Umur bukan penentu kematangan. Usaha dan cara berfikir adalah apa yang menentukan kematangan kita.
Kita
perlu berusaha membangkitkan kematangan ini dan sentiasa
mempertingkatkan kualiti kematangan kita. Walaupun umur kita baru
menjengah 15 tahun, kita sepatutnya sudah mula merancang bagaimana mahu
mempertingkatkan kematangan di dalam hidup mahupun cinta.
Tapi
bagaimanakah untuk menjadi seorang yang matang dalam bercinta? Kami
banyak menerima emel daripada pembaca meminta tips untuk menjadi matang
dalam bercinta. Oleh itu hari ini, kami akan kupaskan dan bincangkan
khas untuk anda.
#8 Bergaul dengan orang yang jauh lebih dewasa
Anda tidak akan matang sekiranya hanya
berkawan dengan rakan yang sebaya dengan anda sahaja. Keluarlah dari
kepompong dan bergaullah dengan orang sekeliling yang berbeza level dengan anda. Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.
#7 Menambah ilmu
Tidak
dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang membentuk sahsiah
dan perwatakan seseorang itu ke arah yang lebih baik. Ilmu akademik
mahupun kerohanian adalah sama penting dan perlu dititikberatkan.
Menonton rancangan bercirikan ilmiah atau dokumentari di televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.
#6 Membaca surat khabar
Maksudnya
membaca keseluruhan isi akhbar itu dan bukan kolum hiburan atau sukan
sahaja. Dan yang paling penting tahu tentang isu semasa yang berlaku
sekarang
#5 Merubah gaya ber-SMS
Elakkan
bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?, makan
apa?”, “awak betul-betul sayang saya?” atau soalan yang ekstrem seperti
“apa nama anak sulung perempuan kita nanti?”, dan sebagainya.
Zaman bercinta monyet di sekolah
dahulu bolehlah sebabnya waktu itu nak eja nama pun belum tentu tahu
lagi. Inikan pula nak memahami maksud dan nilai CINTA.
#4 Belajar daripada pengalaman
Orang tua pernah berkata “Pengalaman mematangkan lagi seseorang”.
Ya, betul! Setiap orang mengalami pengalaman berbeza. Cuba ambil masa
untuk muhasabah diri dan ingat kembali apa kesalahan dan kesilapan yang
anda telah lakukan dengan cinta anda dahulu. Cuba perbaiki diri anda
untuk menjadi sang pencinta yang baik.
#3 Elakkan daripada bercinta 24 jam!
Bukan anda seorang sahaja yang dilamun
cinta. Dan jangan disebabkan cinta, tanggungjawab anda sendiri
diabaikan. Anda bukan lagi di peringkat sekolah rendah.
Tanggungjawab meningkat selaras dengan
peningkatan usia. Kalau dahulunya, kita ke universiti untuk belajar
tanpa memikirkan soal kerja dan duit. Tapi sekarang, kita sudah berada
di alam pekerjaan iaitu alam dewasa. Banyak tanggungjawab terletak di
atas bahu kita. Sesekali ambil masa untuk SMS si dia diwaktu rehat tidak
salah cuma bukan 24 jam berSMS.
#2 Tahu yang mana serius dan yang mana gurauan
Kita
sering terbawa-bawa perangai dan sikap semasa kecil iaitu sentiasa
inginkan gelak dan bergembira ke dalam bercinta. Ya, tidak dinafikan
semua orang inginkan kecerian yang diriingi gelak tawa dalam perhubungan
tetapi anda perlu menjaga batasnya. Anda perlu tahu bahawa ada masanya
untuk bergembira dan adanya untuk menjadi lebih serius dalam bercinta.
#1 Ubah penampilan anda
Kalau
dahulu, anda mungkin tidak mengendahkan penampilan anda setiap kali
keluar bersama terutamanya lelaki. Dengan memakai tshirt round-neck yang
bergambar ‘hantu’ ditambah dengan jeans yang berkoyak-koyak di bahagian
lutut. Oh, anda nampak sangat selekeh di mata orang ramai terutama
pasangan anda.
Bagi wanita pula, cuba berpakaian lebih sopan dan menutup aurat. Barulah nampak lebih ayu