Pages

Saturday 13 June 2015

SAYU !! Kisah Kartunis Ujang Dari Gaji RM50,000 Dan Hanya...


Tempah Batu Nisan Untuk Kematian

IBRAHIM Anon, 46, pemilik nama kartunis Ujang, pernah mengalami pengalaman perit apabila karya atau lukisannya dipatenkan oleh pemilik sebuah syarikat awal 1990­an sebagai harta inteleknya.

Kisah seperti Aku Budak Minang, Usop Sontorian dan pelbagai watak pernah menghiasi majalah humor sehingga mengangkat popularitinya tetapi syarikat berkenaan menerusi peguamnya terlebih dulu menghantar notis bahawa mereka adalah pemilik Majalah Ujang.

Walaupun sudah turun naik mahkamah dan kesnya bertukar tangan daripada seorang peguam kepada peguam yang lain bagi menghalang syarikat berkenaan, segalanya sudah terlambat.

Menurut undang-­undang, dia tidak dibenarkan mengambil mana­mana bahagian dalam majalah itu dicetak semula dalam sebarang bentuk sama ada cetakan, penukaran, penyamaran, edaran, penyerahan atau mempamerkan dalam media cetak, digital dan pelbagai lagi tanpa kelulusan.

“Bayangkan, saya langsung tidak boleh melukis kartun yang pernah saya hasilkan menerusi watak ciptaan saya dalam sebuah majalah, sampaikan kalau lukis gambar pokok pun, saya dikenakan tindakan undang­-undang.”

“Cubaan mempertahankan hak saya dengan turun naik mahkamah membuatkan segala penerbitan saya terpaksa gulung tikar.

Saya dihujani surat dan arahan mahkamah agar segala majalah keluaran saya ditarik balik di pasaran. Hutang dengan syarikat percetakan dan gaji kakitangan semuanya bernilai RM1.8 juta. Akhirnya mahkamah mengisytiharkan saya muflis.”

“Bayangkan, saya terduduk dan rasa seakan­-akan kehidupan ini direnggut sekali gus rumah tangga saya juga hampir musnah dan memaksa saya lari ke kampung untuk mencari ketenangan.

Saya hampir gila dan pernah menempah batu nisan sendiri semata-­mata persiapan untuk ‘kematian’ sendiri,” katanya.

Demi menghilangkan tekanan perasaan, dia pulang ke kampungnya di Kuala Pilah tanpa melakukan sebarang kerja kerana buntu memikirkan apa yang berlaku serta fikirannya menjadi kosong.

“Saya berkelana dan wang ringgit memang langsung tiada, sebaliknya hanya berharap ihsan orang ramai.

Apabila pulang ke rumah semula, suatu hari emak menegur dan memarahi saya kerana mengerjakan solat dan berulang-­ulang hinggakan 14 rakaat.

Sebenarnya, ketika itu saya sudah tidak tahu apa yang berlaku seolah­-olah dalam dunia yang amat asing,” katanya.

Hampir lapan bulan menyepi diri dan langsung tidak menghiraukan isterinya, Zaiha Abdul Rahman dan empat cahaya mata, ibunya paling banyak memberi kekuatan semangat kepadanya agar bekerja keras demi masa depan dia sekeluarga.

Ujang mengakui yang dia pernah mengusung guni mengandungi gelang untuk dijual dengan harga RM2 semata-­mata mencari sesuap nasi. Bahkan, dia pernah melukis potret di kaki lima di sebuah pekan dan menjualnya kepada orang ramai untuk mencari sesuap nasi.

“Bayangkan ketika zaman kegemilangan, saya pernah memperoleh pendapatan RM50,000 sebulan tetapi di zaman kejatuhan, dengan hasil jualan lukisan potret berharga RM10, saya mampu menampung hidup saya untuk dua, tiga hari.

Bayangkan ketika melukis potret atau inspirasi daripada kartun saya dan mengabadikan dalam kad ucapan Hari Raya, tiba-­tiba saya didatangi surat saman.

“Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, saya sekali lagi tertekan apabila ibu meninggal dunia tiga tahun lalu.

Namun segala nasihat dan doanya menjadi ubat paling mujarab buat saya meneruskan kelangsungan hidup ini,” kata anak ketujuh daripada lapan beradik ini bercerita mengenai arwah ibu tercinta, Ramlah Omar.

Sebagai insan cekal, dia kembali ke Kuala Lumpur dan bertemu bekas majikannya, pemilik syarikat Creative Enterprise iaitu Jaafar Taib untuk kembali bertugas di syarikat berkenaan.

Namun katanya, selepas itu tidak putus­-putus rezeki datang menggolek dan mendapat tawaran menghasilkan kartun untuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Kini, dia bersama syarikat Century Vantage Sdn Bhd yang beroperasi di Petaling Jaya, Selangor menerbitkan majalah komik animasi yang menjurus kepada bacaan untuk semua golongan dan dikenali ‘Animaxi’.

“Apa yang penting dalam hidup, kita harus berfikiran positif. Walaupun diuji dengan pelbagai dugaan namun saya tidak pernah berputus asa bahkan kekuatan saya adalah sifat dalaman yang dimiliki diri ini.

Saya sudah menempuh pelbagai halangan besar dan reda dengan ketentuan
takdir,” katanya. lapor myMetro.

Dajjal keluar nnt bawak pompuan lawa2 mcm bidadari syurga..telanjang bogeyyyyy taw..



Dajjal keluar nnt bawak pompuan lawa2 mcm bidadari syurga..telanjang bogeyyyyy taw..
..Dajjal merupakan seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalnya. Dia diberi kelebihan oleh Allah untuk menguji keimanan manusia...Makanan orang-orang beriman ketika Dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Ilallah) dan takbir (Allahu Akbar).
..Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?"
"Tidak. Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar."
..Kita kena berpuasa sunat selalu sebab waktu Dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan atas muka bumi.
..Antara kelebihan-kelebihan yang Allah bagi dekat Dajjal:
- Boleh menyuburkan tanaman.
- Boleh turunkan hujan.
- Menghidupkan yang sudah mati.
..Macam mana Dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? Sempat ke?
"Pergerakan Dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin. Sangat laju!"..Dajjal akan menjadi ketua dekat dunia ni. Semua pemerintahan nanti akan berada di bawahnya. Bila dia dah kuasai semua, dia akan mengaku yang dia tuhan.
..Nanti , Dajjal akan suruh semua orang mengaku yang dia tu tuhan. Siapa yang mengaku, akan jatuh kafir, tapi dapat kemewahan dunia. Siapa tak mengaku, derita.
..Hari pertama Dajjal dekat dunia = Setahun.
Hari ke 2 = Sebulan.
Hari ke 3 = Seminggu.
Hari ke 4 sampai hari ke 40 = hari-hari biasa.
..Dajjal ni penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dikalangan kaum wanita dan kanak-kanak, kerana mereka mudah terpedaya.
..Sabda Nabi SAW; ketika dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya.."Jika Dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu semua untuk menentangnya."
- Nabi Muhammad SAW -
..Dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang dah meninggal untuk menyakinkan kita yang dia tu tuhan. Sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!
.."Jika kamu berjumpa dengan Dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi."
- Nabi Muhammad SAW -
Nabi dah berpesan. Jom amalkan!
.. Semua pelusuk dunia akan diterokai oleh Dajjal, kecuali 2 tempat sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat.
..Waktu Dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri. Tak ada siapa boleh menolong waktu tu sekalipun seorang ibu nak tolong anaknya.
.."Kalau kita menyorok dalam air, selamat tak dari Dajjal"?
Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan Dajjal tu di darat, laut dan udara.
Tak boleh lari..."Dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng, dan waktu tu tengah azan, akan musnah benteng dia tu."
- Syeikh Zainul Asri -
.. Dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan 'Kaf, Fa dan Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia adalah tuhan.

..Dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. Neraka yang dimaksudkan adalah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan. Neraka Dajjal sebenarnya adalah syurga dan Syurga Dajjal adalah hakikatnya neraka.
..Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. selepas Dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti...Amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al Kahfi, maka kamu akan terselamat daripada fitnah Dajjal. Ni hadis Nabi SAW.
..Sabda Nabi SAW; "Hafal 10 ayat pertama daripada surah al Kahfi, maka kamu akan selamat daripada Dajjal."
.. "Yang paling aku takut melanda umatku di akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh Dajjal."
- Nabi Muhammad SAW -
Orang yang malas nak ambil tahu pasal Dajjal ni, mereka tak tahu betapa hebatnya huru hara yang akan dibawa oleh Dajjal nanti.

5 PEMIMPIN NEGARA paling DIBENCI Dunia... Yang TERAKHIR Tu Anda Memang Nak TUMBUK !!!

5 PEMIMPIN NEGARA paling DIBENCI Dunia... Yang TERAKHIR Tu Anda Memang Nak TUMBUK !!! | Berikut merupakan 5 pemimpin yang paling dibenci dalam sejarah manusia atas kekejaman yang pernah dilakukan. KREDIT DAIRISHARE.

Pol Pot
Saloth Sar Aka Pol Pot dan Khmer Merah parti politiknya yang memerintah Kemboja selama empat tahun (1975-1979), tetapi orang-orang Kemboja tidak memiliki kenangan yang baik dari pemerintahannya, mereka ingat Pol Pot sebagai penguasa yang sadis. selama pemerintahannya sekitar 2 juta rakyat Kemboja mati kerana kelaparan, pembunuhan politik, kerja paksa dll. Kekuasaan Pol pot berakhir selepas pencerobohan Kemboja oleh negara jiran Vietnam pada tahun 1979, pembunuhan beramai-ramai selama pemerintahan Pol pot itu yang biasanya disebut sebagai Genosid Kemboja.
Adolf Hitler
Adolf Hitler (20 April 1889) adalah diktator Jerman yang terkenal, dianggap bertanggungjawab terhadap Holocaust; Adolf Hitler memerintah Jerman 1934-1945 sebagai penguasa mutlak. Adolf Hitler menjadi presiden Nasional Parti Pekerja Sosialis Jerman pada tahun 1932. Menurut anggaran antara 1939 dan 1945, kekuasaan Hitler membunuh lebih dari 14 juta orang, termasuk enam juta orang Yahudi, orang-orang mati di kem-kem tahanan, ghetto dan pelaksanaan massa, selain cara yang disebutkan di atas, banyak orang mati kelaparan dan penyakit ; Kekuasaan Hitler berakhir tepat setelah perang Jerman melawan Rusia pada Jun 1941, ketika pasukannya kalah perang dari Rusia; Hitler mati pada 30 April, 1945 selepas membunuh diri.
George W Bush
George W Bush (lahir 6 Julai 1946) sebagai presiden Amerika Syarikat 2001-2008, George Bush adalah salah satu presiden Amerika paling kontroversi dan dibenci, ia terpilih sebagai Presiden dalam pilihan raya yang sangat kontroversial 2001 dan dia juga bertanggung jawab memulakan perang terhadap keganasan yang terkenal pada tahun 2001.
Menurut para ahli, dunia dan khususnya dunia Islam membenci Bush, kerana polisi luar negerinya. Dunia sedang menghadapi kekacauan dan kehancuran; Menurut kajian yang berbeza dari orang awam Amerika juga tidak begitu senang dengannya, terutama kerana pengeluaran tentera yang berat dan causalities awam perang melawan keganasan, sehingga ketika ini Amerika Syarikat telah menghabiskan $ 704.000.000.000 hanya di Iraq, selain itu , lebih dari 5000 tentera dan beratus-ratus orang awam terbunuh dalam perang yang tidak popular.
Joseph Stalin
Pada tahun 1924, setelah kematian Lenin, Joseph Stalin menjadi pemimpin Soviet Union, dianggarkan lebih dari 60 juta orang mati di bawah pemerintahan diktator ini, ia juga dianggap bertanggung jawab atas kelaparan rakyat Soviet 1932-1933.
Menurut catatan rasmi Rusia, Stalin mengupah sekitar 800,000 orang untuk kejahatan politik dan jenayah.
Selama tahun 1932-1933, akibat polisi pertanian Stalin gagal, Rusia dan terutama Ukraine menghadapi salah satu kelaparan terburuk dalam sejarah Soviet, diyakini bahawa 6 hingga 8 juta orang meninggal dalam bencana kelaparan ini, di Ukraine kelaparan ini dikenali sebagai Holodomor.
Ariel Sharon
Ariel Sharon (lahir 1928) memegang jawatan sebagai Perdana Menteri 11 Israel dari bulan Mac 2001 hingga April 2006, ia juga menjabat sebagai komander di Angkatan Darat Israel dari tahun 1940-an hingga awal 1970-an, ia mengambil bahagian dalam Perang Kemerdekaan 1948, 1956 Suez War , Perang 6 Hari tahun 1967, dan Perang Yom Kippur-1973. Setelah bersara dari tentera, Sharon bergabung dengan Parti Likud sayap kanan, dia sangat menyokong pembangunan penempatan Israel dibenarkan di tepi Barat dan Jalur Gaza pada tahun 1970, 1980 dan 1990-an.
Pada tahun 1983, sebuah suruhanjaya ditubuhkan oleh Kerajaan Israel untuk menyiasat insiden yang berkaitan dengan perang Lebanon 1982, didapati bahawa Ariel Sharon secara tidak langsung bertanggung jawab atas pembunuhan beramai-ramai orang awam di Sabra dan Shatila, ketika ia menteri pertahanan Israel.

Macam Sudah Tahu Ajal Akan Tiba!



Al Fatihah gadis ini dikatakan meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Ulu Melaka. Gadis yang bernama.. .. Nur Allia Samad, .. berumur 19 tahun itu terbabas dan melanggar sebatang pokok dan meninggal dunia..
Mangsa ketika itu menaiki sebuah kereta produa kancil meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.Mangsa yang merupakan bekas pelajar (Kolej Vokasional Langkawi) itu, berasal dari Kampung Kedawang, Langkawi, Kedah
Apa yang menyedihkan, mangsa pernah memuat naik satu status di laman facebooknya yang ditujukan kepada kekasihnya dengan ayat agar menunggunya mati dahulu jika ingin memutuskan hubungan..
Selepas arwah memuat naik status itu,,,beliau dikatakan kurang mengemaskini akaun laman sosialnya kerana kemungkinan terlalu kecewa.. Wallauhualam