Baru-baru ini Rozita Che Wan telah membawa keluarganya ke London
untuk bercuti sambil menjalankan sesi fotografi untuk promosi keluaran
clothing line beliau yang terbaru dengan kerjasama Annas Easkey.
Namun bukan itu yang ingin diperkatakan di sini. Anak sulung Cheta,
Ammar Effendy yang turut serta dalam rombongan percutian tersebut tidak
kurang hebatnya berposing sakan di London, sambil tayang six pack pula
tu!
Gambar yang dimuatnaik di laman Instagram Ammar Effendy menerima
reaksi yang pelbagai daripada pengikut-pengikutnya, ada yang teruja
dengan kesadoan Ammar dan tidak kurang juga ada yang kurang senang
dengan posing sebegitu.
Biasalah ramai pengikut, banyaklah ragamnya. Mungkin Ammar juga kini
sedang berjinak-jinak untuk mengikut jejak langkah ibunya untuk bergelar
model.
“Saya
terkejut melihat air meleleh di hidung dan susu penuh di mulutnya.
Ketika itu apabila kami sentuh, semua anggota badannya sejuk,” kata Nik
Norazahari Nik Ibrahim, 27, bapa kepada Nik Norainun Mardiah berusia dua
bulan yang meninggal dunia jam 5 pagi semalam dipercayai akibat
tersedak susu di rumah mereka di Kampung Che Deris, di sini.
Menurutnya, sebelum kejadian dia dan isteri, Marfuzah Ibrahim, 27, dan seorang lagi anak mereka tidur.
Katanya, antara jam 3 dan 4 pagi, bayi perempuannya itu diberi susu
badan oleh isterinya selepas terjaga, sebelum kedua-duanya tidur semula.
“Kami memang lena dan tidak sedar. Apabila saya bangun jam 5 pagi, dia (Nik Norainun Mardiah) sudah berkeadaan begitu.
“Saya segera mengejutkan isteri. Kami kemudian membawa Nik Norainun
ke rumah ibu mentua di kampung berdekatan untuk memeriksa keadaannya.
“Bagaimanapun, semuanya sudah terlambat kerana dia sudah tidak bernafas lagi,” katanya sedih.
Katanya, ibu mentuanya Kamidah Esa, 58, turut mengesahkan Nik
Norainun Mardiah sudah meninggal dunia ketika mereka tiba di rumahnya.
“Dia masih kecil lagi, tak sangka dia pergi seawal usianya begini
kerana sebelum ini tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, malah
sihat membesar seperti bayi lain,” katanya.
Bagaimanapun, bapa dua anak itu reda dengan pemergian anak bongsunya
yang disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Che Deris, di sini,
kira-kira jam 10 pagi semalam.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 8:09 AM
NIK Norazahari menatap wajah bayinya di telefon bimbit dengan isterinya kelihatan masih sebak dan sugul.
Penyanyi Arab yang semakin menjadi
sebutan ramai sejak kebelakangan ini, Humood AlKhudher, 26, tidak
menyangka video rakaman aksinya di dalam kereta dan sedang menyanyikan
lagu popularnya berjudul Kun Anta menjadi viral di Internet.
Menurut jejaka kelahiran Kuwait ini, dia
terkejut apabila video tersebut mendapat lebih sejuta tontonan menerusi
laman video sosial, Youtube sejak ia dimuat naik kira-kira dua bulan
lalu.
"Ramai yang suka dengan lagu Kun Anta
hingga menjadi viral dan tambah mengejutkan saya, ramai yang menonton
dan 'like' video saya menyanyikannya di dalam kereta.
"Sebenarnya, itu bukan pertama kali saya
rakam video dari dalam kereta tetapi itu video saya dalam kereta yang
pertama menjadi viral," katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert
Malam Inspirasi sempena Festival Karyaone Fita UiTM 2015 yang akan
berlangsung pada 12 Jun 2015.
Pada konsert yang akan berlangsung di
Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam itu, Humood akan
membuat persembahan buat pertama kalinya secara 'live' di hadapan
peminat tanah air.
Selain itu, konsert tersebut juga dijayakan penyanyi terkenal, Amy Search dan Lah Ahmad.
Berkongsi lanjut mengenai sambutan
hangat terhadap lagu Kun Anta, Humood menyatakan dia bersyukur sekaligus
menyifatkan ia satu penerimaan luar biasa peminat terhadap lagu
tersebut.
Malah, dia berasa gembira kerana ramai
peminat Malaysia yang membuat parodi lagu tersebut termasuklah juga
selebriti jelita, Neelofa.
Katanya, dia mengenali Neelofa sejak menonton parodi di dalam kereta oleh aktres itu menerusi laman sosial, Instagram.
"Saya tidak banyak tahu tentang muzik
Malaysia tapi saya kenal penyanyi seperti kumpulan Raihan, Rabbani dan
Yuna. Saya ada dengar lagu-lagu mereka.
"Saya juga tahu Neelofa tetapi belum
pernah berjumpa lagi dengannya. Saya tahu namanya sejak saya tonton
parodi video yang dilakukannya menerusi Instagram dan saya suka parodi
itu.
"Saya difahamkan akan ada satu sebuah
program dan saya akan berjumpanya (Neelofa) di sana nanti," katanya yang
terbabit dengan program hiburan, Meletop.
Dalam pada itu, Humood juga menyatakan
dia turut menerima tempias impak daripada populariti lagu berkenaan. dan
kini semakin dikenali ramai serta bertambah peminat.
"Lagu Kun Anta memperkenalkan saya kepada ramai peminat termasuk kini saya punya ramai peminat di Malaysia.
"Walaupun sudah dikenali, saya cuba untuk tidak mengubah apa-apa tentang diri saya.
"Lagu Kun Anta itu sendiri maksudnya
jadilah diri sendiri. Jadi, saya akan terus menjadi diri saya dan
berharap peminat terus menyokng karier saya," kataya yang merancang mahu
menghasilkan lebih banyak lagu berunsur inspirasi dan motivasi pada
masa hadapan.
BAYI SERBA HITAM LAHIR DI AFRIKA SELATAN | Biarpun
hitam namun anak yang dikatan bayi paling gelap ini nampak comel dan
sangat luar biasa,sumber mengatakan bukan hanya setakat kulit saja yang
hitam,kuku,mata serta bibir bayi ini juga ikut berwarna hitam seperti
kulit bayi itu sendiri.
Keunikan yang dimiliki bayi yang lahir di afrika selatan ini di
juliki dengan nama bayi paling gelap di dunia.dua keping gambar bayi
yang tersebar di media sosial mulai menjadi viral dan para media turut
memburu biodata serta tempat dimana anak itu dihirkan.sampai kini masih
belum ada mana mana media yang memastikan siapa sebenarnya bayi yang di
juluki bayi paling hitam di dunia ini. GAMBAR BAYI PALING GELAP DI DUNIA