Pages

Thursday 2 October 2014

Ziela Jalil Cetus Kontroversi Kaburkan Dada Dalam Instagram [Photo]

Berikutan kontroversi yang timbul pada gambar yang dimuatnaik oleh pelakon Ziela Jalil di Instagram semalam, beliau hari ini melalui akhbar Harian Metro tampil menjawab perkara itu.

Terdapat juga blog hiburan juga cuba menimbulkan kontroversi liar mengatakan Ziela Jalil sengaja mengkaburkan gambar tersebut kerana rekaan pakaian di bahagian itu diperbuat daripada material yang jarang. Namun, ini jawapan beliau:

“Kalau orang muat naik gambar saja, sibuk nak tengok bahagian-bahagian yang tak perlu. Kalau gambar itu kecil pun sanggup ambil (screenshot) supaya boleh zoom dan jadikan isu.

“Baju jarang? Bukan jarang sebenarnya. Baju itu nampak dada jadi saya ambil tindakan untuk kaburkan bahagian dada sebelum muat naik gambar itu di Instagram.

“Tapi nampaknya sesetengah orang kita ini memang suka tengok gambar yang tak dikaburkan itu. Selepas itu nak kritik dan hentam pula,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini, petang semalam. Biasalah tu, bukan namanya artis kalau tidak terpalit dengan mana-mana kontroversi. Sekecil zarah pun kesalahan yang dilakukan, pasti ada yang akan perasan...
View the original article here

Anak Lembu Berwajah Manusia


Emazizini: Penduduk yang kehairanan bertumpu ke rumah keluarga Sebenzile di Afrika Selatan baru-baru ini untuk melihat sendiri anak lembu yang didakwa separuh manusia.

Ramai percaya lembu diberi nama Nyamazane itu ‘dirogolll’ selepas ia melahirkan anak dengan wajah manusia dan dua organ seks berbeza. Sebenzile Mlangeni, 60, dari Kampung Emazizini, memberitahu akhbar tempatan, Daily Sun, lembu itu melahirkan anaknya Ahad lalu.

“Kira-kira jam 12 tengah hari, saya melihat kaki lembu keluar dari Nyamazane. Lembu itu mengalami kesakitan yang teruk. Proses melahirkan itu mengambil masa lebih lama berbanding biasa,” kata Sebenzile.

“Saya terkejut melihat gambar anak lembu itu. Saya menyangka gambar itu diubah suai,” kata Sibeko.







MUKA anak lembu yang dikatakan seperti manusia.
Seorang pegawai tempatan, Induna Malinga berkata, sepanjang hidupnya, ini kali pertama dia mendengar cerita lembu melahirkan manusia.

Keluarga Sebenzile berkata, mereka kini takut untuk menyembelih Nyamazane.

“Kami melihatnya seperti manusia kerana dia melahirkan seorang manusia. Mana boleh dagingnya kami makan,” kata Sebenzile. - Agensi
View the original article here

Senarai Harga Minyak Dari tahun 1990 - 2014

 Ini adalah senarai harga minyak di malaysia pada tahun 1990 hingga 0kt 2014. untuk ron 95 sahaja



Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85
04/12/2010 - RM 1.90
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20) 

02/10/2014 - RM 2.30 (kenaikan RM 0.20)
disebabkan sikap "tak apa baru 20sen" kini minyak dah naik dari 0.89 sen kini dah jadi 2.30

Inilah Lokasi Sekolah Paling Bahaya Di Dunia

Pelajar sekolah di kawasan terpencil di China harus menghadapi jalan yang berbahaya hanya untuk hadir ke sekolah, jalan yang harus dilalui ini berupa tebing yang tinggi dan curam,ditambah dengan jalan yang sangat sempit.Sekolah yang terletak di kampung Gulu,daerah Sichuan, berada dilereng bukit dan untuk mendaki ke arah sekolah memerlukan waktu sekitar 5 jam. Sekolah rendah ini hanya memiliki satu guru dan sudah mengajar di sekolah tersebut selama 26 tahun.

Penduduk mengakui bahwa jalan itu berbahaya bagi para murid, kerana lebar jalan yang harus dilalui oleh para pelajar tersebut hanyalah sekitar setengah meter saja, dan ketinggiannya pula cukup menakutkan.Shen Qijun, 45, guru sekolah tersebut,berulang kali ingin berhenti dari mengajar di sekolah tersebut dimana dia sudah mengajar disana selama 26 tahun.Tapi telah berulang kali pula para penduduk menahannya dari melaksanakan niatnya,kerana tidak ada orang lain yang mahu mengajar pelajar di kampung tersebut.Shen mengajar Matematik dan Bahasa Cina, tapi kata Shen, selama 26 tahun ini hanya ada dua murid saja yang berhasil ke universiti.




View the original article here