Pages

Sunday 26 October 2014

4 Gambar ghairah Zya Zara goyang punggung di Raya Meletop


Buat semua yang telah melaungkan masa untuk menonton program meletop edisi raya semalam, korang tentu masih ingat nama-nama artis yang dijemput untuk ditemubual oleh pengacara terkenal, Nabil dan Neelofa.

Mereka ialah Angah rajalawak, Siti Saleha, Shahir Af, Waris Rembau, Hazama, Alyah, Aaron Aziz dan isteri, Zara Zya, Fizo Omar dan Mawar.

Aktiviti yang cukup menarik perhatian sepanjang program tersebut ialah aksi setiap artis melakukan gaya ketika lagu-lagu raya didendangkan. Pastinya tindakan Zya Zara menggoyahkan punggung di atas pentas paling mencuri tumpuan.

Bukan setakat artis-artis jemputan yang kagum dan terpaku malah para penonton di kaca televisyen juga. Ramai tidak menyangka pelakon drama itu mempunyai bakat terpendam dalam seni tarian. Kami sendiri terkejut selepas menonton aksi beliau semalam.

Ekoran itu, penggiat-penggiat forum.cari telah membuka satu tread mengenai tarian spontan Zya Zara di program berkenaan. Ia kemudian mendapat pelbagai komen negatif dari mereka.




6 Gambar perkahwinan Emma Maembong & Adira paling ekslusif

Wow memang paling ekslusif gambar-gambar perkahwinan Emma Maembong dan Siti Adira Suhaimi bagi menghiasi majalah perkahwinan edisi November 2014.
Tampil bertudung penuh, kedua-dua artis popular ini kelihatan amat anggun ketika menggayakan dua gaun pengantin yang berwarna putih & merah dan bertatahkan pelbagai hiasan menarik.
Tak sabar pula tengok Emma dan Adira bersanding di pelamin dengan jejaka pilihan hati masing-masing. Mesti secantik bidadari kan! Betul tak?





Rupanya ini sebab sebenar Nora Danish sanggup putus cinta dengan Nedim Nazri

Punca sebenar Nora Danish sanggup putus cinta dengan Nedim Nazri – Dalam keseronokan pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri bercuti bersama-sama di luar Negara baru-baru ini, terdapat khabar berita kurang baik yang mula kedengaran tentang mereka.

Menurut laporan sebuah media hiburan, hubungan cinta pelakon itu dengan Nedim Nazri dikatakan tidak mendapat restu daripada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Mohamed Nazri.
Susulan itu, Nora Danish segera tampil kepada akhbar Kosmo dengan memberitahu bahawa dirinya tidak akan teragak-agak untuk memutuskan hubungan cinta mereka jika tindakan demikian adalah penyelesaian terbaik.
“Sudah menjadi keutamaan bagi saya untuk mendahulukan pendapat yang datang daripada ahli keluarga. Jika saya tidak mendapat restu daripada bapanya, tidak mustahil untuk saya memutuskan hubungan kami.”

“Tetapi, selama berkawan dengan Nedim, dia tidak pernah memberitahu saya apa-apa mengenai perkara itu. Saya juga pernah berjumpa dengan ibu dan bapanya. Mereka sungguh merendah diri dan begitu baik terhadap saya.”
Dalam pada itu, juri program Maharaja Lawak Mega 2013 berkenaan turut menegaskan bahawa dia dan Nedim tidak pernah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat. Jika ada pun, pengumuman menerusi siding media akan dibuat juga.

2 Gambar terlampau romantik Datuk K peluk erat Siti Nurhaliza

Sudah mendirikan rumahtangga selama 8 tahun sejak berkahwin pada 21 Ogos 2006, ternyata kebahagian yang dikecapi Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Seri Khalid Muhammad Jiwa semakin erat dan kukuh dari tahun ke tahun.
Malah meskipun belum dikaruniakan cahayamata pertama namun pasangan ini tidak pernah berputus asa dan tidak menjadi itu sebagai alasan untuk tidak bahagia.
Buktinya, Siti Nurhaliza yang baru sahaja memenangi anugerah Penyanyi Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia pada Anugerah Planet Muzik 2014 telah memuatnaik dua keping gambar paling romantik mereka di mana Datuk K memeluk erat Siti Nurhaliza.
Kedua-dua gambar itu dimuatnaik di akaun Instagram peribadinya dengan caption "Nak letak jugakla gambar ni..sapa sakit mata ..sila mata ye." 
Korang pasti terbeliak mata dengan keromantikan mereka, tak gitu? Apapun, jom layan 2 keping gambar romantik mereka di bawah.