Pages

Wednesday, 10 June 2015

Peminat Mahukan Emma Maembong Jadi Muslimah Solehah




Baru-baru ini, Emma Maembong ditegur peminat kerana berpakaian ketat dan ada yang mengatakan imej bertudungnya tidak sesuai dikenakan bersama seluar yang ketat. Kami percaya teguran daripada peminat ini merupakan teguran atas rasa sayang terhadap selebriti kegemaran mereka, bukan?

Peminat Tegur Emma Maembong Berseluar Ketat - ROTIKAYA
Di sebalik timbunan iklan-iklan di bahagian komen akaun Instagram milik Emma, terdapat beberapa komen yang menasihatkan agar pelakon ini supaya menutup aurat sepenuhnya dan bukan hanya sekadar menutup kepala.
Malah ini bukanlah kali pertama teguran dan juga nasihat sebegitu dilemparkan kepada Emma dan ada juga yang berbaur emosi. Emma sendiri pun tidak mudah melatah dengan teguran berkenaan. Kami terima ini sebagai dakwah siber, mungkin? (rtky/s)

Tuesday, 9 June 2015

Allah Bayar Cash !!! Inilah akibat menghina mangsa gempa bumi di Sabah !! (5 foto)

nk goyang sgt kn..Tuhan dh bg goyang tu..
sekeping foto mula viral di whatsapp semalam iaitu lelaki yang bernama Salihin Themin yang memuat naik status menghina mangsa gempa bumi di Sabah.
Status beliau telah mengguris hati ribuan hati rakyat Sabah kerana tidak menghormati perasaan orang lain yang masih bersedih kerana kehilangan orang tersayang.
Didalam foto tersebut lelaki berkenaan dikatakan telah dibelasah teruk oleh orang ramai yang kerana terlalu benci diatas perbuatan yang beliau lakukan. 
Difahamkan lelaki tersebut kini terlantar di hospital Queen Qlezebeth Kota Kinabalu untuk menerima rawatan.
Namun kesahihan berita ini masih lagi diragui. Namun jika benar, diharap beliau insaf diatas perbuatan yang beliau lakukan dan tidak mengulanginya di masa akan datang, juga menjadi pengajaran kepada kita semua supaya berfikir sebelum mengatakan sesuatu - Tahipalatberita


[PELIK]''Kami Tak Menyangka Dia Boleh Buat Macam Tu..."


 
Mengejutkan banyak pihak apabila sehari sebelum menjadi suami Hanis, Hairul Azreen telah melakukan satu kejutan dan telah mendapat komen yang banyak di laman instagram beliau. Walaupun begitu kejutan itu boleh menjadi pengajaran untuk semua peminat2 yang lain...

HADIAH SEBELUM KAHWIN





“Hadiah terakhir sebelum saya kahwin kepada mak tercinta, terima kasih mak abah jaga Fendi dengan baik selama 27 tahun ini tak terbalas jasa dan pengorbanan mak abah,” kata Hairul di akaun Instagram miliknya sehari sebelum dia melangsungkan perkahwinan.

#Berikutan perkara tersebut, Hairul mendapat pujian daripada peminatnya serta ucapan tahniah kerana mampu membahagiakan ibu kandung....

Monday, 8 June 2015

DATO K - "Jika mreka tidak bersetuju dengan memberi alasan yang kukuh saya mungkin tidak akan mengahwini Siti..."




#KUALA LUMPUR: "Siti bukan punca kami bercerai," tegas Datuk Khalid Mohamad Jiwa sebagai...






menangkis cakap-cakap yang menuduh penyanyi tersohor itu perampas suami orang.

#"Kami menjalin hubungan setahun selepas saya bercerai," jelas ahli perniagaan 49 tahun itu yang turut mengakui bahawa beliau dan bekas isterinya pernah bercerai pada 1998 namun rujuk tiga bulan kemudian.

#Siti: Demi Allah, saya tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Datuk ketika dia masih berkahwin.

#Bagi Siti Nurhaliza Tarudin pula, pengalaman dicap sebagai perampas suami orang amat menyakitkan.

#"Demi Allah, saya tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Datuk ketika dia masih berkahwin," tegasnya penuh perasaan kepada puluhan pengamal media di majlis ramah mesra bersama Siti Nurhaliza dan Datuk K di Seri Pentas dekat sini hari ini.

#"Sila tanya pihak Jawi serta Mahkamah Syariah untuk menyahihkan kenyataan ini," sampuk Khalid sambil melahirkan keyakinan bahawa perkahwinannya kali ini akan berkekalan.

#"Saya pernah gagal (dalam perkahwinan) sekali, saya tidak mahu gagal untuk kali kedua," katanya.

#Datuk K melafazkan talak terhadap Tengku Zawiyah Tengku Izham pada 1 Febuari 2004 di rumah mereka di Bukit Antarabangsa. Pasangan itu bagaimanapun bercerai secara rasmi pada 12 Mac 2005.

#Siti juga menafikan desas-desus bahawa dia rapat dengan janda bakal suaminya yang berusia 43 tahun itu.

#"Saya pernah bertemu hanya beberapa kali dengan Tengku. Kami tidak rapat," katanya, sambil menyangkal dakwaan bahawa dia memanggil Tengku Zawiyah "mummy".

#Siti: Saya tidak bermaksud untuk mengambil tugasnya sebagai seorang ibu (kepada anak-anak Khalid dengan Tengku Zawiyah) malah niat saya adalah untuk menolong Datuk memikul tanggungjawab untuk membesarkan anak mereka. (foto TV3)

#Berikutan laporan akhbar hari ini yang menyebut perasaan Tengku Zawiyah terguris oleh kenyataan Siti sebelum ini, penyanyi itu secara terbuka menyatakan permohonan maafnya.

#"Saya memohon maaf kepada Tengku jika kata-kata saya menyinggung perasaannya pada sidang akhbar yang lalu (ketika mengumumkan perkahwinan mereka).

#"Saya tidak bermaksud untuk mengambil tugasnya sebagai seorang ibu (kepada anak-anak Khalid dengan Tengku Zawiyah) malah niat saya adalah untuk menolong Datuk memikul tanggungjawab untuk membesarkan anak mereka," katanya.

#Tiga daripada empat orang anak Khalid dijangka tidak akan menghadiri majlis perkahwinan mereka. Mohd Adib, 16, dan Mohd Aazief, 8, bakal menemani Tengku Zawiyah melawat abang sulung mereka Mohd Anas, 19, yang kini menuntut di Australia.

#"Jauh di sudut hati, mereka mahu menghadiri perkahwinan kami namun hati emak perlu dijaga. Saya tidak melarang dan mungkin hanya seorang (Mohd Ashraf, 14) yang akan hadir," ujar Khalid, yang turut bertegas bahawa anak-anaknya tidak pernah menentang sama sekali perhubungannya dengan Siti.

#"Jika mereka tidak bersetuju dengan memberi alasan yang kukuh, saya mungkin tidak akan mengahwini Siti tetapi kesemua mereka telahpun merestui perhubungan ini," katanya.

#Beliau juga "menegur" beberapa laporan media yang menurutnya boleh merosakkan tanggapan masyarakat terhadapnya.

#Katanya, gaya penulisan beberapa rencana membayangkan seolah-olah beliau riak, angkuh dan tamak.

#"Saya tidaklah kaya sangat.

#"Malah, kos perkahwinan kami tidak sampai sejuta ringgit pun. Hampir kesemua barangan serta persiapan perkahwinan kami ditaja orang," ujar Khalid yang begitu kecewa dengan sesetengah pihak yang menyiarkan artikel mengenai perbelanjaan perkahwinan yang berjumlah RM12 juta tanpa usul periksa.


#Pasangan itu juga merayu kepada pihak media supaya berhenti "bertanding" sesama sendiri untuk menyiarkan berita sensasi mengenai mereka.

#"Pertimbangkanlah perasaan kami kerana majlis perkahwinan kami semakin hampir," rayu mereka.