Pages

Wednesday 29 October 2014

Elyana buka tudung dan kembali ke imej lama?

Elyana buka tudung dan kembali ke imej lama? - Rasanya dah lama kita tak dengar mengenai penyanyi comel yang popular dengan lagu ‘Niat’ ni kan. Siapa lagi kalau bukan Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal.

Maklumlah, sejak berkeluarga ni, wajah jelita penyanyi dan pelakon terkenal ni kian sepi dalam industri hiburan tempatan. Sibuk kot jaga anak perempuannya yang comel tu.
Tapi, tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba kami dengar gosip Elyana yang dikatakan dah berhijab kini free hair semula. Biar betul?
Melalui kiriman emel yang diterima oleh portal ohbulan, ia menunjukkan foto yang telah dimuatnaik oleh Elyana yang menjelaskan sebenarnya Elyana bukanlah sudah berhijab seperti yang disangka.

Iyalah, kalau kita lihat, sejak kebelakangan ini, Elyana kerap mengenakan tudung. Lalu timbullah andaian yang Elyana sudah berhijrah.
Tetapi, bila nampak foto-foto yang dimuatnaik oleh Elyana, mulalah ada yang mempertikaikan tindakan ibu muda ini. Ingat, perkara ni bukan admin yang pandai-pandai tulis tau, Elyana yang mengaku sendiri.
Setahu admin, Elyana tak pernah buat pengumuman rasmi mengenai perubahannya. Mungkin peminat yang terlalu gembira mendoakan perubahan Elyana. Tak gitu?





Gambar jelingan maut Reen Rahim kepada Tauke Jambu cetus kejutan


Bukan main mengancam lagi jelingan pelakon jelita keluaran program Pilih Kasih musim ke-3, Reen Rahim kepada pelawak Tauke Jambu.

Semestinya ada sesuatu yang menarik yang dapat dilihat pada gaya penampilan Tauke. Bukan sahaja macho, kacak dan bersahaja malah raut wajahnya yang cukup melucukan.

9 Gambar Aeril Zafrel senyum lebar dipeluk erat Wawa Zainal


Nampaknya, pasangan yang pernah mencetuskan kontroversi tahun lalu, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel kerana merahsiakan status perkahwinan mereka, tidak melepaskan peluang untuk berbulan madu di luar negara.

Mereka memilih Paris, Amsterdam dan Belgium sebagai destinasi percutian sambil menjalani rakaman siri Romantika. Best pula dapat bekerja sambil berbulan madu.

Apapun, mari layan 9 keping gambar romantik Wawa Zainal dan Aeril Zafrel di bawah.

p/s : Semua gambar milik penuh PORTAL OHBULAN.








4 Gambar pejabat Siti Nurhaliza yang amat mewah


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza telah berkongsi sekeping gambar pejabat mewahnya yang mengandungi empat slot menerusi akaun Instagram peribadi.

Gambar tersebut disertakan caption berbunyi berikut : "Back to office..meeting,new plan,new products ,new target bla bla bla....#bukansenangnaksenang #alhamdullillah #wanitaboleh."

Menurut blog kopio, pejabat itu ialah untuk bisnesnya yang diberi nama Simplysiti. Mewah tak? Bagi kami, ia amat ekslusif dari semua aspek termasuk rekabentuk.