Pages

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Thursday 26 June 2014

VIDEO: PELAKON POPULAR FILEM TAMIL TINGGALKAN AGAMA HINDU UNTUK PELUK ISLAM






MONICA dulu dan sekarang
PELAKON popular filem Tamil, Monica, 27, membuat keputusan memeranjatkan apabila beliau memutuskan untuk menukar agama daripada Hindu kepada Islam dan seterusnya meninggalkan kerjaya seninya.







Monica memilih nama MG Rahima sebagai nama Islamnya.
Seperti dilaporkan portal muslimmirror, pelakon itu juga telah memilih nama MG Rahima sebagai nama Islamnya.

“Saya menukar agama bukan kerana cinta ataupun wang. Saya suka prinsip Islam. Inilah sebabnya mengapa saya telah memeluk agama Islam, ” kata beliau.






Monica kelihatan anggun mengenakan tudung dan menutup aurat
Menurut media India, Monica itu telah membuat pengumuman itu pada satu sidang media pada hari Jumaat lalu di mana beliau mengeluarkan gambar yang menunjukkan dia memakai pakaian tradisional yang sederhana dan bertudung.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebab di sebalik keputusannya untuk menyertai agama berkenaan.

Pelakon itu memulakan kerjayanya sebagai artis kanak-kanak dalam bahasa Tamil dan telah berlakon dalam lebih 50 buah filem.






“Saya menukar agama bukan kerana cinta ataupun wang"
Beliau juga merupakan bintang popular dalam industri perfileman India Selatan seperti filem Telugu, Malayalam dan Kannada.

Monica, juga pernah memenangi Tamil Nadu State Award sebagai pelakon kanak-kanak terbaik.

Pada tahun 2001, Monica telah berubah namanya kepada Paravana untuk industri filem Malayalam.

Oleh: Namialus_2020
Sumber: muslimmirror.com
Video: Youtube  

View the original article here

Friday 20 June 2014

Isu Peminat Ajak Nabila Tukar Agama, Amy Search Tidak Mahu Ambil Tahu

type='html'>Saya hanya tahu mengenai berita (peminat ajak tukar agama) itu semalam…Itu pun selepas membacanya di media.

“Saya tak mahu komen apa-apa…Saya dah malas…Biarlah perasaan ini saya kongsi dengan isteri sahaja…Saya tak akan cerita kepada sesiapa.

“Saya  tidak mahu ambil tahu lagi di mana dia berada, dengan siapa dia, kat mana dia…Biarlah dia,” katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi pada Khamis.

Itu jawapan yang diberikan kepada Amy Search, bapa kepada pelakon Nabila Huda berikutan seorang peminat yang mengajak anaknya itu menukar agama.

Kata Amy lagi, sebelum ini dia pernah menasihati dan menegur anak perempuannya itu, tetapi tidak kali ini.

“Tidak mengapalah…kali ini saya takkan cakap apa-apa lagi,” ujarnya seakan kesal dengan kontroversi terbaru yang melibatkan Nabila itu.

Nabila Huda kini berada di Barcelona bercuti bersama kekasihnya.




Sumber