Pages

Showing posts with label Konsert. Show all posts
Showing posts with label Konsert. Show all posts

Saturday 22 March 2014

Penganjur edar kondom kepada para pengunjung konsert?

type='html'>PETALING JAYA: Kematian enam anak muda didakwa akibat pengambilan dadah berlebihan pada acara muzik terbesar, Future Music Festival Asia (FMFA) minggu lalu mengejutkan rakyat Malaysia.

Konsert berkenaan didakwa turut dicemari dengan ‘pemberian’ kondom yang menyebabkan berlakunya pergaulan bebas tanpa batasan.

Kondom berkenaan yang diletakkan dalam pek ringkas berwarna hitam yang tertera logo ‘Future Music Asia 2014' dengan tema ‘Party Hard, Party Safe, Take Care’.

Pek berkenaan diletakkan satu kondom serta memaparkan cara penggunaan.



Keadaan ini nyata memburukan imej negara yang lebih menumpukan kepada prospek kehadiran pelancong sehingga sanggup membenarkan anak muda menggunakan barang terlarang dan berhibur secara bebas.





Dalam kejadian berkenaan, enam individu meninggal dunia sementara tiga yang lain kritikal ketika berhibur dalam acara itu.

Semuanya adalah rakyat Malaysia berumur antara 21 dan 28 tahun.

Difahamkan konsert tiga hari itu mendapat kelulusan Kementerian Pelancongan selain dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis dijadual membuat persembahan pada 13-15 Mac 2014.

Ekoran kejadian berkenaan, konsert itu terpaksa dibatalkan dan hanya berlangsung satu hari.

FMFA mendapat dokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Malaysia Major Events sebuah bahagian di bawah agensi Kementerian tersebut iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau


Sumber




PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here

Wednesday 19 March 2014

6 Maut Di Konsert Festival Music, Bukit Jalil

type='html'>


http://cdn02.mynewshub.my/wp-content/uploads/bigstock_silhouettes_of_concert_crowd_i_1565261621-565x312.jpg
( gambar hiasan )Konsert Yang Mengundang Musibah



Enam maut dan tiga lagi berada didalam keadaan kritikal kerana mengambil dadah jenis 'methamphetamine' secara berlebihan semasa menyaksikan Konsert Festival Music Di Bukit Jalil. Keenam-enam mereka adalah merupakan rakyat Malaysia berumur di antara 21 dan 28 tahun. Tiga daripada mereka adalah wanita dan berbangsa Melayu. Sedihkan...

Bila perkara macam ni berlaku, kita rasa sedih sangat coz pada masa sebahagaian daripada rakyat Malaysia masih sedih dengan apa yang berlaku pada pesawat MH370, ada juga pihak yang sengaja mengundang musibah. Difahamkan kebanyakan mereka ni mengambil dadahtersebut untuk memastikan mereka mempunyai cukup tenaga untuk menari dan berhibur sehingga pagi.

Dadah Jenis 'Methamphetamine'

Konsert Mengundang "Drug Cartels"



Dan semalam bila kita tengok berita mengenai kes ni, kita agak terkejut bila dengar kenyataan dari Saudara Khai Aziz, Presiden Drug Free Youth Association. Menurut beliau, kejadian ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Dia dah expect benda ni akan berlaku kerana perkara yang sama berlaku pada tahun lalu. 

Sebagai seorang yang pernah terlibat dalam aktiviti seperti ini, beliau mengesahkan penganjuran Festival Music atau seperti ini sebenarnya mengundang puluhan "drug cartels"ke tempat tersebut kerana kehadiran penonton dalam jumlah yang besar. Bagi mereka inilah masa paling sesuai untuk mendapat pulangan lumayan coz ramai pengunjung terutama anak-anak melayu kat situ yang memang teruja untuk "Menghiburkan Diri" secara berlebihan.

Mungkin tiba masanya kerajaan mengambil serius perkara ni. Penguatkuasaan perlu dilakukan. Pastikan mana-mana konsert yang diadakan di Malaysia adalah "FREE" dari dadah. 



View the original article here