bangunan pejabat,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang kesakitan bagaimanapun cuba melawan menyebabkan insiden menjadi semakin tegang.
“Suspek kemudian bertindak mencekik isterinya dan membelasah mangsa sebelum berjaya dileraikan rakan setugas,” katanya.
Menurutnya, mangsa sebelum sudah beberapa kali dibelasah suspek yang menendang dan memijak mukanya.
“Suspek dikatakan sering memaksa mangsa berhenti kerja namun mangsa enggan berikutan suaminya adalah seorang penganggur.
“Akibat kejadian itu mangsa cedera di muka dan lebam sebelum menerima rawatan di klinik berhampiran,” katanya.
Bimbang kejadian lebih buruk, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini.
“Difahamkan suspek bertindak menghalau isterinya dari rumah sejurus kejadian serangan itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Saya Telah Dirogol 30 Kali, Tiada Waktu Rehat Untuk Makan Tengahari (GAMBAR-GAMBAR)

women-(M) (1)
Dianggarkan 5,000 hingga 7,000 wanita ditahan di pusat-pusat tahanan sementara ISIS, di mana mereka diambil dan dijual sebagai hamba atau diserahkan kepada pemimpin dan anggota kumpulan jihad sebagai gundik. – Foto AP
Seorang gadis yang dipaksa menjadi hamba seks oleh anggota kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), merayu rumah pelacuran tempat dia ditahan dibom, setelah mendakwa dirogol 30 kali oleh beberapa anggota militan.
Difahamkan, mangsa yang identitinya tidak didedahkan itu, ditahan sebagai tawanan jihad di suatu lokasi di barat Iraq, oleh anggota militan ISIS ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai Sinjar, awal Ogos lalu.
Mangsa dikatakan telah menghubungi sebuah kumpulan aktivis Kurdistan yang dikenali sebagai ‘Peshmerga Kurdi’ melalui telefon, untuk memohon sebuah rumah pelacuran yang mengumpulkan wanita dijadikan hamba seks, dibom bagi menamatkan kesengsaraan mangsa.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.
Pengalaman perit mangsa itu didedahkan seorang aktivis Kurdistan, ketika ditemu bual BBC di London.
Aktivis dikenali sebagai Karam itu ditemui ketika menyertai demonstrasi di United Kingdom, semalam, untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap nasib wanita di Timur Tengah.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
“Jika anda tahu di mana kami, sila bom kami. Tidak ada kehidupan selepas ini. Saya akan membunuh diri, kerana ramai telah membunuh diri mereka, pagi ini.
“Saya telah dirogol 30 kali dan tiada waktu rehat untuk makan tengah hari. Saya tidak boleh pergi ke tandas. Sila bom kami,” cerita Karam yang memetik keluhan mangsa yang tidak henti menangis dalam perbualan telefon berkenaan.