Pages

Thursday 27 November 2014

7 Foto Erin malek gayakan baju bollywood pukau peminat

Erin Malek atau nama penuhnya Nur’Arina Abdul Malek dilahirkan pada 15 Julai 1994 dan berasal dari Kuala Lumpur. Hobi artis remaja ini antaranya menyelam, berenang, membaca dan menyanyi.



Antara filem-filem lakonan Erin Malek ialah Bilut, Tentang Bulan, BS21, Congkak dan Senjakala. Dia juga merupakan pengacara bagi rancangan TVIQ dan Apa Cerita.



Berikut ialah 7 keping foto Erin Malek menggayakan pakaian ala-ala bollywood yang amat mencuri tumpuan.

Sumber asal : Blog Beritasemasa22


















View the original article here

8 Foto sambutan ulangtahun kelahiran Diana Danielle

Ramai pula selebriti yang suka buat transformasi sekarang ni kan. Semalam, Nazim Othman dah jadi ikan duyung kacak, hari ini Diana Danielle pula dilihat bertukar jadi Harry Potter.


Mula-mula kami pun pelik juga kenapa Diana Danielle dress up ala-ala hero epik fantasi tu. Rupa-rupanya beberapa orang kenalan rapatnya seperti Tiz Zaqyah dan Lisa Surihani membuat sambutan hari lahir Diana semalam.



Sambutan yang kecil tetapi tetap meriah. Sudah tentu Diana bertambah gembira apabila suami yang tercinta, Farid Kamil dan anaknya juga berada di majlis tersebut.

Walaupun baru sahaja berumur 22 tahun, kami dapat lihat bahawa Diana sudah jauh lebih matang berbanding usianya. Bayangkan di usia semuda itu, dia sudah bergelar isteri, seorang ibu dan juga mempunyai kerjaya yang mantap. Rasanya tak semua orang mampu untuk tanggung komitmen sebesar itu kan?



Sumber asal : Portal Ohbulan




















View the original article here

Fizo Omar dan Mawar dikritik ubah syarat pertandingan Tiru Gaya Mawar Fizo

Fizo Omar dan Mawar sememangnya satu pasangan suami isteri yang amat romantik dan menjadi idola ramai. Jadi apabila jenama tudung Fareeda mengadakan pertandingan ‘Tiru Gaya Mawar Fizo’, memang ramai yang berpusu-pusu menyertainya.



Iyerlah, hadiah yang ditawarkan pun amat menarik. Paling koman boleh dapat tudung Fareeda yang sememangnya menjadi idaman setiap wanita.



Namun seperti biasa apabila pertandingan diadakan, pasti ada yang tidak berpuas hati. Hari ini pemilik blog beautifulnara menerima beberapa mesej peribadi yang melahirkan rasa kurang senang mereka dengan pihak Fareeda yang telah mengubah syarat-syarat peraduan sesuka hati pada saat akhir.



Perubahan syarat ini telah membuatkan beberapa peserta meluahkan perasaan di laman sosial Fareeda. Sayangnya cara jawapan pihak admin Fareeda telah menimbulkan lagi kemarahan.






Hmmmm... selalunya memang pihak penganjur berhak menukar sebarang syarat peraduan pada bila-bila masa sahaja. Namun haruslah juga difikirkan susah senang para peserta yang menyertainya.



Kami bukanlah mahu mengkritik pihak penganjur, namun semoga perkara seperti ini tidak lagi berulang di masa hadapan. Perlu diingatkan, tanpa peminat, siapalah kita ini. 



Jangan kerana perkara-perkara kecil sebegini menyebabkan para pembeli setia kita lari. Tak gitu? Semoga ada pengajaran yang boleh kita perolehi.












View the original article here

Wednesday 26 November 2014

Foto cincin tunang Neelofa tersebar?

Wahhhhh. Okay tu je reaksi kami bila terpandang gambar sebentuk cincin di Instagram Neelofa berserta caption ‘loml’ ala-ala mengundang orang untuk berteka-teki.

Kalau mengikut fahaman dan translasi dari kamus Google, ‘loml’ yang sering digunakan oleh generasi internet sekarang bermaksud ‘Love of My Life’. Ehemm apakah makna semua ini?

Dari apa yang kami baca di ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah dan berpendapat cincin berkenaan adalah tanda Neelofa sudah dirisik seseorang.

Kalau betul, maka tak lama lagi kita akan menyaksikan Neelofa menyarungkan pakaian pengantin dan bersanding di atas pelamin. Agak-agak boleh diiktiraf Wedding of the Year tak?

Tapi apa yang kelakar, ada juga yang terus-terusan mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan seakan memberi hint bahawa Neelofa adalah bakal Permaisuri. Hmm tak beranilah kami nak cakap lebih-lebih selagi tuan punya badan belum buat statement.

Apapun, kita doakan yang terbaik sahajalah untuk Neelofa. Mungkin masanya sudah tiba untuk si cantik manis ini menjelaskan apa yang sepatutnya seperti yang telah dikatakan beberapa bulan lepas.



Sumber asal : Portal Ohbulan











View the original article here