Pages

Sunday 1 February 2015

Selepas berselfie atau bergambar sila semak dulu sebelum upload.....bahaya wooo...haha

sebelum kita berfikiran pelik. elok kita siasat dahulu..







10 Perkara Yang Akan Membuatkan Anda Semakin Hodoh

Bukan Perempuan sahaja yang meninginkan penampilan yang sempurna. Sebenarnya lelaki masa kini cukup menjaga penampilan mereka. Kadang perlakuan mereka sangat bersungguh2 sehingga boleh menjadi obses. Di sini Aku shared kat korang perkara yang sering diamalkan tetapi sebenarnya menghodohkan anda !!


1. Terlepas membasuh wajah punca bintik hitam

Benar! Jika anda tidak membasuh wajah, minyak akan terkumpul pada liang pori sekaligus mengumpul kekotoran sehingga membentuk bintik hitam. Hakikatnya, jika anda terlampau kerap membasuh wajah terutamanya pencuci yang mengandungi bahan penyental, ia akan membuatkan wajah anda menjadi lebih teruk. Kulit akan kurang kelembapan semulajadi dan akan menjadikan kulit mengalami iritasi...

2. Syampu anti-kelemumur boleh menghapuskan kepingan kelemumur

Ada sesetengah syampu memang berkesan menghapuskan kepingan kelemumur pada kulit kepala. Tetapi, menggunakan syampu yang sama setiap hari tidak memberi kesan yang ketara untuk masalah ini. Malah, syampu khusus kelemumur lebih banyak kandungan bahan kimia. Rawatan anti-kelemumur setiap hari akan mengeringkan kulit kepala. Lebih baik mengantikan syampu anda kepada syampu biasa untuk kegunaan rutin tanpa masalah. Tambahan pula, masalah kulit kepala menandakan anda kurang pengambilan vitamin B...

3. Tekanan merupakan punca rambut beruban

Terdapat bukti bahawa tekanan mencetuskan radikal bebas yang boleh mempengaruhi pengeluaran atau menggalakkan pelunturan melanin iaitu pigmen yang bertanggungjawab untuk warna rambut. Namun, uban bukan berlaku semalaman. Jika benar spekulasi ini, tekanan hanyalah mempercepatkan proses yang tidak dapat dielakkan ini....

4. Berus gigi setelah makan menguatkan gigi

Bunyi seakan idea yang sangat baik untuk mengelakkan nafas berbau dan mengelak sisa makanan di celah gigi. Secara realiti, memberus sebaik saja makan akan meningkatkan hakisan enamel kerana makanan berasid dan minuman yang kita ambil. Disebabkan itu, doktor mengesyorkan anda menunggu 30 minit atau sejam sebelum boleh memberus gigi...

5. Lebih banyak krim pencukur lebih baik

Sebenarnya, sedikit lebih baik. Yang penting, cari produk yang mempunyai buih yang berkesan dan 'mesra' kulit untuk melindungi lapisan kulit dari tercedera terkena bilah pencukur...

6. Kulit berminyak perlu menggunakan pelembap

Pelembap membantu mengekalkan kelembapan semulajadi kulit. Jika disapu pada kulit yang berminyak, ia akan kelihatan lebih kotor dan lebih berkilau! Sebelum mahu menggunakan pelembap yang berasaskan air ini, adalah penting anda membersihkan wajah terlebih dahulu...

7. Topi punca kepala botak

Ianya benar jika anda menggunakan topi 24 jam yang boleh memberi rasa kurang selesa dan menyekat perjalanan darah pada kulit kepala! Hakikatnya, botak adalah disebabkan oleh faktor genetik yang mungkin datangnya dari ayah, ibu atau datuk anda. Genetik tetap genetik melainkan anda seorang saja yang botak di dalam ahli keluarga, ia mungkin punca kegagalan anda menjaga rambut...

8. Mencukur dari bawah ke atas boleh elak iritasi

Ramai menyangka mencukur dari atas turun ke bawah akan menyebabkan kecederaan. Walhal, perkara sebetulnya adalah mencukur mengikut arah pertumbuhan rambut halus ini...

9. Makan coklat punca kulit berjerawat

Punca pertumbuhan jerawat tidak ada kena mengena dengan makanan ringan seperti coklat. Semuanya adalah disebabkan oleh faktor perubahan hormon tumbesaran. Maka, jangan takut untuk mengambil coklat yang dikatakan dapat membantu memberi emosi yang baik buat anda...

10. Mencukur akan menyebabkan bulu tumbuh lebih tebal dan cepat

Bulu dikawal oleh genetik bukan pencukuran. Bayangkan jika anda takut untuk mencukur kerana gusar menjadi seperti 'orang gua', hakikatnya anda tetap menjadi 'orang gua' kerana tidak mencukur! Kerap mencukur tidak ada kena-mengena dengan  pertumbuhan yang semakin banyak sebaliknya bulu mungkin semakin hitam dan tebal kerana faktor usia dan genetik anda.
Sebagai seorang lelaki yang segak anda perlu sentiasa menjaga penampilan diri dan kesihatan tubuh. Jangan terlalu mempercayai mitos. Apa pun, cara yang betul boleh membantu anda menjaga diri dengan lebih baik. Bukankah penampilan melambangkan karakter anda? Lakukan, lakukan dengan betul !!!

[VIDEO] : Eina Azman & Suami Berciummm Sempena Hari Lahir

Screen Shot 2015-01-25 at 10.30.10 PM
Siapa tak sayang suami oii! Lagi-lagu kalau dapat suami yang kaya macam Datuk Paduka Gurmeet Hardeen.
Selaku seorang isteri yang penyayang, pelakon putih melepak ni mestilah tidak ketinggalan untuk meraikan ulang tahun suami tercinta.
Siap ‘upload’ video kissingggg suami lagi. Awww! Sweet gila tau.

Happy Birthday To You.Woot, Woot…

 

Dinner Date Background KLCC!

Screen Shot 2015-01-25 at 9.25.44 PM

Love U So Much – Eina Azman

Screen Shot 2015-01-25 at 10.27.37 PM

Sedondon Berbaju Biru

Screen Shot 2015-01-25 at 9.25.28 PM

(4 GAMBAR) Fasha Sandha Bidas Amyra Rosli

Kan Abang Nara dah cakap ada sesuatu yang pelik apabila pelakon baru, Amyra Rosli mempertikaikan Fasha Sandha baru-baru ini. Setahu Abang Nara, Fasha merupakan seorang yang sangat tinggi displinnya dan tidak pernah menimbulkan masalah di lokasi penggambaran. Agak pelik juga apabila Amyra sanggup bersumpah tidak pernah datang lewat sehingga menyebabkan Fasha Sandha meninggalkan lokasi.





Menerusi BiPop semalam, Fasha Sandha telah tampil untuk memberikan penjelasan mengenai perkara sebenar yang telah berlaku. Paling penting, Fasha menjelaskan yang dia tidak memberi kenyataan pada mana-mana wartawan sebaliknya isu ini timbul bersumberkan pihak produksi sendiri. Kata Fasha:-
Ya memang benar saya pernah tinggalkan lokasi penggambaran telefilem Baju Raya Yaya kerana kelewatan Amyra. Saya tidak tahan menunggu berjam-jam di lokasi kerana kelewatan artis.
Kalau menunggu pembikinan cahaya atau perkara lain tidak mengapa, tapi bukanlah masalah kelewatan artis. Dua hari sebelum itu ada artis lain datang lewat dan hari ketiga, Amyra pula lewat, jadi saya tinggalkan set. Tapi keesokan harinya saya datang ke lokasi dan keadaan kembali normal.
Ramai saksi di lokasi penggambaran tahu mengenai perkara itu. Dia sendiri memohon maaf kepada semua di set itu atas kelewatannya. Amyra memberika alasan dia tidak tahu masa dia patut datang.
Saya pun hairan mengapa Amyra menafikan dan bersumpah di tidak lewat. Walau apa pun juga alasan, memang Amyra lewat sedangkan saya sampai di lokasi seawal jam 8 pagi dan sudah siap bersolek setar bersedia masuk set.
Amyra sampai jam 10 pagi dan masih belum bersiap sedia. Saya harus menunggu beberapa jam lagiuntuk dia bersiap. Apa pun, saya sudah memaffkan Amyra. Saya yakin dia tidak berfikir panjang sebelum memberikan kenyataan.

 
Dalam artikel yang sama juga, pengarah telefilem tersebut, Shuhaimi Lua mengesahkan bahawa Amyra Rosli memang hadir lewat ke set penggambaran. Jadi ini bermakna Amyra di dalam kenyataannya kepada akhbar sebelum ini telah pun berbohong. Apa pun, selaku pelakon haruslah ada displin terutama bab menepati masa kerana kita bekerja dengan ramai orang. Dengar ceritanya, Fasha Sandha teringin membuka bengkel mengenai hal displin kepada artis baru yang berbakat tetapi lemah daripada segi pengurusan masa. Satu inisiatif yang sangat bagus pada pendapat Abang Nara.