Pages

Friday 2 January 2015

Majikan Tidak Berhati Perut Paksa Pekerja Abaikan Keluarga Dilanda Banjir

Satu salinan gambar WhatsApp di antara seorang majikan dan pekerjanya tersebar di laman sosial gara-gara tindakan majikannya yang dilabel tidak berhati perut.

Individu terbabit kecewa dengan tindakan majikannya, memuat naik gambar berkenaan di laman sosial.

Berdasarkan gambar tersebut, individu malang itu pada mulanya memaklumkan kepada majikannya yang dirinya tidak dapat kembali ke Kuala Lumpur kerana rumah ibu bapanya di kampung dilanda banjir.

Namun, alasannya itu tidak diterima oleh majikannya. Malah, dia juga turut diarahkan balik ke Kuala Lumpur kerana banyak kerja yang tertangguh di tempat kerja.

Individu itu cuba merayu dan memohon situasi keluarganya yang terpaksa menghadapi bencana banjir.

Bagaimanapun, majikannya tetap berkeras dan mahu dia kembali ke Kuala Lumpur. Majikannya turut mengugut akan memecatnya jika dia tidak datang kerja pada keesokkan hari.

Alangkah kejam jika mempunyai majikan seperti ini. Tidakkah dia faham bahawa keluarga pekerjanya perlu diutamakan berbanding kerja-kerja yang tertangguh? -MYMEDIAHUB
View the original article here

Pelakon Jasmin Hamid tiba-tiba kongsi 4 keping gambar kahwin?


Eh... beberapa keping gambar dua selebriti terkenal, Aaron Aziz dan Jasmin Hamid sedang bersanding dengan berpakaian baju pengantin telah dikongsikan oleh pelakon jelita era 90-an itu menerusi akaun Instagram peribadinya.

Perkongsian ini mencetuskan kejutan di kalangan netizen di laman sosial malah turut mendapat perhatian dari Portal Murai Batu.

Lama dah tak dengar cerita pasal pelakon Jasmin Hamid ni kan? Meskipun ceritanya di media kurang mendapat liputan tetapi Murai Batu mengikuti pelakon popular dari era 90-an ni di dalam laman sosial Instagram miliknya.

Baru-baru ni, Murai Batu terkejut apabila dia berkongsi gambarnya di Instagram dalam pakaian perkahwinan yang diarak menaiki kereta kuda.
Tapi gambar tu seperti gambar lama, Murai Batu ingtakan gambar perkahwinannya dulu, rupa-rupanya gambar tu merupakan gambar bersandingnya dengan aktor Aaron Aziz dalam salah satu babak drama Dol dan Minah Nak Kahwin.

Tak silap drama itu pernah ditayangkan beberapa tahun yang lalu dan gambar itu pon gambar lama.
Berikut merupakan kapsyen Jasmin:

“Minah berangan nak jadi Princess dengan Dol @aarondwiaziz yang memang kedekut. Kahwin naik kereta kuda konon dalam zoo Singapore. Hebat Bukan? #beauty #love #happy #holiday #fresh #fabulous #power #destiny.”

Apa-apa pun Murai Batu kagum dengan Jasmin, sehingga kin dia masih lagi aktif berlakon dan lakonannya masih lagi hebat seperti dulu. Murai Batu ucapkan semoga maju jaya Jasmin!





Negeri Yang Catat Rekod Tertinggi Buka Laman Web Luccah di Malaysia??

Harus diambil kira faktor-faktor bandar yang berada pada kedudukan yang tinggi itu mungkin disebabkan mereka kekurangan pusat hiburan ataupun maksiat.

PETALING JAYA: Orang-orang dari Pantai Timur Malaysia menghabiskan masa yang paling lama untuk melihat por no grafi di internet, sebuah syarikat video dalam talian mengesahkan.

Statistik oleh Po rn hub mendedahkan bahawa pengguna internet di Kuala Terengganu menghabiskan purata 12 minit dan 58 saat untuk setiap lawatan sama ada untuk mencari atau melihat visual.

Warga Malaysia di Kuala Lumpur menduduki tempat kedua, dengan purata 12: 29.

Ini diikuti oleh pengguna internet di Kota Bahru dan Miri, yang mencatatkan penerokaan dengan purata 12: 27 seorang, bagi setiap lawatan.


Ini adalah tempoh masa lanjutan yang dilakukan Po rn hub secara global bertajuk 'Who Lasts Longest' dengan mengumpul dan memperincikan masa yang digunakan di laman web oleh orang-orang di seluruh dunia.

Empat bandar di Malaysia mencatatkan purata penggunaan Po rn hub lebih tinggi berbanding Malaysia sendiri (12: 05), yang merupakan antara yang tertinggi di Asean.

Filipina (14: 22) mendahului senarai sebagai salah sebuah negara yang mana penggunanya adalah paling tinggi (atau paling lama) di dunia

Malaysia diikuti oleh Myanmar (10: 54), Indonesia (10: 11), Singapura (9: 50), Brunei (9: 45), Laos (8: 28), Vietnam (8: 24), Thailand (8: 15) dan Kemboja (8: 07).

Bercakap kepada The Star, Naib Presiden Po rn hub Corey Price berkata sesetengah negara mungkin telah mencatatkan tempoh masa yang lebih lama untuk setiap lawatan kerana mereka telah mencari video yang betul.

"Kadang-kadang, proses pemilihan boleh memakan masa, justeru ia tidak menghairankan apabila jumlah pelbagai diperolehi di laman web kami," katanya. - mStar Online
View the original article here

Thursday 1 January 2015

Lagi 12 gambar terkini Azrinaz Mazhar, bekas isteri Sultan Brunei bercuti di London


Pergh memang mewah sungguh gaya hidup bekas isteri Sultan Brunei juga bekas pemberita TV3, Azrinaz Mazhar Hakim ketika bercuti di London baru-baru ini.

Foto-foto Azrinaz bercuti di sana telah dikongsikan personaliti jelita itu di akaun Istagram peribadinya. Ia kemudian tiba-tiba mendapat perhatian ramai netizen.

Pelbagai komen dan spekulasi dilemparkan netizen kepadanya sehingga membuatkan kami pening kepala untuk membacanya.

Bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim kini semakin menjadi tumpuan ramai terutama di majlis korporat mahupun majlis makan malam.
Tertarik dengan gambar yang dikongsikan olehnya di Instagram yang begitu anggun, mewah dan cukup bergaya. 
Menggayakan rekaan baju-baju terkini dan warna yang sesuai dengan personalitinya membuatkan Azrinaz berada diliganya tersendiri. 
Walaupun memegang status ibu tunggal, namun tidak menghalang dirinya untuk menceburi bidang keusahawanan dalam industri telekomunikasi iaitu Clixster Mobile. 
Azrinaz yang memegang jawatan sebagai pengarah syarikat dan difahamkan pengguna talian Clixster telah mencecah lebih 200 ribu orang pengguna. 
Teringat lagi ketika beliau membuat lintas langsung sebagai wartawan TV, boleh terpaku melihatnya yang petah berkata-kata dan menghuraikan fakta-fakta penting buat penonton. 
Dengan kesempatan ini, dikongsikan kepada anda antara gambar-gambar Azrinaz yang mesra aksinya di depan kamera - Murai Batu.