Pages

Showing posts with label Berhatihati. Show all posts
Showing posts with label Berhatihati. Show all posts

Wednesday 19 November 2014

BERHATI-HATI DENGAN GADIS CANTIK INI!

BERHATI-HATI DENGAN GADIS CANTIK INI!-Berhati-hati dan sentiasa mengingatkan wajah awek cun inikerana menurut beberapa mangsa,mereka telah di invite dari laman sosial terutama facebook sebelum di ajak bervideo call dan kemudian gadis ini mengambil gambar mangsa sebelum kepala di cut dan dibogelkan.dan ada sumber lagi dikhabarkan gadis ini nekad mengajak melakukan seks melalui webcam!.

Selepas itu gambar mangsa kemudiannnya di guna untuk mengugut mangsa supaya memberi wang tunai.jika gagal memberi wang,gadis ini menyebarkan gambar bogellll tersebut.

Nama gadis ini di facebook Eya Pineda.namun awek ini kemungkinan besar seringkali menukar namanya atau mungkin mempunyai lebih dari satu akaun facebook.

Gadis cantik molek penipu ini berasal dari filipina,so apa pun berhati-hati ye..sebarkan pada rakan-rakan dan keluarga anda.
View the original article here

Monday 21 July 2014

[4 Foto] Berhati-hati Membeli Kasut Di Al-Ikhsan

Ini gambar kasut saya yang baru dibeli di Al-Ikhsan. Walaupun rupa macam kasut budak sekolah tetapi diri ini telah tertarik ketika pertama kali memandangnya. Gelora untuk membeli berjaya ditahan sehingga aku kembali menyambung tugas di Melaka.

Kali pertama menyarungkan kaki dengan jenama New Balance. Belum pernah pakai lagi sebelum ni. Memang selesa dan rasa berbaloi untuk dijadikan belian.

Sebelum aku perasan ada ketidaksempurnaan pada kasut tersebut. Tersangat hampa bila perasan dua lubang paling atas kasut belah kiri tidak ditebuk seperti sepatutnya. Jadi, persoalan kenapa tali kasut sebelah kiri lebih panjang apabila diikat terjawab. Takpe, esok boleh bawak tukar dengan yang lain.

Malang berganda sebab saiz yang sama sudah tiada. Aku cadangkan untuk dapatkan penggantinya dari cawangan lain yang tidak jauh dari lokasi kasut ini dibeli. Tak boleh! menjadi jawapan sebab memang begitu sistem yang diterapkan dalam semua rangkaian jualan Al-Ikhsan, katanya. Berkeras aku nak kasut macam tu jugak sebab memang dah berkenan sangat masa tu tapi apakan daya, muka tak hensem, ayat pun sudah tentu tak power. Rundingan berpihak kepada pihak penjual.

Dipendekkan cerita, aku kena tukar kasut lain yang sama atau lebih tinggi harganya. Terpaksa angkat PUMA Usain Bolt walaupun kena tambah duit lagi. Keselesaan kasut ini bagi aku masih belum berjaya menandingi New Balance yang dibeli sebelum ni. Entah, tak rasmi pakai pun lagi walaupun dekat dua minggu dah beli.

Sebelum perkara sama berulang, eloklah diteliti dulu kasut atau barangan lain yang hendak dibeli. Aku tak perasan cacat cela kasut tu sebab display yang aku cuba elok je. Silap aku gak tak cek perabis sebelum berangkat pulang. Nasib baik dekat dengan kediaman. Senang kerja...tapi masih belum berpuas hati dengan apa yang berlaku.

View the original article here

Saturday 15 March 2014

Berhati-hati: Pengikut ajaran sesat cuba kaitkan kehilangan misteri MH370!

type='html'>

Berhati-hati dengan perkongsian artikel agama dan kaitannya dengan kehilangan pesawat MH370

Baru-baru ini, kami menerima link perkongsian daripada pengguna facebook mengenai satu artikel yang boleh dikaitkan dengan kehilangan misteri pesawat MH370.

Artikel yang bertajuk "Nahas Misteri Helikopter di Bario : 2004 – Tuhan Menunjukkan Kekuasaan KerajaanNya" sebenarnya mempunyai isi tersirat yang tidak diketahui oleh ramai pengguna media sosial yang mula berkongsi artikel tersebut.

Paparan artikel di blog Heliconia

Jika anda perhatikan isi artikel itu, penulisnya mendakwa kehilangan misteri Helikopter di Bario pada tahun 2004 itu adalah angkara jin yang marahkan pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak. Hasil bantuan team yang dinamakan SkyLab, akhirnya Helikopter Hornbills Skyways yang terhempas dapat dijumpai.

Tragedi Helikopter terhempas di Bario (2004)

Namun setelah kami selidiki, artikel yang diterbitkan pada tahun 2006 itu sebenarnya berkaitan dengan ajaran sesat Al-Arqam. Kami menemui nama yang tidak asing suatu masa dahulu di dalam artikel tersebut:

Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada helikopter itu telahpun didapati oleh penaung Skylab (Ustaz Ashaari Muhammad) seelok sahaja helikopter itu hilang, secara alam kerohaniannya.

Melalui perenggan di atas telah menyebut nama penaung Skylab bernama Ustaz Ashaari Muhammad. Untuk pengetahuan, Asaari Muhammad atau Ashaari Muhamad (Lahir pada 30 Oktober 1937, meninggal pada 13 Mei 2010) merupakan pengasas pertubuhan Al-Arqam (Wikipedia). Ajaran Al-Arqam diwartakan sesat dan diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.


Malah, pada url artikel tersebut turut menunjukkan perkataan "abuya-bantu-misteri-kehilangan-helikopter-di-bario/" seperti gambar dibawah:


Blog heliconia.blogspot.com itu juga telah menerbitkan banyak artikel yang memuji kebesaran Ashaari seperti satu artikel dibawah.


Pasti ramai yang terkejut akan pendedahan ini kerana artikel yang ditulis amat tersusun dan seolah-olah logik akal dapat mencernakan dengan gambar dan bukti yang ditunjukkan.

Semoga pendedahan ini dapat mengelakkan para pengguna media sosial terpengaruh dengan artikel-artikel memuja Abuya di dalam blog itu yang ditakuti kelak memesongkan akidah diri dan rakan-rakan yang lain. -Tengok TV Online


View the original article here