Pages

Monday 3 November 2014

81 Rahsia Tahi Lalat Yang Mungkin Anda Tidak Tahu !!!


    Bibir atas kanan = Banyak rezeki, pandai
    Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati
    Bibir bawah kanan = Disegani orang, ramai yang suka
    Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah
    Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita
    Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
    Leher di tengah = Tercapai cita-cita
    Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong
    Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati
    Hujung mata kanan = Baik hati, sopan santun, cerdas
    Hujung mata kiri = Baik budi, murah rezeki
    Punggung kanan = Agak mengalami kesulitan
    Punggung kiri = Malas dan suka duduk
    Betis kanan = Suka berhibur, boros
    Betis kiri = Rajin, tidak suka menganggur
    Lutut kanan = Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
    Lutut kiri = Kurang kuat berusaha
    Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita
    Kepala sebelah kiri = Sering menemui kesusahan
    Kepala sebelah belakang = Jujur, sabar dan tekun
    Kening kanan = Cerdas dan cekap
    Kening kiri = Cerdas dan sopan santun
    Tengah kening = Keras hati dan berani segala hal
    Hujung mulut kanan = Kecil rezeki, tak mudah kalah
    Hujung mulut kiri = Suka berpoya-poya
    Ketiak kanan = Dapat menyimpan rahsia
    Ketiak kiri = Jujur, banyak yang cinta
    Pergelangan kaki kanan = Suka keluar rumah
    Pergelangan kaki kiri = Kehendak kuat
    Batang hidung = Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
    Pada hidung = Banyak rezeki
    Dagu bawah kanan = Jujur dan baik hati
    Dagu bawah kiri = Bijaksana, dan berbudi luhur
    Kemaluan kanan atau kiri = Baik, suka senggama
    Tumit kanan = Jujur dan banyak kawan
    Tumit kiri = Baik budi
    Alis kanan = Suka menolong dan baik hati
    Alis kiri = Ramai yang suka
    Pangkal peha kanan = Kemahuan kuat
    Pangkal peha kiri = Suka kerja apa pun
    Telapak kaki kanan = Tak mudah mengeluh
    Jari kaki kanan = Suka menolong
    Jari kaki kiri = Berbudi, suka berbuat baik
    Bahu kanan = Cermat dlm mbuat keputusan, banyak tanggungan
    Bahu kiri = Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
    Buah dada kanan = Baik hati, pendiam, simpan rahsia
    Buah dada kiri = Ramai kawan, setia pada pasangan
    Lengan kanan = Setia dan taat pada atasan
    Lengan kiri = Menepati janji dan rajin
    Pipi kanan = Ramai teman
    Tengah-tengah pipi kanan = Ramai yang suka
    Tengah-tengah pipi kiri = Ramai teman
    Ubun-Ubun = Kurang jujur
    Pusat = Cerdas, tangkas, tekun
    Pusat bahagian kanan = Sejahtera dalam hidup
    Pusat bahagian kiri = Beroleh kemuliaan
    Pinggang kanan = Sayang pada pasangan hidup
    Pinggang kiri = Disayang pasangan hidup
    Dada kanan = Dapat mengatasi masalah
    Dada kiri = Berani, jujur dan sabar
    Telapak kaki kanan = Tidak mudah mengeluh
    Telapak kaki kiri = Baik budi pekertinya
    Siku tangan kanan = Kuat ingin memiliki kejayaan
    Siku tangan kiri = Baik hati, suka menolong
    Jari tangan kanan = Serba beroleh keuntungan
    Jari tangan kiri = Serba baik bekerja
    Jari telapak tangan kanan = Banyak rezeki tetapi boros
    Jari telapak tangan kiri = Banyak rezeki dan cermat
    Pergelangan tangan kanan = Boros, suka bersukaria
    Pergelangan tangan kiri = Dapat berpangkat
    Perut bawah kanan = Banyak rezeki, suka memberi maaf
    Perut bawah kiri = Baik hati, tenang hidupnya
    Sudut mata kanan dalam = Disayang suami atau isteri
    Sudut mata kiri dalam = Tidak mudah dilupakan pasangan
    Sudut mata kanan luar = Baik budi, ramai yang cinta
    Pelipis kiri = Murah rezeki, dapat jadi kaya
    Pelipis kanan = Serba berhasil dalam usaha
    Kelopak mata kanan atas = Baik hati, ramah, berjaya
    Kelopak mata kiri atas = Baik budi, ramai yang suka
    Kelopak mata kanan bawah = Agak malas
    Kelopak mata kiri bawah = Agak kurang cerdik, kurang bijaksana

   Sekadar hiburan, usahlah percaya sangat...!!!

   SUMBER : situasisanasini.blogspot

Ini punca sebenar Siti Saerah, adik Siti Nurhaliza diceraikan talak tiga?


Baru-baru ini, gosip mengenai penceraian Siti Saerah adik perempuan kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza telah tersebar secara meluas di media-media massa, blog-blog hiburan dan laman sosial.

Menurut gosip terbabit, Siti Saerah telah diceraikan suaminya, Saiful Anuar Ahmad Shafie talak tiga. Ini menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai punca sebenar perpisahan mereka.
Masihkah anda ingat dengan gosip yang baru-baru ini kami sampaikan mengenai adik kepada penyanyi popular yang khabarnya akan bercerai?

Namun berita terkini yang berlegar di dunia hiburan tempatan nampaknya lebih hangat apabila artis terbabit iaitu Siti Saerah rupanya dikatakan telahpun bercerai talak tiga! Tiada sefahaman dikatakan menjadi punca penceraian itu.

Ketika dihubungi media, Siti Saerah bagaimanapun enggan mengulas soal itu kerana lebih selesa untuk tidak berkongsi apa apa buat masa ini.

"Saya minta maaf bukan saya tidak mahu (komen) tapi saya perlu menjaga hati banyak pihak. Saya minta maaf sangat-sangat," ujarnya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)kepada media.

Tambah Saerah, apa yang berlaku biarlah dia, Saiful dan Tuhan saja yang tahu. Mungkin jodoh mereka setakat itu saja. Dia perlu tabah dan reda dengan segala ketentuan Allah dan menyifatkan apa yang berlaku ada hikmahnya.

Untuk info, Saerah dan Saiful Anuar Ahmad Shafie berkahwin pada 27 Oktober 2010. Mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 3, Ahmad Daiyan, 2, dan terkini seorang bayi berusia 10 bulan iaitu Ahmad Aisy.

Apa yang menarik, dalam laman sosial Saerah, Siti Nurhaliza turut berkongsi kata-kata semangat dengan adiknya. Beliau meminta agar Saerah tabah menghadapi ujian.

"Allah SWT Maha Adil dan Bijaksana. Apa yang telah diaturkan pasti yang terbaik untuk umatNya dan pasti ada peringatan buat yang melaluinya.

"Buat @sairahtarudin, adikku bertabahlah dan teruslah berjalan berpandu pada Allah. Insyaallah semuanya tenang,”
tulisnya - BLOG MYARTIS

Gadis Pertikai Hukum Allah Diberi Balasan Serta Merta

Melayukini.net – Gadis Pertikai Hukum Allah Diberi Balasan Serta Merta | Sebagai seorang hamba Allah, kita perlu tahu bahawa kita adalah insan yang lemah dicipta oleh Allah SWT. Maka jika Allah berkehendakkan sesuatu, maka Dia akan berikan kepada siapa yang dikehendakinya. Di bawah ini terdapat sebuah kisah yang melibatkan seorang gadis. Gadis ini mempunyai imej yang bukan seperti seorang Islam. Ikuti kisah apakah yang menyebabkan gadis ini diberi balasan oleh Allah SWT.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.
Melayukini.net - Jangan ingat sekiranya kita melakukan maksiat, kita seperti merasakan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Allah SWT sentiasa menerima taubat bagi sesiapa yang mahu bertaubat denganNya. Namun, jika engkar, Allah SWT sudah menyediakan neraka bagi hambaNya yang kufur

MISTERI WANITA BERKEBAYA MERAH DI GURUN, KEDAH


13 Mei  Gurun - Seorang guru bahasa Arab, En.Mohd.Fitri Mohamad, 29 tahun, tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas. Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis. Tidak cukup dengan itu, beliau juga mendakwa keretanya terasa begitu 'berat' dan beliau ternampak kelibat 'lembaga' semasa berhenti di Padang Besar.

"Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja" katanya. Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd.Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej 'lembaga' yang kelihatan seperti wanita berbaju kebaya merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu. En.Mohd.Fitri mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Pn.Shatini Shahidan, 28 tahun, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Pn.Shatini. Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.

"Saya membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu," ujarnya. Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya. "Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang," ujarnya. Sementara itu, Pn.Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, beliau tidak berasa sesuatu yang aneh pun.

Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani. Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari 2009. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April 2009. Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mangsa mendakwa yang mereka ternampak dan cuba mengelak kelibat 'wanita berkebaya merah' yang dilihat melintasi lebuh raya itu.
HANTU WANITA KEBAYA MERAH NYARIS BAWA MAUT 

5 Februari 2009, Sungai Petani - Gara-gara terkejut ternampak kelibat 'wanita berkebaya merah' melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin. Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.Chan, 51 tahun, kebingungan memikirkan tragedi itu. Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Mr.Chan dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko'bah, Pendang. "Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya pun menaikkan cermin tingkap. Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil

 tersenyum memandang saya "
PEMANDU LORI PARAH ELAK WANITA BERKEBAYA MERAH
19 April 2009, Sungai Petani - Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.
Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, En.Mohd.Sobri Shaari, 42 tahun dan kelindannya yang dikenali sebagai En.Atan, 37 tahun, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam, Kedah menuju ke Bagan Ajam, Butterworth. Menurut En.Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan En.Mohd.Sobri berkaitan dengan lembaga misteri seakan seorang wanita yang pernah ditemuinya di Bagan Ajam.
"Ketika rancak bercerita, En.Mohd.Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan. Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, En.Mohd.Sobri hilang kawalan menyebabkan lori yang dipandunya terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi," dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.
p/s: mane orang2 kedah? wujud ke ada cerita wanita berkebaya merah ni?