Pages

Saturday 31 May 2014

CHEF WAN... DAH TAHU HARAM DIAM SUDAH LA..



jom baca apa kata chef Wan mengenai babi..
ye la..kadang2 kita lupa yang malaysia ni bukan cuma 
ada orang islam.ada juga orang agama lain selain dari islam..
Bila kita pandang hina pada makanan orang agama lain 
secara terang-terangan mungkin ada hati mereka yang rasa terluka..

Memang la babi tu haram untuk kita makan..
tapi jangan la kita menghina dan pandang macam mereka yang makan babi ni
sangat jijik.
itu kan makanan mereka..
kita pun ada makanan kita yang diorang tak makan tapi tak de pun diorang nak 
hina teruk sangat kan..
kalau diorang buat macam tu mau melatah la semua orang melayu islam ni..



I remembered talking about respect and tolerance for others some months back there are someone making a negative remark kononnya gambar2 Pork ni tak usah la post konon mereka geli. Apa budu dan cencalok itu bukan ke bangkai makananan laut yg busuk mau pun ikan masin serta Perkasam dan belacan itu tak busuk ke? Dont u think other races also find that a complete turn off tetapi boleh pula kita mencekek dan sedap. Susah jika manusia yg hidup mereka macam katak bawah tempurung ini. Ini makanan orang yg perlu kita respect dah tak perlu nak rasa jijik dan aib kan mereka.Shame on this moron that today is destroying the image of this country and causing alot of tension among other races with their itu haram dan ini haram! Dah tahu haram diam sudah la.Bangsa asing tak suruh pun kita mencekek bodoh! Why cant we exercise tolerance towards others instead of always finding fault at them bangsa Asing? This country is not just for the Muslim alone likewise the whole World. If other races and nation of the World can respect Islam and even the Pope can take his shoe off to enter our mosque in Juruselem nak saja saya kata di sini who the Hell are we to try and preached others and find fault as them sedang we our own race pun tak sempurna mana la! I am getting so sick of reading all this irresponsible human being from the public to Politician that put their brain on their knee cap! Opened up yr eyes and watch the news where is Peace in this world today? Letaknya di hati dan tangan kita! -Chefwan-

#Ada betulnya...buat apa nak marah,hina,maki babi..kan??dia pun Allah yang jadikan..,,.

Sekian...

Friday 30 May 2014

Dia Sanggup Makan Babi Demi Cokelat Cadbury!


Tak dinafikan memang ramai umat Islam yang mempunyai pemahaman kurang sempurna tentang agama.
Sepatutnya bila itu berlaku, kenalah belajar untuk menjadi lebih faham.
Malangnya ada sesetengah orang Islam ini, bukan sahaja jahil malah begitu yakin pula menunjukkan kejahilannya pada orang lain.
Habis semua hukum agama dibantai mengikut logik dan kesenangan diri sendiri sampai kadang-kadang kelihatan menggugat akidah.
Contohnya status Facebook yang dibuat seorang remaja berkaitan cokelat.
Kata adik ni, tak ada sebab orang muda sepertinya nak boikot makan cokelat Cadbury semata-mata isu haram sebab itu cuma mainan politik.
Baginya babi tak boleh makan kalau dalam bentuk daging, dah jadi cokelat tak apa…
Anak siapalah ni ye? Kalau tahu siapa ibu bapanya mintalah mereka hantar anak belajar agama sebab sesat sangat dah ni!

Tanpa Belas, Anak Sendiri Didera Sehingga Habis Nyawa


Jika kita dipukul berulang kali serta disimbah dengan air panas tanpa rasa belas kasihan, pastinya kita akan bertindak balas memukul balik pelaku dan paling tidak pun melarikan diri.
Bagaimana pula jika perbuatan sama dilakukan ke atas seorang kanak-kanak berusia baru enam tahun yang tidak mampu membalas balik, sebaliknya hanya mampu merayu.
Bayangkan pula apakah kesakitan yang ditanggung si kecil apabila pelakunya bukan penjenayah tetapi ibu kandung dan bapa tirinya sendiri di dalam rumahnya sendiri yang dirasakan tempat paling selamat baginya.
Itulah derita dan kesakitan yang ditanggung oleh Allahyarham Mohammad Akhil Mustaqim Rashidy, 6, yang didera ibu kandung dan bapa tirinya sendiri tanpa sekelumit pun belas kasihan.
Lebih perit kesakitan dan derita saat pukulan demi pukulan singgah di kulit si kecil terpaksa ditahan sehingga saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Mak, adik tak buat dah.. sakit,” itulah raungan terakhir Mohammad Akhil sebelum pergi selama-selamanya.
Bayangkan apabila panggilan “mak” bukan lagi sebagai mengharapkan kasih sayang tetapi ia adalah panggilan merayu meminta belas supaya si emak berhenti memukulnya.
Menurut sumber yang enggan dikenali, mangsa dibawa ke Hospital Ampang dalam keadaan cedera parah.
“Mana tidaknya, kaki kirinya patah, seluruh badan lebam dan melecur, ada kesan baru dan lama,” katanya memetik laporan akhbar Harian Metro.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata hasil siasatan awal dilakukan pegawai penyiasat mendapati suspek utama kes berkenaan adalah bapa tiri mangsa.
“Ibunya yang berusia 31 tahun dipercayai bersubahat dalam kejadian itu.

“Sama ada dia diugut ataupun turut dipukul suaminya itu juga menjadi satu aspek siasatan, tetapi sehingga kini kita percaya kita percaya ibu mangsa bersubahat,” katanya.
Sementara itu, jiran Allahyarham Mohammad Akhil yang hanya mahu dikenali sebagai Maria, 40, mangsa dan keluarganya baru berpindah ke kawasan perumahan itu empat bulan lalu.
Sejak berpindah, Maria sering mendengar anak-anak pasangan itu termasuk mangsa menangis akibat dipukul.
“Petang Ahad lalu, saya mendengar suara mangsa meraung kesakitan lebih satu jam akibat dipukul emaknya tanpa henti,” katanya.
Kanak-kanak itu dibawa bapa tiri mangsa ke hospital pada pukul 2 petang semalam sebelum disahkan meninggal dunia selepas empat jam menjalani rawatan.
Bapa tiri mangsa yang ‘durjana’ itu kemudiannya menghilangkan diri selepas menghantar mangsa ke hospital.
Menurut Maria lagi, kakak kepada mangsa yang masih bersekolah rendah turut menjadi mangsa dera oleh ibu bapanya.
Moga pihak polis akan menjalankan siasatan menyeluruh dan mereka yang bertanggungjawab dihadapakan ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal.

Video Nora Danish Kena Cium Di Bahagian Sulit ~ MELETOP!


Dah lama tak ada kontroveri mengenai janda meletup ini sejak dia berpasangan dengan orang kaya Nedim.
Janda sensasi ini masih lagi meletup.Jom lihat video aksinya yang lawak dibawah.