Pages

Wednesday 31 December 2014

4 Gambar wajah terkini Puan Khaleeda, isteri TMJ yang mengejutkan


Perkembangan terbaru pasangan Diraja yang baru berkahwin dua bulan lalu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan isterinya, Che Puan Khaleeda sering dinanti-nantikan orang ramai khususnya rakyat Johor.
Biodata Che Puan Khaleeda Bustamam, Isteri TMJ - Che Puan Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz.
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak bermula 2000 hingga 2003 sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George's Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004.
Che Puan Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010.

Berikut ialah empat keping foto terkini Che Puan Khaleeda yang semakin cantik dan menawan. Beliau sememangnya murah senyuman serta peramah.
Sumber asal gambar : Blog Beritasemasa22



Saturday 20 December 2014

4 Gambar reaksi Norman Hakim apabila jumpa bekas suami Abby Abadi, Farhan


Umum mengetahui bekas pelakon yang pernah popular beberapa tahun lalu, Abby Abadi telah bercerai dengan bekas suaminya, Farhan pada 9 Mei lalu.

Sejak itu, kisah rumahtangga mereka semakin kurang diperkatakan dan akhirnya senyap tanpa berita. Begitupun, Farhan baru-baru ini dilaporkan bersedia untuk terjun dalam dunia lakonan.

Reaksi Norman Hakim jumpa suami baru Abby Abadi - Pelakon Norman Hakin berpeluang untuk bersemuka dengan suami baru Abby Abadi ketika sama-sama menyambut hari ulangtahun kelima anaknya, Maria Danish Hakim.

Untuk buat kali pertama dua jejaka ini berjumpa dan mereka berdua kelihatan sangat gembira dan santai. Perasaan benci dan dendam langsung tidak ada pada mereka. Memang matang suami baru Abby, Farhan walaupun baru berusia 24 tahun.

Berikut ialah beberapa keping gambar menarik antara Norman Hakin dan Farhan yang sempat dimuatnaik di laman sosial sebagai tatapan peminat.




Friday 19 December 2014

Woww!! Mashitah Bukan main kencang lagi



Oh Mashitah!!!..sembang pasal Islam bukan Main kencang. Hal dalam parti sendiri pun penuh dengan perkara yang dilarang dalam Islam.
Ahli Sunnah Waljamaah tak pernah kata suatu kerajaan boleh halalkan judi dengan bagi lesen, boleh halalkan dengan bagi lesen jual arak. Bina pusat judi antara terbesar di Asia.
Ahli Sunnah Waljamaah tidak pernah halalkan rasuah dan salah laku dalam pentadbiran. Ahli Sunnah Waljamaah mana yang engkau pegang ni Mashitah oi.

Tindakan mengejut bekas suami Abby Abadi gemparkan dunia hiburan tempatan



Selepas sah bercerai pada 9 Mei lalu, cerita mengenai Abby Abadi dan Farhan tidak lagi begitu hangat diperkatakan orang ramai dan semakin dilupakan dek kerana timbul banyak kontroversi lain sejak akhir-akhir ini.

Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar sudah bersedia untuk menjadi pelakon selepas kontroversi perceraiannya dengan wanita itu tidak lagi diperkatakan.

Farhan, 26, berkata, dia sudah menjalani beberapa uji bakat termasuklah sesi fotografi dengan majalah hiburan.

"Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan dan tidak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi pengalaman dan laluan kepada saya berada dalam bidang ini.

"Sebelum ini saya memang tidak ada pengalaman berlakon tetapi saya sangat berminat dan ingin cuba sahaja dulu dalam bidang ini,"
ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Tambah Farhan, selepas perceraiannya dengan Abby Abadi pada Mei lalu, dia ada menerima tawaran berlakon namun terpaksa ditolak kerana belum bersedia.

Katanya, kini adalah masa yang paling sesuai berikutan kontroversi perceraian yang dilaluinya sudah mulai reda.
Sementara itu, sebagai persediaan menjadi seorang artis dia kini mula meluangkan masa ke gim bagi membina badan.

"Selepas bercerai ada juga yang risik dan tawarkan saya untuk berlakon tetapi saya tolak kerana rasa tidak bersedia lagi mungkin faktor badan saya.

"Baru-baru ini ada kawan bertanya semula tentang tawaran lakonan dan saya fikir ini masa yang sesuai,"
ujarnya.

Sementara itu, Farhan turut memberitahu niat untuk berlakon dipendam sejak berkahwin dengan aktres tersebut.

Dia pernah mengutarakan hasrat berkenaan namun ditentang oleh bekas isterinya itu.

"Dulu saya pernah cakap dengan dia yang saya ingin cuba nasib jadi pelakon tetapi dia tidak benarkan langsung. Sekarang ini senang, tidak banyak yang perlu difikirkan," ujarnya.

Muhammad Noor Farhan dan Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand. Mereka disahkan bercerai pada 9 Mei lalu dengan talak satu.
Sumber : mStar