Pages

Showing posts with label Bantu. Show all posts
Showing posts with label Bantu. Show all posts

Tuesday 22 July 2014

MENARIK..!! Fasha Sanda Bawa Anak Bantu Ibu Berniaga Di Bazar Ramadan


Walaupun seorang artis yang popular, Fasha Sanda tidak malu untuk mebantu ibunya berniga di Bazar Ramadan dan ramai peminat yang memuji dan berpuas hati dengan layanan yang diberi oleh Fasha Sanda.

 Ramai yang memuji tindakan Fasha membawa anak kecilnya untuk membantu ibunya berniaga di bazar Ramadan yang terletak di Putrajaya.

Meskipun popular, siapa sangka Fasha rupanya memiliki sikap merendah diri. Malah difahamkan, ramai peminat turut memuji Fasha dan berpuas hati dengan layanannya.

Menerusi Instagramnya, Fasha berkata, ibunya memasak sendiri semua juadah yang dijual. Laksa merupakan juadah utama selain beberapa hidangan istimewa yang lain.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, ternyata Fasha tidak kekok menguruskan bazar itu. Lebih menyentuh perasaan, anak kecilnya itu turut digendong bersama.
View the original article here

Monday 17 March 2014

Mari Bantu Mencari MH370 dengan mengunakan Digital Globe Satelit Kini Boleh Diakses Umum - #MH370

type='html'>
#MH370 - Beberapa hari yang lalu kami menulis tentang mengapa Google Eath tidak boleh digunakan bagi usaha mencari MH370. Ini adalah kerana imej yang digunapakai sekarang diambil lebih 3 tahun yang lalu. Digital Globe, pengusaha pengimejan angkasa  hari ini memberikan akses imej terkini kawasan laut seluas 300 batu bersegi. Kawasan yang merangkumi Teluk Siam dan sebahagian Laut Cina Selatan ini adalah kawasan yang dipercayai mempunyai keberangkatan tertinggi jatuhnya MH370.  Anda boleh mengakses peta terkini ini melalui laman TomNod milik mereka. Digital Globe mengambil gambar beresolusi tinggi ini menggunakan 2 satelit milik mereka beberapa hari yang lalu yang juga kemudiannya diberikan kepada pasukan cari dan menyelamat dari pelbagai negara.

Gambar yang diambil ini baru sahaja diberikan akses kepada umum hari ini.  Anda kemudian boleh meletakkan petanda lokasi puing ataupun objek yang mungkin adalah MH370 yang kemudiannya boleh dilihat pengguna lain. Setakat ini Digital Globe melaporkan beribu-ribu sukarelawan sudah menemui lebih kurang 60 000 objek yang mungkin boleh membantu proses pencarian pesawat malang milik Penerbangan Malaysia ini.
Sekiranya anda mahu membantu dan mempunyai masa terluang apa kata anda melawat laman sesawang Tmod sekarang. Ini adalah lebih baik dari mencipta teori makhluk halus, konspirasi False Flag, mencari bukti dari lirik lagu Pitt Bull ataupun meneropong bumbu buluh seperti Raja Bomoh. Ayuh kita bersama-sama mencari pesawat MH370 sekarang!
Sila Ke sini untuk membantu MH370 melalui carian satelit: tomnod.com
Tomnod

View the original article here