Pages

Friday, 12 June 2015

Lelaki Tanpa Penis Dah Tiduri Lebih 100 Wanita


SEORANG lelaki dari Manchester, United Kingdom yang tidak mempunyai alat sulit mengakui sudah meniduri lebih daripada 100 wanita sepanjang hidupnya.
Andrew Wardle, 40, menderita penyakit pelik sejak dilahirkan iaitu bladder exstrophy yang mana menyebabkan alat sulitnya tumbuh perlahan-lahan di bahagian badan yang lain.
Doktor berjaya membuang kecacatan itu namun sehingga kini Andrew tidak mempunyai alat sulit seperti mana lelaki normal lain.
Susulan kisah uniknya itu, satu dokumentari yang diterbitkan oleh Discovery Life Channel bakal disiarkan di kaca televisyen selama satu jam mengisahkan perjalanan hidupnya tanpa memiliki alat sulit.
Turut diceritakan ialah bagaimana Andrew ditampar bekas teman wanitanya sebaik dia mengetahui Andrew tidak mempunyai aset seperti mana yang dimiliki lelaki lain.
“Ianya sangat susah untuk menjelaskan kepada teman wanita baru. Pernah sekali saya ditampar bila saya memberitahu perkara sebenar kepadanya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Oleh:  JASMIN

Alat Rangsang Seks Wanita Termahal Di Dunia


LONDON - Anda mungkin biasa tahu dildo; sejenis alat rangsang seks wanita cukup popular yang juga disebut zakar palsu, tetapi pernahkah anda menemui satu lagi alat bantu seks dikenali vibrator dengan harga mahal?
Atas permintaan ramai, sebuah firma Britain menghasilkan vibrator paling mahal di dunia yang memberikan sensasi tersendiri sekali gus kemewahan bagi para penggunanya menikmati nafsu seks secara lebih eksklusif.
Istimewanya alat bantu seks ini, menurut laporan dari majalah ternama wanita Glamour di Amerika Syarikat (AS), vibrator yang baharu dilancarkan di pasaran itu diberi nama Nell Pleasure Seed dan ia dilapisi oleh emas tulen.

Baca: Wanita Tidak Cukur Bulu Kemaluan Berisiko Sakit

Berdasarkan ulasan dari pengedar alat ini, Coco de Mer of London, produk canggih itu lebih mengutamakan faktor kenikmatan di samping pastinya harga yang mahal khusus untuk sasaran utama ialah pelanggan berprofil tinggi.
Apa tidaknya, Nell Pleasure Seed mendapat permintaan amat tinggi dari kalangan wanita elit sehingga dilaporkan dijual pada harga serendah 12,000 pound sterling di pasaran Britain (kira-kira RM66,240) bagi setiap unit.
Ada beberapa sebab sebenarnya yang menyebabkan alat bantu seks kaum Hawa ini boleh dinobatkan sebagai yang paling mahal harganya di dunia. Pertama, permukaan vibrator ini sendiri dilapisi dengan emas sebesar 18 karat.


Bukan itu sahaja, produk ini juga diukir kemas dalam sebuah peti kemasan kayu secara eksklusif yang juga dilapisi emas tulen dan sebab kedua, ia memiliki lima pola getaran unik yang dapat dinikmati dalam pelbagai situasi.
“Setiap pola getaran itu dapat dihayati dengan alternatif peningkatan kadar tekanan yang menyajikan peluang eksperimen untuk tahap kenikmatan yang tidak pernah selesai,” jelas kenyataan pihak Coco de Mer of London.
Jangan bimbang bagi yang kurang berkemampuan, syarikat itu juga ada menawarkan vibrator bentuk sama tetapi versi tanpa emas dengan harga lebih murah; hanya 220 pound sterling (RM1,237). – Agensi/H.A.AMREE

Pukul Isteri Enggan Lakukan Seks, Suami Dipenjara Sebulan


KUALA LUMPUR – “Isteri untuk disayangi bukan untuk dipukul. Kalau tak boleh sayang, lepaskan,” kata seorang majistret sebelum menjatuhkan hukuman terhadap seorang pemandu teksi kerana memukul isterinya yang enggan melakukan hubungan seks dengannya.
Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas K. Tharmalingam, 42, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, T. Thangasamy, 38.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini.
Tharmalingam didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Kos Rendah Jalan Udang Harimau, Taman Megah Kepong, Sentul di sini, pukul 3.30 petang 10 April lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Menurut fakta kes, tertuduh telah memaksa isterinya melakukan hubungan seks, tetapi wanita itu enggan lalu dipukul suaminya menyebabkan mangsa cedera di beberapa bahagian badan.
Terdahulu, majistret menyoal tertuduh adakah dia memukul isterinya di hadapan dua anaknya yang berusia 12 dan 13 tahun, tetapi tertuduh menjawab “Tidak, anak-anak saya sedang tidur”.
Majistret kemudiannya menasihati tertuduh dan menyoalnya “Kenapa pukul isteri awak, dia adalah ibu kepada anak-anak awak. Dia yang melahirkan dua anak untuk awak.”
Isteri tertuduh turut hadir di mahkamah.
Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran agar tertuduh tidak lagi melakukan keganasan terhadap isterinya. – BERNAMA

Nak Ambik Gambar Tetek Sendiri Pun Nak Umum Kat 1 Dunia Ke?


Muka budak dalam gambar di atas memang cantik.
Cuma perangai ada sikit pelik la…
Kalau teringin nak ambik gambar buah dada sendiri…ambiklah untuk kepuasan sendiri… tak perlu la umum kepada semua rakan-rakan media sosial kan.
Hasilnya, ada di kalangan yang kononnya rakan menyebarkan kenyataan dan gambar anda.
Nasib baik kami padam nama dan wajah, tetapi rasanya gambar yang tidak censored langsung dah lama tersebar.
Budak ni mungkin nak perhatian dan melawak tetapi rakan-rakan yang mengambil kesempatan tidak berfikir seperti itu.
Kepada adik ini… anda dah cantik… tak perlu beriya-iya untuk mendapatkan perhatian…sebab haters yang menunggu untuk mengambil kesempatan pun mesti ramai…
Kepada semua, ambil la pengajaran dari apa yang berlaku ini.