Pages

Showing posts with label Dililit. Show all posts
Showing posts with label Dililit. Show all posts

Friday 1 August 2014

Astro Oasis Sahkan Gambar Mayat Dililit Ular Rakaman 'Tanah Kubur'

Astro Oasis Sahkan Gambar Mayat Dililit Ular Rakaman 'Tanah Kubur'


Stesen televisyen saluran Astro Oasis mengesahkan beberapa gambar jenazah dililit seekor ular yang tersebar dan menimbulkan kekecohan masyarakat merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur: Kutuk Azan.

Pengurus saluran itu, Namanzee Harris berkata, gambar tersebut diambil oleh salah seorang krew produksi untuk simpanan pihak Astro, bagaimanapun ia tersebar di laman-laman blog dengan pelbagai cerita yang menimbulkan kerisauan orang ramai.

"Ya, itu merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur bagi episod Kutuk Azan, saya juga tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar di internet kerana drama itu belum lagi ditayangkan.