Pages

Friday 31 October 2014

Gadis Cantik Ini Mati Akibat Dari Ciuman Pertama

Ciuman pertama biasanya menjadi detik-detik paling mendebarkan sekaligus membahagiakan. Namun, tidak bagi Jemma Benjamin. Ciuman pertama gadis 18 tahun ini lantas berakhir dengan kematian yang mengerikan. Jemma menghembuskan nafas terakhirnya beberapa minit selepas bercium dengan teman lelakinya, Daniel Ross, 21. Itu merupakan ciuman pertama sekaligus menjadi ciuman yang terakhir bagi gadis dari Treforest, Pontypridd, South Wales.

Daniel menceritakan, pada malam itu ia mengantar Jemma pulang dari sebuah bar setelah makan malam berdua. "Kami berbual dan akhirnya berciuman di lorong berhampiran pintu depan. Kami pergi ke dapur dan ruang tamu. Di sana, Jemma duduk di sofa," jelasnya seperti dipetik dari Daily Mail.

Sesaat setelah berciuman, kelopak mata Jemma tiba-tiba terkulai, mulutnya berbuih, dan tubuhnya terjatuh ke lantai. "Kami tidak melakukan hubungan seksual. Kami hanya berjumpa beberapa kali dalam seminggu," jelas Daniel yang mengenali Jemma di kolej tiga bulan terakhir.

Melihat Jemma dalam keadaan begitu, Daniel lantas menghubungi petugas perubatan. Ambulans datang, dan pasukan perubatan cuba menyelamatkan nyawa Jemma, namun tak dapat diselamatkan.

Jemma diagnosis keadaan jantung yang jarang berlaku, sindrom kematian mendadak dewasa (SADS). Bahkan,boleh menyerang saat penghidapnya sedang tidur. Sindrom ini membunuh sekurang-kurangnya 500 orang dewasa UK setiap tahun.

Satu daripada 20 kes jantung yang jarang berlaku yang menyebabkan kematian mendadak tidak mempunyai penyebab jelas. Keadaan ini dipanggil sindrom kematian mendadak arrhythmic. Ini terjadi akibat gangguan irama jantung, yang lebih mempengaruhi fungsi elektrik pada organ, daripada gangguan struktur jantung itu sendiri.

Itulah mengapa hanya dapat dikesan pada saat seseorang hidup, bukan setelah kematian. Kesalahan aliran elektrik pada jantung disebabkan oleh kecacatan pada DNA, yang boleh diwariskan.

"Ibunya", Charlotte Garwood, berkata, Jemma adalah anak yang sangat cergas semasa hidup. Selain atlet hoki, Jenna juga seorang perenang jarak jauh. "Itu gambaran kesihatannya. Dan, hanya dalam satu minit ia diambil dari saya. Saya sangat merindukannya," jelas si ibu.

Gambar Wanita Cantik Di Penggal Kepala Oleh Pejuang Isis



Seorang tentera puak Kurdish yang fotonya menjadi hit, setelah fotonya membuat tanda perdamaian mendapat ribuan retweeted di Twitter 'dilaporkan telah dipenggal oleh Isis'. 

Wanita, yang dikenali dengan nama samaran Rehana, diangkat sebagai simbol harapan untuk  sempadan bandar Syria, selepas seorang wartawan memuat naik gambar beliau membuat 'V-sign', mendakwa bahawa dia secara peribadi akan membunuh 100 militan Isis. 

Wanita itu dilaporkan mungkin telah dibunuh selepas gambar beliau yang mengerikan itu mulai beredar di Twitter dari seorang pejuang Isis sambil memegang kepalanya. 

Kematiannya - dilaporkan di beberapa tempat termasuk 9News.com - Namun, belum disahkan oleh (People's Defense Unit) dan YPJ masih belum memberi respons terhadap maklumat itu. 

Gambar manja Nurul Izzah yang tidak pernah didedahkan

Gambar manja Nurul Izzah yang tidak pernah didedahkan - Tak sangka rupanya Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah turut tidak ketinggalan tampil menghiasi muka depan Majalah Nona edisi Mac 2014. Beliau dilihat cantik dan menawan dengan senyuman yang meletop macam bintang popular Arab.

Ramai mengetahui, Nurul Izzah bukanlah wanita moden yang gemar mengenakan make-up namun penampilan beliau sebagai cover girl tetap mencuri perhatian jejaka-jejaka di luar sana. Pada admin, anak ketua pembangkang itu merupakan ahli politik wanita Malaysia yang paling cantik dan anggun buat masa ini.

Sementara korang layan tiga keping gambar cantik Nurul Izzah di bawah, jangan lepaskan peluang untuk membeli Majalah Nona edisi Mac 2014 pada harga RM8.90 bagi mengetahui rahsia kekuatan jiwa yang dimiliki oleh beliau sebagai ahli politik terkemuka.




Thursday 30 October 2014

Luahan menyayat hati Nurul Wahab isu bayi kandungan terlalu besar

Penyanyi Nurul Wahab memberitahu perasaannya mudah tergores dan emosi terganggu sejak hamil anak kedua hasil perkahwinannya bersama Eric Daniel Depp, 49.

Nurul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 37, berkata, dia mudah terasa hati dengan kata-kata terutama apabila menyentuh soal kandungannya yang semakin membesar.

"Kandungan sudah masuk enam bulan dan memang saya rasa kali ini saya cepat sangat terasa hati terutamanya dengan orang yang rapat di sekeliling saya.

"Mereka menegur tentang perkara-perkara yang sememangnya dilalui oleh seorang ibu mengandung apabila ditegur berkaitan perut yang kelihatan membesar atau sukar untuk melahirkan jika bayi terlalu besar.

"Kata-kata itu sangat menguris hati bukan sahaja pada saya tetapi pada ibu-ibu mengandung yang lain. Kalau boleh janganlah cakap perkara begitu kepada orang yang sedang mengandung,
" ujarnya kepada mStar Online.

Nurul kecewa apabila segelintir rakan-rakannya tidak memahami perkara tersebut dan menjadikan ia sebagai satu gurauan.

Artikel panas lain : Punca sebenar gambar seksi Tiz Zaqyah tertidur di lokasi penggambaran tersebar meluas

Bagaimanapun, bagi mengatasi masalah tersebut, Nurul berkata, dia sentiasa memerlukan seorang rakan yang mendengar luahan perasaannya bagi menghilangkan tekanan.

Dia juga tidak boleh tinggal bersendirian di rumah berikutan sering melayan emosi terutama ketika suami bekerja.

"Biasanya jika berkecil hati saya akan luahkan rasa itu kepada orang lain supaya perasaan sedih itu hilang. Saya tidak boleh duduk sendirian di rumah sebab saya akan fikir perkara-perkara yang emosi," ujarnya kepada mStar Online.