Pages

Monday, 8 June 2015

PELAJARAN BESAR DARI MAKSIAT DAN BENCANA ALAM



Ramai pembaca yang mentelahkan bahawa berlakunya bencana alam yang pelik-pelik di negara kita sejak akhir-akhir ini ada kaitannya dengan pelbagai fenomena alam.
Sebahagian lagi mengaitkannya dengan ancaman Allah tentang kifarah dari perbuatan tangan-tangan manusia itu sendiri. Kali ini kami ingin kaitkan fenomena bencana alam ini dengan gambaran kemurkaan Allah terhadap kerosakan akhlak manusia secara muhkamat dan mutasyabihat.
Baru-baru ini di Nepal yang terkenal dengan wisata Everestnya telah berlaku ‘pembunuhan’ kejam terhadap 250,000 haiwan atas ritual agama. Tidak sanggup untuk melihat gambar pembunuhan kejam itu, apatah lagi bila menontonnya dari rakaman videonya. Selepas itu berlaku gempa bumi 7.8 SR dan beberapa kali gempa susulan yang amat dahsyat.
Di Acheh juga dikhabarkan berlaku pesta maksiat yang keterlaluan pada 25 Disember 2004, sehari sebelum terjadinya Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu jiwa. Peringatan oleh ‘seseorang’ agar mereka ‘beringat’ telah diabaikan dan diperlekeh begitu sahaja.
Tragedi banjir lumpur yang dahsyat pada 26 Desember di Sabah suatu ketika dahulu juga dikatakan berlaku sehari selepas masyarakat setempat berpesta maksiat yang melampaui batas.
Sebelum tragedi gempa bumi di Sabah kelmarin juga terdapat satu kronologi yang sama.
Berita tentang sekumpulan 10 orang asing pendaki gunung Kinabalu berbogel di puncak gunung dan 2 pelancung yang berbogel di sebuah pulau berhadapan Kota Kinabalu telah tersebar luas sebelum bencana itu terjadi.
Isu bogel di pantai PD dan Penang, juga banyaknya kes pembuangan bayi, mabuk dan zina terbuka, juga pelbagai maksiat dalam konsert gila juga mengundang murka.
KUASA TUHAN DAN KEEGOAN MANUSIA
Begitu banyak kisah di mana Allah mengancam manusia dengan pelbagai bentuk bencana alam bagi menyedarkan mereka telah dinukilkan dalam alQuran. Ada yang diancam ribut taufan, bah besar yang menenggelamkan gunung, gempa bumi, gunung berapi, kemarau panjang dan banyak lagi.
Sikap manusia pula suka menganggap semua kisah-kisah sadis yang menimpa orang terdahulu itu sebagai kisah dongeng mereka. Kebanyakan kita tidak pernah perduli kerana kita tidak bersama mereka ketika semua itu terjadi dan apa yang menyebabkan Allah murka sehingga diturunkan bala seberat itu.
Manusia bersikap acuh tak acuh dengan semua kisah-kisah yang sarat dengan ancaman dan pelajaran itu. Kita beranggapan bahawa itu urusan mereka, bukan urusan kita dan bencana tidak bakal terjadi pada kita. BEGITULAH EGONYA MANUSIA.
Yang menjadi kebimbangan sekarang ialah, jika kita tidak memainkan peranan dalam berdakwah dan memberikan peringatan dengan sungguh sungguh, maka bencana yang menimpa tidak hanya mengenai mereka, malah akan turut mengenai kita juga.
QS 10. Yunus 23. Maka tatkala Allah menyelamatkan mereka, tiba-tiba mereka membuat kezaliman di muka bumi tanpa hak. Hai manusia, sesungguhnya kezalimanmu akan menimpa dirimu sendiri; itu hanyalah kenikmatan hidup duniawi, kemudian kepada Kami-lah kembalimu, lalu Kami kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
QS 4. An Nisaa' 79. Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.
QS 8. Al Anfaal 25. Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang TIDAK KHUSUS menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.
BEBERAPA ANALOGI ALAM DAN SIKAP MANUSIA
Jika kita hanya melihat kejadian alam seperti adanya, tanpa membaca (iqra’) berdasarkan ilmu yang telah Allah beri pada kita, mungkin tergamak kita gunakan 'kebijaksanaan' dan kedegilan kita untuk menafikannya. Tetapi jika kita padankan dengan ilmu mutasyabihat dari Allah, maka kita dapati tiada ruang lagi untuk kita memberikan alasan.
Dahulu kita di Malaysia jarang ada bencana angin yang amat dahsyat seperti taufan (tornedo) yang membaham apa sahaja di laluannya sepertimana yang sering berlaku di USA. Kini semua itu sering terjadi di sini.
Bahasa analogi/mutasyabihat ANGIN dalam alquran itu dibaca sebagai analogi BERITA.
Selama ini berita yang sampai kepada kita hanya bersifat sepoi-sepoi bahasa, atau dianggap sebagai ‘berita angin’ sahaja. Ia agak bertapis dan memilih-milih subjek, pendengar atau penerimanya. Mahu didengar boleh, tidak mahu perduli pun tidak mengapa.
Sekarang ini, berita yang sampai kepada kita sudah macam ribut dan taufan. Tiada lagi berita rahsia. Ia tidak lagi mengira tentang siapa dan disampaikan kepada siapa. Tidak lagi dalam bentuk angin sepoi bahasa.
Kini, berita tentang apa sahaja, mengenai siapa sahaja mudah jadi viral dan menjadikan semua orang ‘terasa’ dan mudah jadi 'gila'. Tidak kira berita tentang ustaz / ulamak, tentang raja, tentang polis, tentang menteri, semua diredah tidak berkira-kira. Itulah analogi taufan yang membaham semua. Cara penyampaiannya juga bengis dan keras, lengkap dengan bahasa lucah dan sumpah seranah.
TANAH di BUMI itu adalah asal usul KEJADIAN MANUSIA yang juga ada banyak analoginya. Tiada kesejahteraan masyarakat selagi manusia tidak diadili dengan sama rata.
Di akhir zaman / qiamat, bumi akan diratakan. Gunung-ganang yang selama ini megah dan kukuh berdiri juga digoncangkan. Itulah situasi kita hari ini secara analoginya.
Hari ini masyarakat bawahan di bumi sudah tidak tahan lagi menanggung beban tekanan manusia yang berada di gunung yang tinggi, megah dan sombong. Sekali-sekala bumi goncangkan agar yang di atas berguling jatuh dan runtuh.
Demikian juga API KEPANASAN hati rakyat marhaen di perut bumi yang tertindas ditindih gunung yang tinggi, gagah dan megah. Sampai masanya maka meledaklah gunung berapi. Itulah lahar kepanasan dari perut bumi yang menghancurkan gunung yang tinggi. Selepas itu barulah bumi subur semula.
DEMIKIAN JUGA SOAL TSUNAMI. Apabila perut bumi sudah tidak tahan lagi menanggung pelbagai gelagat LAUTAN MANUSIA, maka gegaran diperut laut itu pula akan melimpahkan air yang membaham apa sahaja pada laluannya.
Apabila kerakusan manusia sudah tidak terbendung, maka bumi akan diteroka dan ditarah sesuka hati. Hutan ditebang, bukit digondolkan dan ditarah untuk bercucuk tanam atau membina bangunan. Kerana tamak dan rakus, maka rintihan alami dari rakyat miskin, orang asli dan haiwan ternak tidak lagi kita pedulikan.
Akhirnya turunlah BANJIR BESAR sebesar-besarnya membawa segala sampah sarap ciptaan manusia dan lumpur dari bumi yang dibogelkan permukaannya. Banjir biasa yang selalunya kita terima dengan suka dan berpesta saban tahun bertukar jadi mimpi ngeri. Ini juga ada pelajaran besar untuk kita renung bersama.
KESIMPULAN
Lihatlah sesuatu itu "seperti siapa kita, tidak seperti adanya" semata-mata. Jika alQuran itu dikatakan petunjuk dari Allah, pasti benar-benar ada apa yang mahu Dia tunjukkan. Oleh itu hati-hatilah. Bukalah minda, lapangkanlah dada dalam menerima dan mematuhi segala wahyu Allah agar hidup kita selamat sejahtera.
Tanpa mengurangi simpati dan rasa ikhsan terhadap semua mangsa bencana di mana dan bila pun jua, kami ingin mengajak sekalian manusia agar mendidik nafsu masing-masing. Jangan lagi kita teruskan kebejatan yang melampaui batas.
Allah itu Maha Pencipta. Segala yang kita lihat di mukabumi ini adalah ciptaanNya belaka. Jika ada kehebatan ilmu sihir, magik dan metafizik ciptaan manusia, pastinya Allah selaku pencipta memilikki sesuatu yang jauh lebih hebat dari itu semua.
Oleh itu takutlah kepada Allah. patuhilah segala titah perintahnya dan jauhilah segala larangannya.
Bacalah alquran dengan "kefahaman yang sebenar" sebagai petunjuk yang hak. Jangan kita hanya membaca petunjuk / peta semata-mata tanpa bangkit melaksana dan melakukan apa yang ditunjukkan dalam peta itu untuk kita. Bangkitlah dengan penuh semangat, ikhlas dan berani untuk melaksanakan segala yang Allah telah tunjukkan dan tetapkan di dalam kitabNya.
Marilah perbanyakkan istighfar dan islahkan diri untuk mecari redha ilahi.
Tanpa prejudis,
WARGA PRIHATIN

Sunday, 7 June 2015

Saya Tak Minta Dilahirkan Sebagai Anak Mona Fandey'

“SIAPA yang ingin dilahirkan sebagai anak pembunuh? Saya tidak minta dilahirkan sebagai anak Mohd Affandi, tetapi Tuhan sudah menentukan begitu. Saya tidak pernah menyesal dilahirkan ke dunia. Sebagai seorang Islam, saya terima takdir saya.
Yang menyedihkan ialah sikap masyarakat yang tidak faham. Mengapa saya turut dipersalahkan di atas perbuatan ayah dan ibu tiri saya? Adakah semua anak pembunuh turut menjadi pembunuh... penjahat?
Bukan sehari dua saya menghadapi tekanan masyarakat, tetapi sejak zaman kanak-kanak hingga sekarang. Saya diberhenti atau diminta berhenti empat pekerjaan dalam tempoh dua tahun lalu.
Malah, hasrat saya untuk bertunang juga tidak kesampaian apabila keluarga kekasih saya menentang hubungan kami apabila mengetahui saya ada hubungan darah dengan Mohd Affandi dan Mona Fandey. Saya cukup tertekan kerana hubungan dengan kekasih sangat baik, walaupun dia tahu latar belakang keluarga saya.
Namun sebaik saja memaklumkan kepada keluarganya, mereka tidak dapat menerima saya dan meminta hubungan kami diputuskan.
Bayangkan perasaan ibu saya yang sudah membeli cincin dan memaklumkan kepada saudara-mara supaya bersiap sedia kerana akan menghantar rombongan peminangan, tetapi akhirnya terpaksa menebalkan muka memberitahu majlis itu tidak jadi.
Sebelum itu, ketika di kolej saya pernah bercinta dengan dua gadis, tetapi akhirnya terputus selepas mereka mengetahui saya anak Mohd Affandi dan Mona Fandey.
Derita saya bukan hanya dalam percintaan, malah sukan. Saya mewakili Kelantan dan kini Kuala Lumpur dalam acara taekwando. Dalam satu pertandingan, ada peserta mengundurkan diri dan tidak mahu berlawan dengan saya apabila mengetahui saya anak Mohd Affandi kerana bimbang saya membawa ilmu arwah ayah dan ibu tiri saya.
Betapa malu dan rasa terhinanya saya. Adakah mereka menganggap saya tiada kebolehan? Banyak lagi tekanan masyarakat yang cukup mengguris hati, tetapi apalah daya saya. Saya tidak mampu menemui semua orang dan menceritakan kesedihan dan kisah sebenar saya.
Inilah tujuan utama saya mendedahkan diri dan menceritakan kisah saya kepada umum. Saya bukan ingin mencari publisiti. Malah, saya bersedia menghadapi ‘serangan’ keluarga kerana yakin saudara-mara yang membaca kisah ini akan marahkan saya.
Bagaimanapun, saya cuma mahu keadilan. Saya mahu masyarakat faham dan tahu kisah sebenar dan tidak terus menyeksa saya di atas kesalahan yang saya tidak lakukan. Saya hanya mahu menjalani kehidupan normal seperti insan lain yang mempunyai kerjaya dan keluarga sendiri.
Terlalu berat rasanya untuk melangkah mengharungi kehidupan hari ini. Bayangkan kerana wajah saya mirip ayah, saya dipaksa makan pelbagai ubat oleh keluarga bertujuan mengemukkan diri supaya orang tidak cam yang saya anak Mohd Affandi.
Saya cuma mahu masyarakat tahu saya hanya membawa nama ayah, tetapi saya tidak pernah menjadi anak ayah. Saya tidak pernah mendapat kasih sayang ayah kerana arwah (Mohd Affandi) meninggalkan ibu ketika saya dalam kandungan.
Saya tidak pernah tahu siapa ayah saya sehingga saya berusia sembilan tahun apabila ibu memanggil saya dan memberitahu yang ayah saya masih hidup. Ketika itu pun saya hanya melihat wajah arwah di televisyen kerana didakwa atas tuduhan membunuh.
Berikutan terlalu gembira saya sebenarnya ada ayah, saya bercerita kepada rakan di sekolah bahawa Mohd Affandi itu ayah saya. Biasalah sebagai kanak-kanak, kita tidak dapat memikirkan baik dan buruknya.
Akhirnya saya menjadi mangsa cercaan dan yang paling saya tidak dapat bersabar apabila mereka menghina dan sindir saya dengan mengaitkan nama ayah saya.
Kata-kata yang paling saya tidak dapat dengar dan terima ialah “engkau nak jadi macam bapa engkau. Bapa engkau pembunuh.” Kata-kata itu menyebabkan saya menjadi ‘panas hati’ dan selalu bergaduh.
Sebab itu saya belajar taekawondo ketika berusia 12 tahun. Saya menjadikan gelanggang taekwondo sebagai tempat melepaskan geram dan perasaan marah hingga memperoleh tali pinggang hitam.
Kali pertama saya berjumpa arwah ayah di Penjara Kajang ketika berusia 16 tahun. Bukan seperti kanak-kanak dan remaja lain yang membesar dengan kasih sayang ayah mereka, bayangkan saya berjumpa ayah kandung buat kali pertama di penjara.
Sebaik saya memasuki bilik perjumpaan tahanan dengan waris dan mengangkat telefon, ayah memanggil nama saya. Saya terkejut kerana walaupun tidak pernah berjumpa, ayah mengenali saya.
Pada pertemuan itu, ayah hanya bertanya khabar dan perkembangan saya. Pesanan ayah saya ingat hingga ke hari ini iaitu supaya jangan setakat belajar taekwondo, belajar juga silat.
Selepas itu, saya sering mengutus surat kepada ayah dan pernah berjumpanya dua kali sebelum saya menerima berita ayah akan dihukum gantung keesokannya (2 November 2001). Sebenarnya keluarga saya mengetahui tarikh hukuman itu seminggu lebih awal, tetapi merahsiakannya dan hanya memaklumkan kepada saya pada hari terakhir.
Saya dan keluarga bertolak dari Pantai Cahaya Bulan (Kelantan) ke Penjara Kajang pada 1 November 2001. Seingat saya, kami bertolak menaiki empat kenderaan. Sejurus tiba pada hari sama, ayah mahu berjumpa saya bersendirian manakala yang lain tidak dibenarkan masuk.
Saya di dalam bilik selama tiga jam bersama ayah. Itu kali pertama kami bersentuhan kerana sebelum itu kami dipisahkan oleh dinding kaca dan hanya berbual menerusi telefon.
Saya masih ingat kata-kata ayah yang mengaku dia tidak bersalah. Menurutnya, dia tidak membunuh Datuk Mazlan (Idris), sebaliknya semua itu angkara Mona dan Juraimi Husin. Bagaimanapun, arwah berkata dia menerima takdirnya.
Saya difahamkan oleh petugas penjara, ayah berpuasa selama tiga tahun secara berterusan sehingga hari kematiannya.
Saya tidak tahu adakah ayah berpuasa kerana insaf di atas apa yang berlaku. Saya tidak berhak memberi pandangan dan andaian kerana itu antara ayah dan Allah SWT.
Yang pasti, ayah sudah menerima balasannya. Yang menghairankan ialah, mengapa masyarakat masih menghukum zuriatnya yang tidak tahu menahu mengenai kejadian (pembunuhan Mazlan) yang berlaku.
Kami semuanya tiga beradik (daripada zuriat Mohd Affandi). Abang saya berusia 27 tahun adalah anak hasil perkahwinan pertama manakala adik perempuan saya, Mazdiana, kini 18 tahun, adalah anak hasil perkongsian hidup dengan Mona.
Setiap kami mempunyai pengalaman sedih. Bagaimanapun, antara ketiga-tiga anak ayah, saya seorang yang berjaya disembunyikan daripada media hinggalah hari pengebumian ayah.
Sejak itu hidup saya berubah. Saya tidak tahu bila derita saya akan berakhir, tetapi saya tidak berhenti berdoa.
Kepada masyarakat yang membaca kisah saya, saya hanya berharap mereka faham, saya juga ciptaan Allah yang ingin melalui kehidupan dengan penuh ketenangan.

JUBAH ‘TERLAJAK JARANG’, 'TERLAJAK SEKSI'

Gambar Hiasan
Semalam, kecoh di laman sosial dan aplikasi Whatsapp apabila sekeping foto mendapat perhatian ramai pihak kerana penampilan individu yang sinonim dengan tagline ‘Terlajak Laris’ iaitu Datuk Aliff Syukri yang terlajak seksi.

Semuanya gara-gara teknik pencahayaan terhadap jubah putih yang dikenakan Aliff Syukri sehingga menyebabkan pakaian tersebut kelihatan jarang dan menampakkan pakaian dalam beliau.

Namun, selepas menerima banyak teguran dari pengikutnya di laman Instagram, Aliff mengambil keputusan untuk memadamkan foto kontroversi itu.

Dia kemudiannya memuat naik sekeping gambar baru dan memohon maaf atas keterlanjurannya yang tidak sedar akan keadaan gambar tersebut yang terdedah.


Tulisnya di ruang komen, “Maafkan kekhilafan sebentar tadi. Saya memang tidak perasan gambar yang diupload sebab terlalu busy saya main update sahaja.

“Gambar terlanjur tadi kelihatan seperti itu tadi kerana pencahayaan harap semua tidak memperbesarkan perkara ini.”

Nampaknya, beliau sendiri telah membuat penjelasan tentang kesilapannya itu. Maka tak payalahlah ada pihak yang sengaja membuat sebarang spekulasi mahupun menambah-nambah cerita.

(6 Gambar) Mia Ahmad Beraksi Manja dan Dimanjakan ... Gambar No 4 tuh Mesti Ramai yang Nak !!!

Kelihatan gambar Mia Ahmad yang dengan aksi manja bersama Syahrul Ridzwan. Gambar tersebut dimuat naik di laman instagram Mia Ahmad tidak lama dahulu. Pasangan tersebut nampak sweet sangat. Manja betul Mia Ahmad dengan Syahrul Ridzwan.
Tetapi buat Peminat Syahrul Ridzwan.. mereka perlu tahu bahawa dia sudah berpunya.. kalau nak di kaitkan dengan Mia Ahmad cukup la sekadar di dalam telenovela Hati Perempuan.
Apa-apapun, jika benar ada jodoh di antara mereka, kami dan juga peminat yang lain sokong hubungan mereka. Mungkin berkat doa daripada semua peminat yang menginginkan mereka bersatu dimakbulkan. Kita hanya mampu mendoakan kebaikan untuk kedua selebriti ini. Mereka memamg nampak serasi bersama.

MiA AHMAD -1-

MiA AHMAD -2-


MiA AHMAD -3- (nih bukan Syarul Ridzwan yerkk!!) 


MiA AHMAD -4-


MiA AHMAD -5-


MiA AHMAD -6-

~~ Tolong SHARE yerkkk!! Hehehe  ^_^   ~~