Pages

Wednesday 30 July 2014

Selamba Tak Puasa: Apa Reaksi Amyza Aznan

Dalam bulan yang mulia ini memang ada umat islam yang tidak menjalankan tanggungjawab untuk berpuasa walaupun sihat walafiat dan mampu berpuasa.

Dalam satu kisah terkini, pelakon Amyza Aznan menjadi saksi kes ponteng puasa oleh staf dan krew produksi drama.
Amyza Aznan dikatakan telah menulis surat terbuka khas kepada staf dan krew produksi drama yang dikatakan tidak tahu menghormati bulan ramadhan dan juga tuan rumah yang disewa untuk penggambaran sebuah drama.

AMYZA
Sebagai pelakon yang lama dalam industri ini, Amyza Aznan telah menegur sikap tidak sensitif pekerja Islam produksi yang tidak berpuasa apabila makan dan minum sesuka hati tanpa rasa malu dan segan pada tuan rumah yang digunakan untuk penggambaran drama.
Pekerja dan krew ini produksi terbabit yang rata-rata lelaki duduk lepak, makan dan minum dalam bilik pembantu rumah sehingga menyebabkan tuan rumah dan orang gajinya terpinga-pinga melihat adegan itu.
Tindakan Amyza Aznan itu memang patut dicontohi kerana menegur sebagai umat Islam dan patut dijadikan teladan.
Kalau tuan rumah telefon pihak jabatan agama, mahu semua naik van mayat. Memalukan produksi dan juga umat Islam sendiri.
Sumber

Memalukan, Pelanggan Bank Islam Senawang Tidak Beradab Dengan Adab Islam

Memalukan, Pelanggan Bank Islam Senawang Tidak Beradab Dengan Adab Islam | Tadi Sabtu 28 Jun 2014 sekitar jam 11.30 pagi saya ke cawangan Bank Islam di Senawang yang baru dibuka beberapa bulan yang lalu. Amat memalukan apabila sekitar mesin ATM dan CDM dipenuhi dengan sampah resit ATM, di atas mesin ATM, di atas lantai, padahal terdapat 2 tong sampah di situ. Satu tong sampah sudah penuh, tapi apabila ditekan dengan tangan ianya tinggal separuh, satu lagi tong sampah masih kosong.
bi1
Isu ini nampak mudah, tapi memalukan. Malu kita sebagai pelanggan Bank Islam, malu kita sebagai umat Islam di sebuah negara majoriti umat Islam, sebuah negara majoriti orang Melayu. Macamana nak cakap mengenai hukum hudud, jihad, prihatin terhadap remaja OKU di Nilai, tetapi satu-satunya institusi kewangan Islam yang tersohor, bab sampah resit ATM pun kita pandang ringan. Marilah kita mulakan dengan diri kita sendiri, nampak paku di jalanan, kutip, takut ada kereta lalu lalang terkena paku. Nampak sampah di masjid , surau, kutip, semata-mata harap redha ALLAH

MH17 – Pakar Media Amerika Dedah CIA Tahu Perkara Sebenar

MH17 – Pakar Media Amerika Dedah CIA Tahu Perkara Sebenar | Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH17 pada hari ia ditembak. Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV.
mh_2981085b
“Pesawat komersial yang ditembak tanpa sebab itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin ditembak dengan tidak sengaja. Mana mungkin pesawat boleh ditembak di udara yang tinggi 10km, bergerak dengan kelajuan hampir 500km/h tanpa ada sistem canggih yang memang mensasarkannya,” katanya.
Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Eropah tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu. Ia dapat dibuktikan dengan reaksi pantas Presiden Amerika Barrack Obama yang terus mengulas berita itu sebelum pihak media Malaysia tahu perkara itu. Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.
Kevin-Barrett
Beliau juga berkata kemungkinan besar pihak Amerika Syarikat yang sedang mengalami masalah ekonomi yang teruk sangat “desperate” atau tergesa untuk memulakan perang besarnya dengan Russia (peperangan dapat mendatangkan pendapatan kepada Amerika kerana mereka yang banyak buat senjata di dunia), tetapi pada masa yang sama mahukan imejnya sebagai kuasa “baik” dunia dapat dilihat oleh awam. Akibatnya, Malaysia yang menjadi mangsa =(

Luahan sedih anak lelaki Azrina Yakob, ketua pramugari MH17

Luahan sedih anak lelaki Azrina Yakob, ketua pramugari MH17 - Setiap kali ditanya tentang ketua pramugari Azrina Yakob, anak kecil beliau Aqil Rais Mohd Rafliz akan menjawab ibunya keluar bekerja dan pesawatnya meletup.

“Bila orang tanya dia selalu kata begitu. Tapi saya rasa dia tak faham apa dia cakap. Kemudian dia akan terus bermain dan kadangkala mengusik adiknya, Arissa Raisya, 3, tentang ibu mereka.”

Azrina, 41, merupakan salah seorang daripada dua ketua pramugari dalam pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis lalu.

Penerbangan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur itu membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal dan tiga bayi.

Zulkifli yang berkahwin dengan kakak Azrina berkata, Aqil Rais, 6, tak merasai kehilangan ibunya kerana mempunyai sepupu untuk bermain.



“Dia budak kecil. Walaupun ayahnya menjelaskan perkara sebenar, dia tidak banyak memberikan respons.

“Dia sudah biasa ditinggalkan apabila ibunya keluar bekerja. Mungkin dia akan mula terasa apabila semua orang tiada di rumah.”


Menurut Zulkifli, beliau hanya mengetahu pesawat dinaiki adik iparnya ditembak jatuh selepas dimaklumkan suami Azrina.

“Dua kali dia cuba menghubungi isteri saya tetapi kami waktu itu sudah tertidur. Kali ketiga dia berjaya menghubungi kami.”

Katanya, beliau sekeluarga seakan tidak percaya dengan apa yang terjadi.

“Bagaimana mereka boleh tembak jatuh pesawat komersial? Ini tindakan tidak bertamadun. Perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi.”



Walaupun keluarganya mahu dalang di sebalik kejadian dihukum, baginya perkara paling penting sekarang memastikan tapak nahas dijadikan kawasan selamat untuk pasukan penyelamat menjalankan kerja mereka dan mayat dapat diambil.

“Dunia perlu memberi tekanan kepada Ukraine supaya memastikan pasukan kita selamat masuk dalam kawasan itu.”

Katanya, semua ahli keluarga termasuk suami, adik beradik dan ibu bapa Azrina redha dengan pemergian Azrina.

Namun mereka mempunyai satu hajat agar mayatnya dibawa pulang supaya dapat dikebumikan mengikut cara Islam.

“Satu hari bila anak-anak sudah besar mereka boleh ziarah kubur arwah. Itu hajat kami. (Tetapi) Kalau tak boleh disebabkan isu keselamatan, maka kami redha.”

Katanya, sejak insiden itu kediaman Azrina di Sungai Pelek, dekat Sepang, tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai.

“Sahabat dan saudara datang memberikan sokongan moral. Azrina amat disenangi, seorang yang ceria dan komited dengan tugasnya. Beliau suka terbang.”

Bagaimanapun, suami Azrina dan anaknya ketika itu tidak kelihatan.

“Dia tidak mahu ditemuramah atau ditanya soalan. Fikirannya serabut. Dia putuskan untuk terima tawaran MAS tinggal di hotel di Putrajaya. Ibu bapa dan dua anak Azrina turut dibawa bersama.”





View the original article here