Pages

Monday 1 December 2014

Foto Almy Nadia atas katil yang mengejutkan peminat

Wah, terkejut juga kami bila melihat gambar dan membaca komen-komen di Instagram Almy Nadia beberapa hari lepas yang mana kebanyakan peminat Almy tertanya-tanya sama ada isteri kepada Fizz Fairuz ini hamil anak kembar.

Kalau tak silap kami, Almy dan Fizz dah pernah mengumumkan jantina anak yang bakal dilahirkan sekitar bulan lepas. Tapi adakah sebenarnya kembar perempuan?
Bukan apa, peminat menyangka begitu kerana terpandang foto terbaru Almy yang semakin sarat macam dah hampir menunggu hari untuk bersalin.

Memang tak dapat dinafikan Almy kelihatan lebih berisi dari sebelum ini, tapi semua tu langsung tak menghalang Almy dari kelihatan berseri-seri dan cantik. Inilah nama dia aura ibu mengandung, kan?

Makanya, Almy tak perlu risau lagi atau terasa kalau-kalau ada orang yang mengata dia berbadan besar. Normallah bentuk badan kita mengembang bila berbadan dua.

Apapun, kami doakan semoga Almy dapat melahirkan bayi sulungnya dengan selamat kelak. Mesti anak angkat Almy, Nur Afrina Darwisya tak sabar menanti kelahiran adiknya.
Sumber asal : Portal Ohbulan


Emylia Rosnaida dah mula tutup aurat

 


Emylia Rosnaida dan mula tutup aurat - Pelakon seksi yang terkenal juga isteri AC Mizal, Emylia Rosnaida dikatakan sudah mula menutup aurat selepas sekeping gambarnya bertudung telah tersebar di laman maya.

Foto yang dikongsikan di laman forum itu mendapat reaksi positif dari penggiat-penggiat forum lain. Ada yang memuji penampilan Emylia Rosnaida sebagai anggun dan lembut dipandang. Menariknya, jam tangan yang dipakai beliau turut menjadi bahan cerita mereka.


3 Gambar wajah terkini Ifa Raziah yang pasti memeranjatkan anda


Penghibur veteran terkenal, Ifa Raziah kini kembali mewarnai industri hiburan tempatan selepas beliau dipilih salah seorang dari 12 orang penyanyi berpengalaman untuk rancangan hiburan di Astro, Gegar Vaganza.

Sebelum ini, Ifa pernah berdepan dugaan berat apabila disahkan menghidap kanser payudara tahun lalu namun selepas melakukan operasi pendedahan, kesihatannya kembali pulih.

Kami turut gembira dengan perkembangan terbaru Ifa ini. Terkini, penampilan aktres jelita berusia 38 tahun itu semakin mengancam dan membuat mata korang terbeliak.

Terdengar luahan kecewa serta kesedihan dihujung talian tatkala penghibur terkenal, Ifa Raziah dihubungi untuk bertanyakan tentang komen-komen negatif peminat yang diterimanya dilaman Instagram.

"Mula-mula dulu saya rasa kecewa dan sedih, rasa 'down' sangat dengan apa yang dikatakan oleh pengkritik-pengkritik tidak bertauliah ini. Tapi saya kuatkan juga semangat, bagi saya perkara ini tidak meninggalkan kudis pun buat saya. Ia lagi mendatangkan semangat dan petanda bahawa sebenarnya Kak Ifa ini diperhatikan secara langsung dan tidak langsung oleh mereka. Pastinya mereka tidak sabar untuk menunggu persembahan saya setiap minggu," luah penyanyi yang sudah lebih 18 tahun berada di dunia hiburan ini.

"Yang komen tu pun bukannya sempurna sangat, akak kecewa kerana kita telah diajar untuk tidak menegur dengan cara yang sebegitu. Yelah bukan saya sahaja yang terjejas dengan isu ini, saya ada suami dan anak-anak. Saya nampak mereka turut terjejas dengan apa yang diperkatakan macam saya ini bukan seorang manusia. Ada yang siap tulis, baik orang yang bernama Ifa Raziah tiada dalam dunia ni tiada siapa kisah. Siapa mereka untuk berkata begitu, mereka bukan malaikat mahupun tuhan untuk menghukum saya sampai begitu sekali."

Ifa Raziah antara 12 orang penyanyi berpengalaman yang dipilih untuk rancangan hiburan di Astro, Gegar Vaganza yang mula ditayangkan pada 16 November yang lalu. Membariskan bintang seperti Mamat (Exist), Hasnol Rahmat, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai Illusi, Haleeda, Nadia, Sharifah Zarina, Fazli Zainal, Adilla dan Ifa Raziah sendiri.

"Ini sebenarnya peluang kedua buat saya dan rakan seperjuangan yang lain, semua orang tahu zaman kegemilangan kami dah berakhir tapi bila diberikan peluang yang macam ini siapa yang tak mahu ambil kan? Lagipun saya nak cari rezeki yang halal, bukan untuk siapa pun untuk anak dan keluarga juga. Tiada niat pun kata nak masuk pertandingan ni sebab nak jual diri atau apa cuma mahu buktikan pada semua bahawa Ifa Raziah ni artis versatil, bukan tahu menyanyi dangdut sahaja," cerita hos rancangan kekeluargaan, Terima Kasih Ibu terbitan Astro ini.

"Sekarang ni kak ifa hanya akan fokus pada karier dan keluarga, biarlah apa mereka nak cakap. Fokus utama saya sekarang untuk menghiburkan peminat-peminat saya di Gegar Vaganza, berikan sepenuh komitmen dan tenaga dan pastikan ianya adalah yang terbaik. Selain itu, saya juga akan mengacarakan rancangan di TV3 secara langsung. Jika ada yang nak menegur, saya sentiasa terima dengan hati yang terbuka. Cuma perlulah kena dengan caranya, jangan menulis yang bukan-bukan kerana saya ada keluarga," terangnya lagi mengakhiri perbualan.
Sumber asal : Media Hiburan



Kongsi gambar tak berbaju, Mawar & Fizo Omar dikritik teruk netizen


Susulan memuatnaik sekeping gambar tak berbaju, pasangan Mawar & Fizo Omar menerima kritikan sekali lagi dari peminat di laman Instagram.

Apa pulak yang tak kena dengan gambar tersebut? Nampak macam gambar biasa je? Iyerlah kan dah jadi trend orang sekarang ambil gambar selfie. Kenapa semakin pelik pulak pemikiran netizen sejak akhir-akhir ini.

Pelakon dan pengacara popular dikritik peminat gara-gara satu gambar selfie diri dan isteri yang di muatnaik di laman sosial peribadinya.

Gambar itu menunjukkan Fizo tidak berbaju manakala isterinya mawar mengambil gambar ketika Fizo sedang melakukan senaman untuk ujian kesihatan beliau dengan kapsyen.

Fizo Omar ~
Medical check up.. Dah lame xbuat benda alah ni..
Biasa la bila usia dah nak masuk 3 series ni kene la check kot2 ade part2 yg xbrape nak ok.
Soal makanan pun satu hal.bila makan xigt dunia..bila ade penyakit bru nak tepuk dahi..
Alhmdllh result hri ni ok.sihat walafiat.
Cuma stamina dah agak menurun dah..
So u all tu jgn asyik sibuk berkerja je.kesihatan kene jaga n skali skala kene dtg check n 'service' 'enjin' tu...
Biasalah peminat apa yang di muatnaik oleh seorang selebriti itu ada sahaja yang mereka tidak puas hati macam-macam pendapat dan cacian timbul, yerlah mereka konon-kononnya menasihat selebriti tersebut.
Tetapi sifat mereka lebih kepada mengkritik atau mengata dan mengeji selebriti terbabit ini dah dikira tak bagus dan dikira mengaibkan seseorang individu, walau apapun itu pendapat masing-,masing.
Sumber asal : Blog Newsredapple