Pages

Friday 1 May 2015

8 Filem Yang Diharamkan Di Malaysia

Walaupun filem pada sebenarnya bertujuan untuk memberi hiburan, namun terdapat juga sesetengah filem yang memaparkan adegan-adegan yang kurang menyenangkan atau menyinggung perasaan penonton sehingga menyebabkan filem tersebut terpaksa diharamkan dari ditayangkan.

Malaysia juga tidak terkecuali dari situasi tersebut, malah pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga sentiasa memantau dan menapis filem-filem yang berunsurkan seksual, keganasan, politik atau budaya sosial sebelum ia ditayangkan.

Berikut merupakan senarai lapan buah filem antarabangsa dan juga tempatan yang diharamkan ditayang di Malaysia.


Fifty Shades of Grey
Image result for Fifty Shades of Grey

Filem yang diangkat dari sebuah novel popular 'Fifty Shades of Grey' ini sememangnya dijangka tidak akan ditayangkan di Malaysia. Bagaimanapun pengedar filem di Malaysia iaitu United International Pictures (UIP) pada awalnya berkata filem tersebut akan ditayangkan di Malaysia dan berita tersebut nyata menggembirakan sesiapa yang membaca novel tersebut. Kegembiraan itu bagaimanapun tidak lama apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengharamkan filem lakonan Dakota Johnson dan Jamie Dornan kerana dikatakan terlalu pornografi.

Sex Tape
Image result for sex tape movie

Filem ini adalah filem kedua berunsur seks yang diharamkan di Malaysia pada tahun 2014. Rata-rata tidak terkejut dengan pengharaman filem tersebut kerana judul filem tersebut awal-awal lagi mengisahkan tentang seks, maka tidak hairanlah ia diharamkan. Walaubagaimanapun, orang ramai masih boleh menonton filem di Internet.

The Wolf of Wall Street
Image result for The Wolf of Wall Street

Filem yang dibintangi pelakon hebat Leonardo DiCaprio ini diharamkan ditayangkan di Malaysia kerana terdapat kelucahan, babak bogel serta seks. Selain itu, filem arahan Martin Scorcese ini juga mencipta rekod penggunaan perkataan lucah 'F**K' paling banyak dalam filem R-rated iaitu sebanyak 506 kali dalam filem itu atau 2.81 kali seminat. Jadi tidak hairanlah ia diharamkan di sini.

The Raid 2: Berandal
Image result for The Raid 2: Berandal

Jika sebelum ini filem pertama garapan Gareth Evans "The Raid: Redemption" pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2011, namun untuk sekuel kedua ini iaitu "The Raid 2: Berandal" ini diharamkan dari ditayangkan di Malaysia. Menurut Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF), filem yang diterajui oleh Iko Uwais ini mempunyai terlalu banyak babak ganas keterlaluan di dalam filem ini.

Noah
Image result for noah

Filem yang memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh A.S ini mendapat kritikan hebat daripada negara-negara Islam di dunia berikutan memaparkan ilustrasi atau wajah Nabi Nuh yang sememangnya bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain Malaysia, beberapa negara di Timur Tengah seperti Qatar, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan banyak lagi telah mengharamkan tayangan filem yang dibintangi Russel Crowe, Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson. Malah institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem ini.

I Spit On Your Grave
Image result for I Spit On Your Grave

Filem yang mengisahkan tentang seorang wanita yang membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang merogolnya ini bukan sahaja diharamkan di Malaysia, malah terdapat banyak negara lain yang turut mengharamkan tayangan filem ini antaranya Singapura, Thailand, China, New Zealand dan banyak lagi. Ini kerana filem arahan Steven R. Monroe ini didakwa mengeksploitasi golongan wanita.

Dukun
Image result for dukun

Filem seram tempatan "Dukun" arahan pengarah hebat Dain Said ini sememangnya dinanti-nanti oleh ramai pada tahun 2007. "Dukun" merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa seorang pengamal ilmu hitam.

Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) telah mengharamkan filem tersebut kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.

Banglasia
Image result for banglasia

Filem yang diarahkan oleh pengarah kontroversi Namewee ini sepatutnya ditayangkan di seluruh negara pada 30 Januari 2014, namun filem "Banglasia" telah diharamkan dari ditayangkan di Malaysia dikecam hebat oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika proses kelulusan filem.

Pihak LPF dan KDN turut memberikan sebanyak 31 catatan rasmi iaitu 90 peratus dari filem tersebut sekaligus mengarahkan filem tersebut membuat penggambaran semula.

Malah "Banglasia" turut tidak dibenarkan ditayangkan di laman sosial YouTube atau dijual di pasaran secara sah atau haram dan pihak yang menayangkan filem ini di rumah ataupun di kawasan awam akan berdepan tindakan undang-undang.

5 Perkara Wanita Impikan Dari Seorang Lelaki



Ramai lelaki tidak tahu bahawa dalam perhubungan, ada perkara yang wanita inginkan dari pasangannya. Kaum adam, perlu lakukan sesuatu untuk memenuhi apa yang kaum hawa inginkan. Andai tidak, anda boleh ucapkan selamat tinggal alam percintaan.

1. Dilindungi
Kepada lelaki, bila wanita rapat sikit dengan anda, jangan anggap dia nak bersetubuh dengan anda sebaliknya wanita ingin dilindungi. Wanita rasa selamat bila berdampingi dengan orang yang disayangi.

2. Wangi
Jangan anggap bau ketiak anda selalu seksi. Adakalanya bau yang terhasil dari anda wahai lelaki merimaskan pasangan anda. Kenakan sedikit wangian sebelum keluar agar hubungan anda sentiasa nyaman. Kalau rasa badan cepat berpeluh, elakkan pergi ketempat panas.

3. Kejutan
Wanita memang suka kejutan. Kejutan yang macam mana, itu terpulang kepada kreativiti lelaki itu sendiri. Sebelum buat kejutan, terlebih dahulu kaji pasangan anda samada dia suka berada dikhalayak ramai atau tidak. Jangan nanti dia beranggapan bahawa anda bukan beri kejutan sebaliknya memalukan.

Image result for loving couple

4. Telus
Impian bagi setiap pasangan adalah tiada rahsia yang hendak disembunyikan. Wahai lelaki, andai pasangan anda menyoal, jawablah dengan jujur walaupun pahit. Wanita sangat sayang lelaki yang jujur.

5. Badan Ideal
Lelaki yang buncit gemok selekeh tu, cuba tanamkan azam untuk memiliki badan ideal. Paling kurang mempunyai susuk tubuh menarik. Jangan sampai anda dikecewakan hanya sebab bentuk fizikal yang mengecewakan anda sendiri dan pasangan anda.

Luahan kecewa Farid Kamil isu isterinya, Diana Danielle bergambar hingga nampak coli

Pelakon dan pengarah Farid Kamil, 34, meluahkan rasa terkilannya mengenai isu isterinya, Diana Danielle 24, yang telah bergambar menampakkan bahagian dada di sebuah majalah baru-baru ini.

Bagaimanapun Farid enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai isu tersebut dan menganggap ia terlalu hybrid dalam kerjaya seni dan lain-lain.

"Saya minta maaf, saya tak boleh komen dengan lebih lanjut mengenai isu tersebut kerana itu melibatkan peranan saya sebagai seorang suami mahupun pelakon.

"Pihak media boleh bertanyakan apa-apa soalan kepada pengurusan artis Diana kerana ia di luar bidang saya untuk menjawab,"
ujar Farid kepada portal Murai di majlis tayangan perdana filem terbaru lakonannya, Abang Lejen di Mutiara Damansara

Ketika ditanya adakah isterinya menjadi mangsa keadaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab? Farid hanya menarik nafas panjang dan berdiam diri.

"Entahlah sukar bagi diri saya untuk menerangkan dan memberi komen yang terperinci, apa yang boleh saya lakukan hanya mampu berdoa agar insiden seumpama ini tidak berulang lagi," katanya dengan nada yang gusar.
Sumber : Murai Batu

ALAMAK !! Uqasha Senrose terlupa pakai bra pulak (4 FOTO)

Beberapa gambar fesyen terkini Uqasha Senrose yang kelihatan semakin jelita dan menawan pada pengamatan penulis.

Dengar khabarnya, hubungan kakak Nelydia itu dengan aktor kacak, Pekin Ibrahim tidak begitu baik sejak akhir-akhir ini. Lebih menguatkan spekulasi ini, Uqasha sendiri mengakui beliau kini boleh dikatakan solo.

"Picture can be anything, right? Kalau ikutkan Sha memang single dan Sha boleh kawan dengan sesiapa."

Mari layan kat SINI beberapa keping foto penampilan terkini Uqasha Senrose yang didakwa terlupa pakai bra dan pastinya membuat ramai jejaka di luar sana terpikat pada pandangan pertama, tak gitu? Kan usia aktres ini baru mencecah 22 tahun.