Pages

Saturday, 5 July 2014

Punca sebenar Hanez Suraya dan Romie putus hubungan

Punca sebenar Hanez Suraya dan Romie putus hubungan - Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya hubungan Hanez Suraya dengan kekasihnya, Romie Razin Aidilha dah tak seperti dulu. Mungkin juga ramai yang menunggu berita ini keluar dari mulut Hanez sendiri.

Menerusi akhbar Metro Ahad semalam, Hanez menyatakan bersedia mengundur diri dan mengalah demi kebaikan Romie dan isterinya, Nur Liyana Manan.
"Saya sudah korbankan hubungan kami. Cuma orang tidak tahu keputusan yang saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang.

"Apa yang saya fikir sekarang mahu meneruskan kerjaya seni, tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini."
Hanez nampaknya masih kecewa kerana sering dikaitkan dengan masalah pasangan tersebut walaupun telah berkali-kali menyatakan dirinya bukanlah punca pergolakan rumahtangga mereka.
"Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan.

"Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak paham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegaskan apa juga masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya."
Sementara itu, Hanez juga berharap agar Romie dan Liyana dapat mencari jalan penyelesaian tanpa mengaitkannya lagi.
"Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa juga masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya.

Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku dan ia sangat tidak bagus."

Dalam masa yang sama, Hanez turut memberitahu dia pastinya merasa gembira sekiranya hubungan Romie dan Liyana dapat dipulihkan dan mereka kembali bersatu

sumber

Fesyen pelik busana Lisa Surihani yang superseksi macam towel

Pelakon terkenal, Lisa Surihani memang terkenal dengan fesyen-fesyen terkini yang belum berada di pasaran tempatan. Minat isteri pengarah Yusry Abdul Halim itu terhadap dunia fesyen diakui ramai peminat termasuk penulis sendiri.

Baru-baru ini, Lisa telah berkongsi sekeping gambar di laman Instagram miliknya yang mempamerkan beliau sedang menggayakan satu busana baru yang kelihatan agak pelik dan macam towel mandi. Masih nampak cantik dan mengancam namun tetap dipertikaikan peminat.

Apakah bentuk rekaan fesyen itu sebenarnya? Nak tengok, mari layan gambar di bawah untuk tatapan peminat setia yang sukakan Lisa.



 

Piala Dunia: KJ cuba 'up boss' pula


TAK habis-habis dengan Piala Dunia. Begitulah minat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin terhadap sukan yang menjadi kegilaan ramai itu.

Selepas dengan selamba meminta MC daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada hari pertama Piala Dunia berlangsung, Khairy hari ini cuba 'mengampu' bosnya pula.

Menerusi gambar photoshop pasukan 'Brazil' yang dikongsi di laman Twitter miliknya, Khairy yang berjersi nombor 11 bergurau, beliau tahu kenapa pasukan Brazil berjaya menewaskan Cameroon 4-1, malam tadi .

"Yes, ini sebab Brazil memang. #11 score dua bijik (up sendiri), 4 man of match (up boss), pakai songkok red card," tulisnya.

Selain KJ dan Najib, pemain lain pasukan 'Brazil' yang menjadi viral itu termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad, Rafizi Ramli, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Ibrahim Ali dan Safik Rahim.

Tidak ketinggalan, Khairul Fahmi Che Mat, Rowan Atkinson dan 'pemegang kad merah', Raja Bomoh, Datuk Ibrahim Mat Zain.

sumber

SUPERKOMPUTER BONGKAR TEKA-TEKI AYAM ATAU TELUR DAHULU






TELUR dulu ke ayam dulu?
Ini adalah teka-teki kuno yang sampai sekarang sukar ditentukan jawapannya. Masing-masing mempunyai jawapan yang tersendiri, sehinggakan sesetengah orang tidak lagi mahu melayan teka-teki yang tidak berkesudahan begini.

Walaubagaimanapun, teka-teki ini tidak hanya berlegar di sekitar tanah air sendiri, malah ia turut diperhatikan di luar negara dan melibatkan penyelidikan saintifik.

Misalnya baru-baru ini, kumpulan penyelidik dari Universiti Shefield dan University Warwick, United Kingdom mengesahkan bahawa jawapan sebenar bagi persoalan teka-teki tersebut ialah ‘ayam’ yang terlebih dahulu muncul sebelum ‘telur’.

Ringkasnya, bahan yang menghasilkan cengkerang telur berasal dari protein yang hanya terdapat dalam tubuh ibu ayam. Justeru, telur hanya akan diproses dalam tubuh ayam. Kumpulan penyelidik dari universiti tersebut menggunakan superkomputer bagi menghasilkan simulasi model proses pembentukan sebiji telur ayam.

Mereka menemukan bahawa protein yang diberi nama ovocledidin-17 atau OC-17 bertindak sebagai katalis bagi mempercepatkan proses pembentukan cengkerang telur.


Dengan superkomputer HECToR yang berada di University Edinburgh, Scotland, penyelidik membuat kesimpulan bahawa OC-17 sangat penting dalam proses penghabluran yang merupakan tahap awal pembentukan cengkerang kulit telur. Protein tersebut mengubah kalsium karbonat menjadi kristal keras yang menjadi komposisi utama kulit telur.

OC-17 mempercepatkan penghasilan kulit telur dalam tubuh ayam sehingga dalam tempoh 24 jam sebiji telur terhasil. Penemuan ini jelas membuktikan bahawa telur tidak dapat dihasilkan tanpa protein OC-17 yang terdapat dalam tubuh ayam. Maka terbukti bahawa, ayam terlebih dahulu perlu wujud sebelum telur. Terjawablah sudah teka-teki unik ini yang berlansung sejak sekian lama tanpa jawapan konkrit!.

-dailytech-
View the original article here