Pages

Saturday 31 January 2015

3 Gambar aksi mengejutkan Engku Aleesya di atas Tikar Sejadah


Kami macam tak percaya selepas melihat 3 keping gambar aksi Engku Aleesya, anak perempuan Erra Fazira di atas Tikar Sejadah. Biar betul ni?

Rasanya, bukan kami sahaja terkejut malah ramai peminat setia Erra Fazira yang lain. Tak gitu?


"Alhamdulillah... semangat nak belajar tu ada... tapi lepas satu rakaat dah tumbang. Toleh belakang... dah sekiannnnn wabillahhhh," begitulah seloroh Erra Fazira mengenai ragam anak sulungnya Engku Aleesya ketika belajar sembahyang.

Kata orang... melentur buluh biarlah dari rebungnya ya tak? Tahniah buat Erra!! - Myartis.



Friday 30 January 2015

Punca Sebenar Scha Al-Yahya Kelihatan Lesu Dan Kurang Ceria Di AJL29

JIKA korang perasan, pengacara Scha Al-Yahya kelihatan agak lesu dan kurang ceria sewaktu mengacarakan Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29), yang berlangsung baru-baru ini.
Penampilannya tersebut sedikit sebanyak mencetuskan komen-komen negatif daripada penonton menerusi laman sosial sebaik sahaja acara tamat.
Menerusi portal Murai.com, pasangan pengacaranya, AG Hot FM memberitahu dia sebenarnya tidak menyedari perubahan pada Scha sehingga melihat maklum balas yang diberi penonton.
“Tapi bila orang perasan ada kelemahan pada dia pada malam itu, saya tidak tahulah apa puncanya. Saya anggap mungkin dia ada masalah atau sedang runsing memikirkan anaknya di rumah atau sebagainya. Tapi terus-terang saya sendiri tidak tahu apa puncanya,” katanya.
Pada masa yang sama, dia mengakui terkejut dengan keputusan Scha untuk meninggalkan program Muzik-Muzik pada musim akan datang dan ia diketahuinya menerusi posting di Instagram.
Menurut AG, dia terus menghubungi rakan pengacaranya itu, namun dia hanya menjawab yang dia segan untuk berkongsi mengenai keputusannya itu.
Hmm…tak mengapalah Scha. Kami percaya pengacara ini punyai sebab yang tersendiri untuk tidak lagi mengacara program tersebut.
Agaknya siapa yang bakal menggantikan Scha untuk Muzik-Muzik musim baru nanti ya? Sama-sama kita nantikan jawapannya nanti… – MYNEWSHUB.CC
 

Fesyen pelik Scha Alyahya di majlis ulangtahun Majalah Glam


Dalam majlis ulangtahun Majalah Glam, setiap artis yang dijemput hadir menggayakan fesyen masing-masing mengikut citarasa sendiri.

Namun begitu, fesyen pakaian yang ditampilkan Scha Alyahya paling mencuri tumpuan kerana kelihatan agak pelik.

Fesyen pelik Scha-Alyahya di majlis ulangtahun ke-10 Majalah Glam - Majlis ulangtahun kesepuluh Majalah Glam telah berlangsung malam tadi secara gilang-gemilang dan turut dihadiri ramai artis terkenal seperti Nurul Wahab, Rossa, Atilia, Chef Wan, Ning Baizura dan ramai.

Bagaimanapun, antara penampilan yang paling menarik perhatian peminat ialah fesyen pakaian yang digayakan oleh isteri Awal Ashaari iaitu Scha-Alyahya yang dikatakan kurang sesuai untuk wanita yang sedang hamil. Benarkah?

Pendedahan tergempar tabiat sebenar Siti Nurhaliza amat mengejutkan


Penyanyi tersohor negara yang juga isteri kepada Datuk Khalid, Dato' Siti Nurhaliza mempunyai satu tabiat yang tidak pernah didedahkan kepada umum.

Namun, pada majlis sambutan hari jadi Siti yang ke-36 baru-baru ini, anak-anak tirinya dan suami membuat pendedahan mengenai tabiat sebenar Siti Nurhaliza yang amat mengejutkan.

Nak tahu? Jom tonton video pendedahan tergempar itu kat SINI.