Pages

Sunday, 7 June 2015

Saya Telah Dirogol 30 Kali, Tiada Waktu Rehat Untuk Makan Tengahari (GAMBAR-GAMBAR)

women-(M) (1)
Dianggarkan 5,000 hingga 7,000 wanita ditahan di pusat-pusat tahanan sementara ISIS, di mana mereka diambil dan dijual sebagai hamba atau diserahkan kepada pemimpin dan anggota kumpulan jihad sebagai gundik. – Foto AP
Seorang gadis yang dipaksa menjadi hamba seks oleh anggota kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), merayu rumah pelacuran tempat dia ditahan dibom, setelah mendakwa dirogol 30 kali oleh beberapa anggota militan.
Difahamkan, mangsa yang identitinya tidak didedahkan itu, ditahan sebagai tawanan jihad di suatu lokasi di barat Iraq, oleh anggota militan ISIS ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai Sinjar, awal Ogos lalu.
Mangsa dikatakan telah menghubungi sebuah kumpulan aktivis Kurdistan yang dikenali sebagai ‘Peshmerga Kurdi’ melalui telefon, untuk memohon sebuah rumah pelacuran yang mengumpulkan wanita dijadikan hamba seks, dibom bagi menamatkan kesengsaraan mangsa.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.
Pengalaman perit mangsa itu didedahkan seorang aktivis Kurdistan, ketika ditemu bual BBC di London.
Aktivis dikenali sebagai Karam itu ditemui ketika menyertai demonstrasi di United Kingdom, semalam, untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap nasib wanita di Timur Tengah.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
“Jika anda tahu di mana kami, sila bom kami. Tidak ada kehidupan selepas ini. Saya akan membunuh diri, kerana ramai telah membunuh diri mereka, pagi ini.
“Saya telah dirogol 30 kali dan tiada waktu rehat untuk makan tengah hari. Saya tidak boleh pergi ke tandas. Sila bom kami,” cerita Karam yang memetik keluhan mangsa yang tidak henti menangis dalam perbualan telefon berkenaan.

Bomoh Paksa Bayi Umur 2 Hari Berjalan Untuk Pulihkan Demam Panas



Seorang bayi yang baru berumur dua hari dipaksa berjalan oleh seorang bomoh dalam usaha menyembuhkan demam panas bayi tersebut, Isnin lepas.
Agensi berita tempatan, NDTV memberitahu, bayi tersebut yang menderita demam panas sejak dilahirkan dibawa berjumpa seorang bomoh wanita berusia 50-an di sebuah kampung.
Bomoh tersebut kemudian memaksa bayi tersebut ‘berjalan’ sambil memegangnya di bahagian leher.
Seorang saksi kemudian bertindak merakam ‘upacara’ tersebut dan memberikannya kepada pihak polis.
Kampung tersebut yang terletak di Marigaon kemudian diserbu polis dan menahan dua orang wanita dan bomoh tersebut.
Bayi tersebut kemudian dibawa ke hospital berhampiran.
Pegawai polis, Rakesh Kumar memberitahu bahawa upacara ‘bomoh mistik’ mempengaruhi orang ramai untuk tidak peduli keadaan bayi tersebut yang baru lahir.
“Bayi tersebut memang demam panas, tapi sekarang sudah sihat. Kita perlukan kempen tentang cara-cara penjagaan bayi baru lahir dan ibu baru bersalin,” kata Rakesh lapor Sinar.

Terkini..DR Wan Azizah Dedah Siapa Sebenarnya Tun Mahathir Yang Mengejutkan Ramai

Terkini..DR Wan Azizah Dedah Siapa Sebenarnya Tun Mahathir Yang Mengejutkan Ramai
Klik utk baca seterusnya

 
sumber 

Kenali Riak Zaman Moden Di Laman Sosial Yang Ramai Orang Buat

Pergi check in kat hospital siap snap gambar ayat berbunga sedih sendu bagai mengalahkan sinetron suruh doakan anak,suami,atuk,nenek,pakcik,makcik kalau boleh semua lah.. padahal nak beritahu check in kat Prince Court Hospital.. Si pesakit pun cuma demam manja je.. Katalah warded kat GH, mati hidup balik takkan 'check in' status fb,tweeter,instagram etc kan.. huhu
Kedua :
Snap gambar anak dalam rumah dengan caption 'Alahai anak mama ni bla bla bla..'.. Padahal nak tunjuk sofa, tv, perabot baru atau objek lain latar belakangnya.. Yela.. Kalau tak buat macam tu orang tak tahu kan?.. nak jemput semua orang datang rumah pun setahun sekali je.. Lambat.. hmm
Ketiga :
Syukur tak henti-henti.. 'Alhamdulillah rezeki yang semakin melimpah ruah, makin masyuk..bla bla bla'.. Alhamdulillah itu dan ini.. Padahal nak orang tahu betapa kayanya dan mewahnya aku sekarang (sebenarnya tak ada pun).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus sujud atas tikar sejadah kepada Allah swt.. Jadikan amalan sedekah berterusan supaya dilipat gandakan rezeki.. Sesungguhnya Allah swt itu Maha Pemurah, Maha Mengetahui.. Tak perlu guna facebook bagai sebagai orang tengah!
Keempat :

Tangkap gambar dalam kereta.. Eh pastinya nampak stereng sekali.. Caption, biasalah.. 'Ala jam la jalan'.. 'Good morning semua'.. 'Letih la hari ni'.. bla bla bla.. Padahal, motifnya nak tunjuk lambang kereta tu yang penting.. Hello! pak cik dan mak cik yang pakai Mercedes,Lamborghini, Porche pun tak buat gitu tau.. 
Kelima : 
Ni selalu akak-akak yang selalu tawaf shopping mall.. Check in kat shopping mall dengan status 'shopping untuk hilangkan stress' atau 'ahh hari-hari shopping habislah duit I'.. atau 'Hmm, I kalau bershopping macam ni lah..susah nak berhenti.. hahaha.. kelakarkan?'... sebenarnya nak beritahu aku mampu beli barangan jenama Gucci,Prada,Louis Vuitton dan sewaktu dengannya.. Siap tayang paper bag dan tanda harga lagi tau.. kau ado?! 
Keenam :
Sifat mak-mak yang terlalu sayangkan anak-anak.. 24/7 updatepasal anak dia.. anak dia lah yang paling cerdik, anak dia lah yang paling comel, anak dia pandai buat tu pandai buat ni.. Macam orang lain tak ada anak.. tak pun sibuk update pasal suami dia yang tercinta.. Suami dia yang paling kaya, Suami dia yang paling penyayang, selalu tolong kemas rumah, jaga anak.. 'Bersyukur dapat suami soleh, penyayang, rajin.. love abang'.. Nak keluar urat perut aku baca status..bblluuwerrkk.. Hmm.. memanglah itu facebook awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva Siti Nurhaliza. Orang tak nak tahu pun setiap inci hal rumahtangga awak.. 
Akhir sekali : 
Gejala selfie muncung itik.. Tangkap pic sendiri.. Biasalah mulut muncung kedepan, herot kiri kana, dengan caption 'mukaku tanpa mekap'... 'mata panda letih tak cukup tidur'..bla bla bla... dengan harapan adalah orang lain komen.. 'eh u still nampak comel lah'..'nampak muda dari umur sebenar'.. etc etc.. hmm Lu pikir lah sendiri bak kata Nabil

Maka hindarilah dari bersifat riak! 

Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud :
"Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak." (Surah Al Maun : ayat 4-6)
Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya :
"Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia." 
Secara mudah kita simpulkan bahawa riak adalah perbuatan yang semata-mata untuk mengharapkan sanjungan,pujian atau penghormatan daripada orang lain. Hal ini adalah bertentangan dengan kehendak islam yang sentiasa menyeru umatnya yang soleh dan solehah beramal atau melakukan perkara kebaikan dengan hati yang ikhlas dan mengharapkan keredaan Allah swt.

Sekiranya penyakit riak ini dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia boleh membinasakan orang yang mengamalkannya..