Pages

Friday 5 December 2014

Mentor Legend Kesal Tersalah Pilih Protégé?


KUALA LUMPUR,4 DIS 2014: Mentor Legend baru sahaja nak bermula, tetapi Murai Batu dengar-dengar cerita, ada seorang Mentor ini menyesal kerana salah pilih protégé dia.

Setelah menjalani beberapa latihan dan suai kenal dengan lebih mendalam, rupa-rupanya protégé yang dipilih mentor itu berkepala besar, ‘attitude’ dan perasan bagus.

Nak dijadikan cerita, Mentor ini sebenarnya telah termakan nasihat rerakan Mentor yang lain memberi pendapat bahawa protégé yang dia pilih itu bagus, baik dan berbakat.

Nampak tak permainan mereka nak kenakan sesama sendiri, ingatkan nak beri nasihat secara ikhlas  tetapi sebenarnya ada ‘udang di sebalik batu’.

Mentor ini juga dikatakan mahu ‘battle’ semula dan nak pilih protégé lain yang boleh merangkul gelaran juara.

Bagi Murai Batu, sabarlah wahai Mentor itu, harap-harap lepas ni kenalah berhati-hati sebelum membuat keputusan. Kelak nanti makan diri.

MURAI BATU: Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa. KORANG RASA SAPE MENTOR TU ???

Admin: Yang pasti mummy mas idayu ratu gelek terpinggir menten bahagia dgn protegee...siap masak ..jogging together2 lagi..

1 comment: