Pages

Thursday 4 December 2014

Biodata Nur Shafiqa, Gadis Cantik Dari Kelantan Mangsa Kekejaman Manusia !


Biodata Nur Shafiqa:

Nama penuh: Nur Shafiqa bt Lah

Umur: 22 tahun

Asal: Paser Putih, Kelantan

Status: Bertunang

FAKTA PENUH: Kes Wajah Gadis Ditoreh Perompak Kejam
Seorang gadis menjadi mangsa kekejaman perompak yang menoreh pipi kiri setelah gagal memperk0sa gadis tersebut.

Fakta:
- Kejadian berlaku jam 2 petang 30 November 2014
- Tempat: Wakaf Berangan, Seri Aman, Pasir Puteh, Kelantan
- Suspek: 2 Lelaki Berhelmet lengkap dengan visor
- Mangsa Cedera: Nur Shafiqa, 22 tahun dan ibunya

Suspek pada mulanya mencederakan si ibu di dapur dan kemudian menendang pintu bilik air yang mana ketika itu Nur Shafiqa sedang mandi.

Perompak mengambil cincin yang dipakai oleh ibu dan membawa Nur Shafiqa ke dalam bilik dengan niat ingin memperk0sa.

Adik Nur Shafiqa yang berada di bilik lain telah menjerit sekuat hati menyebabkan suspek menghentikan niat memperk0sa namun mencederakan muka mangsa dengan menoreh pipi kiri dan menumbuknya.

Nur Shafiqa dan ibu kini dirawat di hospital. Semoga penjenayah kejam itu dapat ditangkap dan di bawa kemuka pengadilan. Semoga cepat sembuh.


6 Gambar majlis pertunangan Wan Raja & Yaya, kakak Emma Maembong


Pasangan semakin dikenali Wan Raja dan Yaya, kakak Emma Maembong baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan baru-baru ini.

Majlis tersebut diadakan tanpa dirancang namun selepas persetujuan kedua belah pihak, mereka ditunangkan pada hari pihak lelaki merisik.

Bulan ini turut menjadi pilihan beberapa orang artis tanah air menjadikan ia sebagai detik hari bersejarah mereka.

Selepas Elaine Daly, kakak Emma Maembong iaitu Yaya Maembong juga akan berkahwin dengan pelakon Wan Raja.

Malah pelakon Mas Muharni juga memilih 20 Disember sebagai hari pernikahannya. Wan Raja yang juga pelakon filem ... Dalam Botol akan bernikah dengan Yaya pada 12 Disember ini di Masjid Al-Ridhuan Hulu Klang.

Majlis resepsi sebelah Yaya akan diadakan pada 14 Disember di Dewan Sri Putra, KL manakala pada 26 Disember 2014 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang pula untuk sebelah keluarga Wan Raja.

Pasangan ini bertunang pada 10 Syawal lalu di KL. Menurut Wan Raja mereka kenal lebih dua tahun lalu. Drama Diari 3G menjadi permulaan detik perkenalan mereka apabila kedua-duanya berlakon sama.

"Ikutkan kami tak rancang untuk bertunang pun. Tapi apabila kedua keluarga kami berjumpa maka alang-alang jadilah juga majlis bertunang," kata Wan Raja yang menghubungi BH Online sebentar tadi.

Perkenalan mereka seterusnya bercambah menjadi mesra apabila masing-masing mempunyai bakat seni lain selain berlakon iaitu melukis.

"Dari bakat melukis itu kami mula sedari banyak berkongsi minat dan citarasa yang sama. Malah masa kenal, saya tak tahu pun dia kakak kepada Emma Maembong. Hanya selepas itu, selepas tersedar yang nama bapa mereka sama," katanya.

Perkahwinan dengan Yaya Maembong ini merupakan yang pertama dalam hidup Wan Raja. Biar disangka sudah berkahwin, Wan menafikan perkara itu.

"Muka saya nampak macam orang yang ada anak tiga. Saya sudah biasa dengan tanggapan itu. Tak kisahlah apa orang nak cakap. Mulut orang... biarlah," katanya.

Ketika ini persiapan kahwin hampir sempurna. Menurut Wan Raja sudah 95 peratus. Kata Wan Raja lagi, cuma majlis di sebelah pihaknya saja yang perlu diberi perhatian kini kerana dia terikat dengan penggambaran drama Teman Lelaki Upahan slot Akasia TV3 di Sarawak.
"Majlis di KL berkonsepkan bangsawan manakala di Pulau Pinang pula bertemakan P Ramlee dan Saloma. Kami bertuah kerana penaja iaitu Putree Bridal dari Queensbay dan Wedding Studio, Bukit Jelutong mampu merealisasikan apa yang dihajati," katanya.

Mengenai bulan madu, pasangan ini akan berbulan madu di pulau sekitar Sabah. Khabarnya juga Emma Maembong akan menaja bulan madu pasangan ini ke London - Berita Harian





Tuesday 2 December 2014

Yaasin Ambil Gambar Dengan Anjing, Harap Tiada Kontroversi


Ingat lagi vokalis kumpulan nasyid Brothers yang juga komposer, Yaasin Sulaiman? Ya, lama betul tak mendengar khabar penyanyi yang pernah meletup dengan lagu Mimpi Laila itu.

Baru-baru ini, nama Yaasin tiba-tiba muncul di laman blog hiburan gara-gara gambar yang dimuat naik olehnya terdapat subjek sensitif iaitu anjing.

Dalam gambar tersebut, Yaasin sedang ber’wefie’ dengan pengarah Nasi Lemak 2.0, Name Wee yang memegang seekor anjing.

Jika diimbas kembali, mana-mana artis yang pernah memuat naik gambar bersama haiwan tersebut pasti akan menerima seribu satu kecaman daripada masyarakat, antaranya Adira, Nanu Baharudin dan Syarifah Sofea.

Namun, menerusi ruangan ‘caption’ pada gambar tersebut, Yaasin awal-awal lagi menyatakan bahawa dia berharap gambar tersebut tidak menimbulkan kontroversi kerana dia tak menyentuh langsung anjing berkenaan.

“I hope this photo won’t get me into trouble lah kan with @name_wee with Bibi @nameweephoto & Bibi @nameweephoto,” tulisnya.

Kalau ditelek-telek gambar tersebut, memang Yaasin tak menyentuh pun anjing itu. Maka tak payah lah ada pihak yang sengaja nak cetus isu ya! – MYNEWSHUB.CC

View the original article here

10 Gambar Gadis cantik mangsa torehan muka : Gurauan buat visual pada muka jadi nyata


Satu kejadian samun dan rompak telah berlaku di Lot 1195, Sentosa, Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Puteh kelmarin.
Kejadian yang berlaku pada jam kira-kira 1.40 petang itu disahkan oleh bilik Gerakan IPD Pasir Puteh Kelantan telah menerima panggilan telefon.
Siasatan awal yang dibuat oleh pihak Polis dirumah mangsa didapati pada masa kejadian tersebut terdapat 3 org berada dirumah iaitu mangsa Hat Tema Bt Mat Zin, Nur Shafiqa bt Lah, 22 tahun dan Nur Shafatini bt Lah.
Dua lelaki melayu menaiki motosikal dan telah masuk ke dalam rumah tanpa membuka topi keledar yang mempunyai visor manakala seorang lagi suspek telah menendang pintu bilik air di mana mangsa Nur Shafiqa sedang mandi.
Setelah pintu terbuka suspek telah tarik mangsa ke ruang tamu rumah dan mangsa  dapati emak Mangsa (Hat Tema) sedang terbaring di ruang dapur rumah.
Kemudian mangsa Nur Shafiqa telah diminta oleh salah seorang saspek untuk mencabut sebentuk cincin yang sedang dipakai oleh mangsa iaitu ibu Nur Shafiqa yang sedang terbaring di atas lantai.









Nur Shafiqa kemudiannya telah dibawa masuk ke dalam salah satu bilik dan  saspek telah mengambil satu telefon bimbit miliknya jenis iPhone 5.
Semasa di dalam bilik itu juga, Shafiqa telah melihat suspek membuka seluar dan pada anggapannya dia akan dirogol oleh penyamun tersebut namun saspek pakai semula seluar apabila suspek yang kedua yang berada di luar bersama dengan ibu mangsa memanggilnya.
Suspek pertama terus keluar dari bilik dan kemudian masuk semula kedalam bilik serta menumbuk muka mangsa dan toreh muka mangsa dengan pisau kerana mangsa melawan.
Suspek kemudian keluar dari bilik dan seterusnya Nur Shafiqa terus kunci bilik dari dalam dan kemudian berteriak ikut tingkap untuk minta bantuan. Saspek dipercayai melarikan diri apabila mendengar mangsa berteriak  meminta bantuan.
Pada masa yang sama adik mangsa iaitu Nur Shafatini turut berada didalam rumah. Adik mangsa berada dalam bilik berlainan pada ketika itu  dan  telah bersembunyi di bawah katil ketika suspek menendang pintu bilik.
Walaubagaimana pun  beliau tidak nampak saspek yang masuk ke dalam rumah mereka. Nur Shafatini kemudiannya  telah menghubungi pihak polis dan juga ambulans.
Setelang Polis dan ambulan tiba serta membawa kedua-dua mangsa Hat Tema dan Nur Shafiq telah dibawa ke Hospital Tengku Anis bagi menerima rawatan dan akan dirujuk ke HUSM untuk rawatan lanjut. 

Sama-sama kita doa kan semoga eqa cepat sembuh #Prayforeqa dan terus tabah hadapi dugaan ini. Oleh Tiffany HNS