Pages

Monday 27 October 2014

5 Foto gadis misteri di majlis pertunangan Sharifah Sakinah cetus kejutan

Ramai mengetahui, selebriti gila-gila, Sharifah Sakinah telah melangsungkan majlis pertunangannya dengan jejaka pilihan hati, Aliff Adha Jamil pada Sabtu lalu di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Di sebalik majlis meriah itu, ada seorang gadis misteri yang amat mencuri tumpuan. Orangnya bukan sahaja jelita malah amat menawan hati, Siapakah gerangan gadis memukau itu?
Sabtu lalu telah berlangsung majlis pertunangan antara pelakon Sharifah Sakinah dan juga pilihan hatinya seorang juruterbang Aliff Adha Jamil yang telah diadakan di kediaman keluarga pelakon itu di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Sharifah Sakinah tampil anggun dalam persalinan pereka fesyen terkenal Cosry berserta pelamin bertemakan taman. Pihak lelaki menghantar lima dulang hantaran berbalas tujuh dari pihak perempuan dan adat menyarung cincin disempurnakan oleh ibu Aliff, Rodzi Abdullah.

Bercakap kepada mStar Online selepas selesai majlis, Sharifah Sakinah berkata yang beliau yakin walaupun perkenalan mereka singkat selama lapan bulan sebelum mengikat tali pertunangan namun Aliff Adha merupakan pilihan yang tepat buat dirinya.

“Alhamdulillah, segala perjalanan majlis pertunangan dilalui dengan sempurna. Walaupun tempoh perkenalan hanya lapan bulan, kami sudah serasi bersama.”

“Saya kenal dia pun ketika menjadi jurulatihnya. Tidak sangka kami akan mengakhiri perhubungan ini sebagai suami isteri tidak lama lagi,”
ujar Sharifah Sakinah.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 28 Mac 2015. Tahniah didahulukan buat kedua dua buah keluarga dan bakal pengantin.
Berikut ialah 3 keping foto seorang artis jelita yang cukup misteri sehingga mengundang kejutan di majlis pertunangan Sharifah Sakinah kerana dikatakan amat menawan. Benarkah?




 

5 Gambar perubahan mendadak Diana Danielle amat mengejutkan Farid Kamil


Sememangnya salah impian seorang lelaki yang bergelar muslim ialah isterinya berhijab. Apatah lagi jika seorang isteri itu juga seorang selebriti terkenal seperti Diana Danielle.

Dalam minggu ini, ada satu perubahan mendadak yang ketara kelihatan pada penampilan Diana. Aktres itu dilihat sudah mula berjinak-jinak untuk bertudung.

Meskipun beliau hanya bertudung kerana tuntutan wataknya dalam drama bersiri Perempuan Lindungan Kaabaah namun ia tetap satu perkembangan baik. Betul tak?

Jom layan 5 keping gambar bertudung Diana Danielle dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sedap mata memandang pula.





8 Tips Menjadi Matang Dalam Bercinta






Umur bukan penentu kematangan. Usaha dan cara berfikir adalah apa yang menentukan kematangan kita.
Kita perlu berusaha membangkitkan kematangan ini dan sentiasa mempertingkatkan kualiti kematangan kita. Walaupun umur kita baru menjengah 15 tahun, kita sepatutnya sudah mula merancang bagaimana mahu mempertingkatkan kematangan di dalam hidup mahupun cinta.

Tapi bagaimanakah untuk menjadi seorang yang matang dalam bercinta? Kami banyak menerima emel daripada pembaca meminta tips untuk menjadi matang dalam bercinta. Oleh itu hari ini, kami akan kupaskan dan bincangkan khas untuk anda.




#8 Bergaul dengan orang yang jauh lebih dewasa




Anda tidak akan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan yang sebaya dengan anda sahaja. Keluarlah dari kepompong dan bergaullah dengan orang sekeliling yang berbeza level dengan anda. Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.



#7 Menambah ilmu


Tidak dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu ke arah yang lebih baik. Ilmu akademik mahupun kerohanian adalah sama penting dan perlu dititikberatkan.

Menonton rancangan bercirikan ilmiah atau dokumentari di televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.



#6 Membaca surat khabar


Maksudnya membaca keseluruhan isi akhbar itu dan bukan kolum hiburan atau sukan sahaja. Dan yang paling penting tahu tentang isu semasa yang berlaku sekarang 



#5 Merubah gaya ber-SMS


Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?, makan apa?”, “awak betul-betul sayang saya?” atau soalan yang ekstrem seperti “apa nama anak sulung perempuan kita nanti?”, dan sebagainya.

Zaman bercinta monyet di sekolah dahulu bolehlah sebabnya waktu itu nak eja nama pun belum tentu tahu lagi. Inikan pula nak memahami maksud dan nilai CINTA.



#4 Belajar daripada pengalaman


Orang tua pernah berkata “Pengalaman mematangkan lagi seseorang”. Ya, betul! Setiap orang mengalami pengalaman berbeza. Cuba ambil masa untuk muhasabah diri dan ingat kembali apa kesalahan dan kesilapan yang anda telah lakukan dengan cinta anda dahulu. Cuba perbaiki diri anda untuk menjadi sang pencinta yang baik.



#3 Elakkan daripada bercinta 24 jam!



Bukan anda seorang sahaja yang dilamun cinta. Dan jangan disebabkan cinta, tanggungjawab anda sendiri diabaikan. Anda bukan lagi di peringkat sekolah rendah.

Tanggungjawab meningkat selaras dengan peningkatan usia. Kalau dahulunya, kita ke universiti untuk belajar tanpa memikirkan soal kerja dan duit. Tapi sekarang, kita sudah berada di alam pekerjaan iaitu alam dewasa. Banyak tanggungjawab terletak di atas bahu kita. Sesekali ambil masa untuk SMS si dia diwaktu rehat tidak salah cuma bukan 24 jam berSMS.



#2 Tahu yang mana serius dan yang mana gurauan


Kita sering terbawa-bawa perangai dan sikap semasa kecil iaitu sentiasa inginkan gelak dan bergembira ke dalam bercinta. Ya, tidak dinafikan semua orang inginkan kecerian yang diriingi gelak tawa dalam perhubungan tetapi anda perlu menjaga batasnya. Anda perlu tahu bahawa ada masanya untuk bergembira dan adanya untuk menjadi lebih serius dalam bercinta.



#1 Ubah penampilan anda


Kalau dahulu, anda mungkin tidak mengendahkan penampilan anda  setiap kali keluar bersama terutamanya lelaki. Dengan memakai tshirt round-neck yang bergambar ‘hantu’ ditambah dengan jeans yang berkoyak-koyak di bahagian lutut. Oh, anda nampak sangat selekeh di mata orang ramai terutama pasangan anda.

Bagi wanita pula, cuba berpakaian lebih sopan dan menutup aurat. Barulah nampak lebih ayu

2 Gambar seksi Hanis Zalikha selamba tayang perut, digelar pelacur


Gara-gara keghairahan pelakon dan blogger terkenal memuatnaik dua keping gambar seksinya yang menampakkan bahagian perut di laman Instagram, Hanis Zalikha telah menerima kecaman hebat dari netizen.

Bukan sahaja dicop sebagai kurang sopan dalam etika berpakaian malah ada pengikutnya mula melabel beliau sebagai macam pelacur dan sengaja meraih pujian. Benarkah perkara ini ada dalam hati Hanis Zalikah.

Bagi kami, aktres jelita berusia 24 tahun ini tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjukkan cuma sekadar berkongsi gambar fesyen terbarunya dengan peminat - PORTAL OHBULAN.