Pages

Showing posts with label Exist. Show all posts
Showing posts with label Exist. Show all posts

Thursday 27 November 2014

4 Foto terbaru Nor Azeana Ramli, isteri Ezad Exist

Perintah tahanan reman ke atas bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad berlangsung dalam suasana menyentuh hati apabila isteri penyanyi itu, Nor Azeana Ramli berkali-kali mengungkap perkataan I love you so much (Saya sangat cintakan awak) sebaik Ezad tiba di Mahkamah Majistret semalam.



Nor Azeana yang setia me­nunggu Ezad selama lebih satu jam sejak pukul 9 pagi turut sempat berkata, Take Care B (Jaga diri B) kepada penyanyi yang terkenal dengan lagu Percintaan Ini itu selepas selesai perintah tahanan reman tersebut.



Dalam perintah tahanan reman semalam, Ezad atau nama sebenarnya Mohd. Rohaizad Mohamad Lazim, 35, direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan tuduhan memiliki dadah jenis syabu di pekarangan tempat letak kereta di kompleks beli-belah Selayang kelmarin.












View the original article here

Monday 24 November 2014

Ezad Exist Ditahan Positif Dadah, Hisap Dadah Jenis Syabu Bersama Pelakon Wanita Terkenal

Dalam satu salinan laporan tangkapan polis yang kami terima hari ini, difahamkan yang Ezad Existatau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Bin Mohamad Lazim telah ditahan pihak polis sekitar jam 1.30 petang di sekitar kawasan kompleks Selayang Mall selepas menerima aduan.

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Gombak telah menahan penyanyi itu yang berada di dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Wish sebelum menemui peket kecil plastik lut sinar yang disyaki berisi dadah jenis syabu sebelum dibawa ke IPD Gombak.

Ujian saringan awal polis juga mendapati yang sampel air kencing Ezad Exist positif dadah.

Kami telah menghubungi IPD Gombak dan pegawai di bahagian narkotik mengesahkan tangkapan ini berlaku. Berita lanjut bakal menyusul. (rtky/hmz)

View the original article here