Pages

Showing posts with label Bayar. Show all posts
Showing posts with label Bayar. Show all posts

Friday 14 November 2014

Justin Bieber Bayar RM267,400 Kerana 'Telur'


New York: Justin Bieber dilapor membayar jirannya AS$80,000 (RM267,400) baru-baru ini kerana insiden baling telur yang dilakukannya Januari lalu.

Penyanyi remaja berkenaan dituduh membaling telur ke arah rumah jirannya sehingga menyebabkan kerosakan teruk.

Menurut majalah hiburan TMZ, Bieber melunaskan bayaran ganti rugi itu dan kini mengikuti kelas menangani kemarahan.

Buat masa ini Bieber diletakan dalam pemerhatian dan nampaknya dia berusaha untuk membetulkan kesilapannya.

Menurut sumber, dia sudah mengikuti enam daripada kelas berkenaan sebelum melakukan kerja kemasyarakatan.

Jika penyanyi berkenaan mematuhi hukuman yang dikenakan, dia dijangka dapat menamatkannya menjelang 10 Februari tahun depan.

Bagaimanapun, menurut sumber, tempoh pengawasannya hanya akan berakhir pada 2016. - Agensi

MetroOnline
View the original article here

Sunday 3 August 2014

Samsung S4 Cair Di Bawah Bantal, Samsung Bayar Ganti Rugi



Baru-baru ini, seorang gadis berusia 13 tahun di Utara Texas gadis yang mengecas Samsung Galaxy S4 miliknya, bangkit dengan keadaan yang terkejut setelah mengesan bau asap di dalam biliknya. Apabila dia bangun dan mencari-cari punca bau busuk, dia sedar bahawa ianya berpunca dari telefon yang diletakkan dibawah bantal. Dan bukan itu sahaja, bahagian belakang bantal hangus,dan telefon bagaikan telah digoreng kerana plastik telah cair.




"Kami menjangkakan bahawa produk yang kami beli(samsung) akan selamat," kata bapa gadis itu. Beliau memberitahu FOX bahawa dia mengesyaki bahawa telefon menjadi terlalu panas, menyebabkan bateri bengkak dan memulakan kebakaran.

Bateri di dalam telefon Galaxy S4 adalah bateri tiruan di pasaran, wakil Samsung memberitahu FOX. Selain itu, menurut Samsung, telefon itu juga telah dilitupi oleh bantal, menyekat aliran udara ketika mengecas. Perkara ini telah pun diberi amara.

Walaupun kemalangan berpunca dari pemilik Galaxy tersebut, Samsung memberitahu FOX dan Yahoo Tech bahawa syarikat itu akan menggantikan telefon, bantal dan tilam yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
.

"Samsung mengambil kira kualiti produk dan keselamatan pelanggan dengan serius," kata wakil Samsung tersebut. Sementara itu, Pengurus Produk HTC di AT&T pula menawarkan sebuah HTC One M8 kepada gadis malang berkenaan di reddit.
View the original article here