Pages

Saturday 30 May 2015

Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

kolom-menunggu-dan-kecewa-922_l
Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

Menenangkan hati Kecewa

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak tenang. Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.

1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..

2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangandalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)
** tips supaya mudah nak bangun **
– Berwudhuk sebelum tidur
– Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
– Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
– Kunci jam

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
– Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)

5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA.
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Tips Menghadapi Manusia Busuk Hati

blogger-image-775865130
Dalam kehidupan ini selalu saja ada jenis manusia yang pekerjaannya menebar fitnah, provokasi dan kebohongan. Biasanya mereka banyak berulah yang kadang menimbulkan masalah terhadap kita disebabkan fitnah dan provokasi yang mereka lancarkan.
Kadang sahabat dan teman kita menjauhi kita dan menjaga jarak dengan kita disebabkan oleh ulah mereka. Perlu Anda ketahui bahwa banyak diantara mereka yang terlibat atau terpengaruh fitnah, provokasi dan kebencian tersebut tidak memahami permasalahan yang sebenarnya. Apa yang harus kita lakukan jika terjadi hal seperti itu kepada kita?
1. Jangan pernah mundur dan menyerah. Anda harus yakin bahwa semua itu pasti berlalu dan dengan pertolongan Allah Anda mampu menghadapi semua itu. Yakinlah, bahwa “sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”, demikian firman Allah dalam surat “Alam Nasyrah” ayat 5-6.
2. Tetaplah berbuat kebaikan dan buktikan dengan perbuatan nyata bahwa semua fitnah tersebut adalah palsu sehingga terbongkarlah kebohongan si penebar fitnah tersebut.
3. Jangan mengotori hati Anda dengan kebencian dan dendam kepada mereka karena hal itu tidak berfaedah dan hanya menimbulkan kerugian Anda.
4. Perbanyak istighfar dan bertaubat kepada Allah serta mengoreksi diri (muhasabah) atas apa yang kita lakukan selama ini.
5. Jika dada Anda terasa sempit oleh ulah mereka lakukanlah dua hal ini;
a). Bertasbih dengan memuji Allah (memperbanyak berdzikir kepada Allah).
b). Bersujud (shalat).
Allah Taala berfirman:
“Dan Kami sungguh-sungguh mengetahui, bahwa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan,
, “maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud (shalat),” [QS 15 Al Hijr, Ayat 97-98]
6. Jika Anda sabar, tegar dan kokoh pasti Allah berikan kemenangan kepada Anda karena kesabaran adalah bala tentara terkuat yang tidak terkalahkan dengan ijin Allah.
7. Anda harus menyadari bahwa semua ini adalah ujian yang akan menjadikan Anda semakin mulia dan sukses jika Anda berhasil menghadapinya.
Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang yang sukses dunia akhirat

(13 GAMBAR) Lelaki Tinggalkan Gadis Cantik Demi Seorang Janda


Kisah dan gambar seorang lelaki meninggalkan kekasih transgendernya demi seorang janda tersebar di laman sosial.
Menurut individu yang memuat naik gambar tersebut, Azhar Idris, lelaki itu meninggalkan kekasih transgender (pelajar UiTM) untuk seorang janda yang menjadi pilihan hatinya.
“Janda sememangnya kini menjadi pilihan lelaki pada masa ini.
“Yang gambar seorang itu, ex transgender mamat tu. Yang girl dalam gambar berdua itu, janda yang dia couple,” dedah Azhar yang mengakui mengikuti Instagram milik ‘gadis’ transgender berkenaan.
“Transgender itu kawan kepada kawan saya di UiTM Shah Alam ini. Dengar macam baik orangnya, study pun PhD. Tapi itulah, tak sangka dia pondan,” katanya disusuli gelak ketawa.
Tampil seorang individu turut mengaku mengenali ‘gadis’ transgender ini.
“Saya pun kenal dia. Yes, dia baik orangnya. Tahu juga pasal kes putus dia dengan ex boyfriend tu. Dengar (cerita) dia kena buatan ilmu hitam orang selepas putus dengan mamat tu. Tapi dengar cerita, ex dia masih mencari dia tetapi dia dah tak nak dekat lelaki tu,” katanya.
Dengan wajah yang persis gadis, tidak nampak ketara seperti seorang lelaki. Netizen pula tidak putus-putus memuji kecomelan ‘gadis’ transgender ini berbanding memfokuskan kepada lelaki dan janda tersebut.
Dalam kes seperti ini, hanya ada dua perkara yang mungkin berlaku sama ada, pilihan sendiri atau hormon/naluri kewanitaannya terlebih. Bagaimanapun, marilah kita berdoa agar beliau kembali ke pangkal jalan.

GEMPAR...,Penguat Kuasa Terjumpa Terowong Rahsia Di Dalam Almari Yang Menakutkan !!!

Penemuan pintu rahsia dalam almari yang membawa kepada sebuah lorong rahsia bawah tanah yang menjangkau kira-kira 500 kaki ke arah sempadan Amerika Syarikat....

Penguatkuasa Mexico menemui terowong yang disyaki untuk kegunaan penyludupan dadah dengan tertangkapnya sembilan orang sebelum mereka berjaya menggali terowong di sempadan wilayah Amerika....

Askar yang memasuki lorong rahsia, di barat Lapangan Terbang Antarabangsa AL Rodriguez, terpaksa menuruni tangga sedalam 10 kaki sebelum mengakses jalan yang berlumpur. Laluan yang masih dalam pembinaan di sebelah pusat pemeriksaan Tijuana, lengkap dengan lampu dan pengudaraan....

Penguatkuasa menjelaskan, laluan itu belum lagi menyeberangi sempadan dan hanya sejauh 500 kaki....

Tetapi penguatkuasa percaya ia akan muncul di suatu tempat di dalam wilayah Amerika Syarikat....

Tapak terowong dianggarkan sekitar tujuh kilometer dari lintasan sempadan rasmi di San Ysidro, sebelum keluar melintasi sempadan...

Gambar:...