Pages

Sunday 1 June 2014

Tanda-tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna


Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.


1) Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari


2) Zina bermaharajalela

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim


3) Bermaharajalela alat muzik

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda saw menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah


4) Menghias masjid & membanggakannya

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.


5) Munculnya kekejian, 

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.


6) Ramai orang soleh meninggal dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.


10) Bulan sabit kelihatan besar

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani


11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad


13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim


14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai


15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.


Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu baginda saw bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian Baginda saw menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)


Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. 

Sepuluh tanda itu ialah:

Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Baginda as akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan Baginda as akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan Baginda as juga yang akan membunuh Dajjal.

Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

Gempa bumi di Timur.

Gempa bumi di Barat.

Gempa bumi di Semenanjung Arab.

Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Ok, Saya Tabik Kepada Rakyat Indonesia. Apa Mereka Lakukan Kepada Kontena Ini Layak Disanjung!

Di Depok Jawa Barat wujud sebuah sekolah yang unik untung golongan miskin. Sekolah ini diberi nama Sekolah Master dan terletak di dalam kawasan Masjid Terminal. Ia dibuka pada tahun 2000 bagi memberikan persekolahan rendah bagi kanak-kanak yang tidak mampu membayar yuran sekolah biasa. Pada tahun 2006 bangunan sekolah baru dibina menggunakan kontena kargo terpakai bagi menghasilkan30 bilik kelas. Sekolah percuma ini kini mempunyai hampir 3000 orang murid dan perbelanjaan persekolahan ditanggung oleh Yayasan Bina Insan Mandiri. Jika di Malaysia kita ada pusat tahfiz di Kedah yang berselindung tetapi sebenarnya pusat hamba kanak-kanak jual produk menguatkan senggama. Good job Indonesia!Desktop618_01Desktop618_03Desktop618_02Desktop618_04

11 GAMBAR ILUSI OPTIKAL YANG MENGELIRUKAN MATA ANDA

korang mesti kena tengok ilusi optikal ini.. ia akan membuatkan mata anda konfius dan juga pemikiran anda.

1. cube kire ade berape titik hitam
 


2. pandang '+' lame2 sampai yang lain hilang


3.pandang jela gambar nie......hahaha



4. ade ombak....


5. atas dan bawah same warne (tutup garisan dengan jari kat atas garisan tengah)

6. mane satu yg marah??? ( kaburkan mate)

7.bulatan mane yg gerak lebih laju


8. garisan ni,sumenye lurus......ukur sendiri

9 due2 bulatan oren same saiz


10.gerakkan kepala kedepan dan kebelakang

11. kalau fikiran korang x kotor, korang akan nampak ikan lumbe2

Gambar Ini Mungkin Jijik. Namun Ia Telah Menyelamatkan Banyak Nyawa Manusia.


AMARAN : Gambar-gambar yang bakal dipaparkan ini hanya bermotifkan pendidikan semata-mata.
Beth Whaanga memuat naik imej dirinya selepas pembedahan kanser payudara di Facebook , dengan harapan untuk berkongsi ceritanya dan menggesa orang lain untuk mengambil langkah-langkah pencegahan .
Apa yang dia tidak menjangkakan adalah jawapan pedas dari beberapa rakan Facebook beliau – dan beberapa waktu berikutnya beliau mendapat sokongan yang menggalakkan apabila gambar-gambar pergi virus .
( Sesetengah imej di bawah adalah NSFW dan boleh dipertimbangkan grafik. )
Whaanga , seorang jururawat dan juga ibu kepada empat orang anak dari Brisbane , Australia, telah disahkan menghidap kanser payudara pada hari lahir ke-32 beliau. Selepas mendapati bahawa dia adalah pembawa gen BRCA2 , satu mutasi genetik yang meletakkan beliau berisiko tinggi untuk kanser payudara dan kanser ovari, Whaanga menjalani mastektomi berganda November lalu, dan juga histerektomi , limfadanektomi dan lumpectomies melanoma. Daripada menyembunyikan parut , sebaliknya dia memilih untuk bersuara untuk membantu orang lain yang terjejas oleh kanser.
” Parut anda adalah perwakilan fizikal atau penzahiran emosi yang anda telah melalui ,” Whaanga memberitahu The Huffington Post dalam e-mel. “Mereka menunjukkan bahawa anda datang melalui pembedahan dan terselamat. ”
Beliau bekerjasama dengan rakan dan jurugambar Nadia Masot untuk mengambil gambar badan selepas pembedahan beliau dalam siri potret dipanggil ” Bawah Pakaian Merah. ”
“Saya benar-benar merasai semasa penggambaran bahawa saya mahu menggambarkan [ parut Whaanga ] kekuatan dan daya tahan , tetapi juga mempunyai kelemahan dan kesakitannya ” Masot memberitahu The Huffington Post dalam e-mel. “Beliau tidak takut bilamana saya mengambil gambar bekas parutnya. Beliau yakin dalam berkongsi dengan saya , dan saya dapat merasainya ”
red dress
Ketika beliau memuat naik gambar beliau, Whaanga menulis :
WARNING: these images are confronting and contain topless material. They are not in anyway meant to be sexual. The aim of this project is to raise awareness for breast cancer. If you find these images offensive please hide them from your feed. Each day we walk past people. These individuals appear normal but under their clothing sometimes their bodies tell a different story. Nadia Masot and I aim to find others who are willing to participate in our project so that we might show others that cancer effects everyone. The old and the young, age does not matter, self examination is vital. It can happen to you.
breast cancer

Walaupun dengan penjelasan Whaanga, beberapa orang mengambil negatif dengan gambar ini. 1 jam selepas gambar-gambar telah diposkan, lebih 100 orang telah unfriend Whaanga di Facebook, dan beberapa laporan telah dihantar kepada Facebook mengenai gambar ini. (Facebook telah dihubungi Whaanga untuk memberitahu bahawa mereka tidak akan mengeluarkan imej-imej tersebut.)
breast cancer
“Maklum balas yang saya telah menerima adalah bahawa orang merasakan bahawa medium tersebut tidak wajar untuk imej-imej ini,” Whaanga memberitahu HuffPost. “Mereka juga mengambil berat tentang kandungan grafik dan imej.”
Bantahan ini, bagaimanapun, seolah-olah hampir kecil berdasarkan tujuan projek: meningkatkan kesedaran mengenai kanser dan menggalakkan orang ramai untuk menjadikan kesihatan mereka keutamaan.
“Gambar ini mengingatkan penonton supaya berwaspada tentang memeriksa badan mereka dan menjadi lebih sedar bahawa ini boleh dan dan mungkin akan berlaku kepada anda,” Whaanga memberitahu HuffPost.
“Jika projek Bawah Pakaian Merah ‘membantu seorang lelaki, wanita atau keluarga menghadapi pertempuran mereka dengan kanser, atau membantu seseorang dalam perjalanan pencegahan mereka, maka saya amat gembira” Whaanga memberitahu HuffPost.
Ayuh kongsikan artikel bermanfaat ini. Dengan harapan kita dapat menyedarkan setiap insan yang membaca artikel ini. Share di Facebook!