Pages

Saturday 4 October 2014

Kenapa HARAM Mencukur Bulu Kemaluan..?


Apa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang tumbuh disekeliling faraj wanita atau dia atas kemaluan lelaki. Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi diharuskan pula dengan cara bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit itu.

Seorang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung mengutamakan bercukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan mencabut akan berakibatkan kendurnya kulit di tempat itu.

Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu amalan yang digalakkan agar tidak ada kutu atau tungau yang dapat hidup dibahagian kemaluan, disamping tidak mendedahkannya kepada serangan penyakit tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik perempuan begitu juga lelaki, akan dapat menimbulkan bau yang kurang selesa.

Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluannn dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”. – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).

Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, begitu juga HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya. Mendedahkan aurat adalah HARAM disisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.

Selain mencukur bulu kemaluan ada kaitannya seorang perempuan membersihkan bulu muka. Imam Ahmad telah meriwayatkan, bahawa Bakarah binti Uqbah telah datang menemui Ummu al-Mu’minin ‘Aisyah r.a lalu ia bertanya kepada Aishah mengenai hal ini.

Aisyah menjawab : “Pokok yang baik dan air yang suci” Ia bertanya lagi tentang membersihkan muka. Aisyah menjawab : “Jika kamu mempunyai suami dan kamu boleh menggugurkan dua biji mata kamu dan menggantikannya (kedua-duanya) dengan lebih cantik, maka lakukanlah.”.

Membersihkan muka bagi seorang perempuan dan juga badannya daripada bulu-bulu yang berlebihan adalah dibolehkan. Akan tetapi rambutnya hendaklah ia menghormati dan memeliharanya. Begitu juga jika sekiranya janggut atau misai tumbuh pada seorang perempuan, maka hendaklah ia menghapuskannya.

CERITA SEBENAR DISEBALIK KES PASANGAN MAUT MELEKAT BERSAMA SEMASA BERZI NAR (GAMBAR)

Misteri pasangan berzina yang maut dipercayai akibat melekat di bahagian kemaluan sering menjadi topik untuk blogger-blogger yang berkongsikan mengenai perihal dosa dan pahala, balasan Tuhan dan sebagainya.

Namun begitu, tidak ada pula yang mengupasnya dari aspek saintifik.

Foto dan video dikongsikan dengan komen-komen yang membabi buta tanpa berfkir.

Perihal ini turut berlaku di negara seberang, Indonesa. Sekeping foto yang memperlihatkan sepasang pasangan yang dikatakan maut akibat berzina dan melekat telah tersebar.


Fenomena ini sebenarnya wujud dalam kehidupan manusia biasa, terutamanya kepada wanita. Ianya dikenali sebagai Vaginismus.

Apa pengertian vaginismus?

Vaginismus adalah keadaan di mana alat sulit wanita mengalami kekejangan otot dibahagian satu pertiga alat kelamin dan sekitar vagina. Tahap kekejangan ini berbeza mengikut wanita.

Fenomena ini berlaku soalah-olah suatu reaksi penolakan untuk melakukan hubungan kelamin hinggalah ke tahap sentuhan pada alat sulit. Situasi ini boleh dilihat dengan keadaan wanita yang sering mengepit kedua kakinya apabila ianya 'menyerang' seseorang. Menurut kajian, hanya 2-3% wanita dewasa mengalami sindrom ini.

Faktor-faktor vaginismus

Vaginismus boleh disebabkan oleh faktor fizikal ataupun psiko.

Beberapa faktor fizikal ialah:

* Gangguan selaput dara, termasuk sisanya yang tertarik kalau terjadi penetrasi penis.
* Infeksi yang menyebabkan luka di sekitar lubang vagina atau labia.
* Bekas koyakan selepas melahirkan anak yang tidak sembuh dengan baik.

Beberapa sebab psikis adalah:

* Latar belakang keluarga yang memandang seks sebagai sesuatu yang kotor, dosa atau memalukan. Jadi wanita itu dibesarkan dengan anggapan bahwa seks adalah sesuatu yang negatif.
* Pengalaman seksual yang traumatik, misalnya wanita yang pernah dperkosa baik pada masa kanak-kanak, remaja ataupun dewasa. Kalau pengalaman yang mengerikan itu terjadi setelah wanita berkahwin, ia dikenali sebagai vaginismus sekunder.
* Hubungan seksual yang kerap dan menimbulkan rasa ngilu akibat psiko. Kegagalan ereksi juga dapat menjadi penyebab.
* Rasa takut yang berlebihan untuk hamil.
* Rasa takut terkena penyakit kelamin.

Apa akibatnya?

Akibat kekejangan otot vagina sepertiga dibahagian luar, maka hubungan seksual tidak dapat berlangsung. Ini menyebabkan zakar melentur secara melampau dibahagian yang menutup vagina. Andainya penetrasi zakar dapat dilakukan, ianya tidak sempurna dan menimbulkan rasa sakit yang teruk.

Friday 3 October 2014

Beza Kentang McD Dan KFC Apabila Disimpan Selama 3 Tahun ?

Mesti ramai yang suka makan kentang Mcd atau kentang KFC ni, memang sedap dan menyelerakan! Tapi tahukah anda, ada kajian yang dibuat untuk mengetahui perbezaan tentang bawah pengawet terhadap makanan segera ini!


Ada spekulasi yang mengatakan yang makanan segera milik McDonald ini dianggap susah terurai di dalam tubuh badan manusia, maka kajian ini pun dijalankan, kajian ini dilakukan pada tahun 2008 dengan meletakkan makanan tersebut dalam 2 bekas balang yang berbeze yakni meletakkan kentang goreng dari McDonald dan satu lagi kentang goreng dari Kfc.

Selepas 3 tahun, balang ini pun di buka dan hasilnya memang sangat memeranjatkan, lihat gambar di bawah..



Lihatlah hasilnya, sesetengah orang berpendapat yang kentang Mcd ni menggunakan bahan pengawet kerana masih utuh berbanding dengan kentang KFC. Namun di pihak lain ada yang berpendapat hal seperti ini terjadi kerana sistem pemprosesan di Mcdonalds lebih bersih sehingga bakteria tidak dapat menembusi dan bekembang di dalam makanan tersebut

Inilah 10 Manusia Yang Menjadi Jutawan Tanpa Perlu Bekerja

     

1
Athina Onassis

10. Athina Onassis – Nilai Harta:  US $ 1 bilion
Beliau adalah jutawan termuda di dunia ketika ini. Mendiang datuknya iaitu Aristotle yang telah mewariskan kekayaan tersebut kepadanya.
Harta tersebut diwarisi ketika beliau berumur 3 tahun. Namun harta itu diuruskan ketika beliau meningkat dewasa. Salah satu legasi beliau adalah Pulau Skorpios yang terletak di negara Greece.


1
Lily Safra

9. Lily Safra – Nilai harta: US$ 1.2 bilion
Wanita warga Monaco ini telah mendapat kekayaan dari hasil peninggalan dari mendiang suaminya yang bernama Edmond Safra. Pada tahun 1999 Edmond meninggal dunia dalam suatu kejadian kebakaran di Apartment mereka.


1
Yvonne Bauer

8. Yvonne Bauer – Nilai harta: US $ 2 bilion
Beliau adalah pewaris tunggal Bauer Media Group. Tetapi di dalam masa yang sama, beliau juga adalah pekerja di dalam syarikat tersebut. Kedudukan beliau pada ketika ini adalah Pengarah Eksekutif.


1
Eduardo Hochschild

7. Eduardo Hochschild – Nilai Harta US $ 2.1 bilion
Orang ke-4 terkaya di Peru ini mendapat kekayaan dari bapa saudaranya yang merupakan pemilik saham dari syarikat perlombongan. Ketika kecil, Eduardo telah diculik dan lebih menyedihkan apabila bapanya telah ditembak, beliau seterusnya telah dijaga oleh bapa saudaranya menyebabkan segala harta kekayaan tersebut bakal diwarisi olehnya.


1
Scott Duncan

6. Scott Duncan – Nilai harta:  US $ 4.7 bilion
Walaupun usianya baru mencecah 30 tahun, tetapi beliau telah mewarisi kekayaan yang sangat melimpah. Baru-baru ini beliau telah memiliki  syarikat minyak di Texas yang merupakan syarikat paling maju di Amerika Syarikat
Ada juga beberapa pihak yang mengatakan bahawa Duncan tidak mahir dalam mengurus syarikat dan begitu bimbang dengan masa depan syarikat yang diwarisinya itu.





1
Finn Rausing

5. Finn Rausing – Nilai Harta: US $ 5.1 bilion
Beliau meawrisi kekayaan dari syarikat Tetra Pak yang merupakan milik datuknya. Syarikat ini menghasilkan pelbagai barangan kegunaan selama berdekad lamanya. Beliau adalah orang kelima yang paling terkaya di Sweden. Sementara yang keempat adalah abangnya.


1
Jorn Rausing (Kiri)

 4. Jorn Rausing – Nilai harta: US $ 5.2 bilion
Jorn mendapat kekayaan dari datuknya yang telah meninggal. Walaupun beliau langsung tidak  pernah bekerja sebelum ini, Jorn telah dilantik  menjadi salah satu direktor yang aktif pada syarikat tersebut. Syarikatnya adalah Tetra Pak. Jorn Rausing adalah orang keempat terkaya di Sweden sebelum adinya Finn Rausing.


1
Elaine Marshall

3. Elaine Marshall – Nilai Harta: US $ 8 bilion
Beliau memeperolehh warisan dari suaminya iaitu J. Pierce Marshall yang telah meninggal dunia. Kekayaan yang diwarisi menjadikan beliau sebagai wanita keempat terkaya di Amerika Syarikat (AS).
Sebahagian dari kekayaan itu berasal dari pelaburan sahamn di Koch Industries yang berjumlah 14.6%.


1
David de Rothschild

2. David de Rothschild – Nilai Harta: US $ 10 bilion
Lelaki berumur 35 tahun ini adalah pewaris dari keluarga Rothscild. Keturunan Rotschild sememangnya keturunan yang kaya-raya di Eropah kerana mereka menjalankan perniagaan pelaburan dan perbankan.


1
Jacqueline Mars

1. Jacqueline Mars – Nilai Harta:  US $ 20.5 bilion
Beliau adalah cucu kepada Fank C Marikh yang merupakan pengasas syarikat gula-gula jenama Mars di Amerika Syarikat. Beliau pernah bergelar wanita ketiga paling terkaya di negara tersebut.
Sumber
View the original article here