Pages

Showing posts with label MILITAN. Show all posts
Showing posts with label MILITAN. Show all posts

Monday 30 June 2014

MISTERI PEMIMPIN MILITAN


Gemar memakai topeng apabila berdepan dengan panglimanya hingga menyebabkan dia diberi gelaran ''syeikh halimunan''.
BAGHDAD: Daripada semua pemimpin militan yang dikenali, Abu Bakr al-Baghdadi, ketua militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL), ialah antara yang penuh misteri.

 Malah, kemisteriannya semakin bertambah selepas ISIL berjaya menawan kota Mosul dan kemudian Tikrit, menurut laporan akhbar Guardian semalam. 

Digambarkan oleh beberapa pihak sebagai ''Osama bin Laden'' yang baru, sebanyak AS$10 juta ($12.4 juta) ditawarkan bagi penangkapannya. 






Abu Bakr al-Baghdadi
Hanya dua gambar al-Baghdadi kini diketahui wujud, dan dia tidak dilahirkan di Baghdad tetapi 125 kilometer ke bandar Samarra.

Al-Baghdadi dikenali sebagai seorang pemimpin yang bercita-cita tinggi dan ganas.

Dia diketahui tidak suka menonjolkan diri di kalangan anggota ISIL, yang dianggarkan sekitar 7,000 orang.

Dia juga tidak suka membuat pengumuman menerusi rakaman video dan beberapa laporan mendakwa al-Baghdadi memakai topeng apabila berdepan dengan panglimanya hingga menyebabkan dia diberi gelaran ''syeikh halimunan''.

Apa yang diketahui mengenai al-Baghdadi, yang mempunyai beberapa nama samaran, termasuk Abu Dua dan Dr Ibrahim Awwad Ibrahim Ali al-Badri al-Samarrai, diperolehi sebahagian besarnya daripada laman militan.

Dilahirkan pada 1971, al-Baghdadi memperolehi ijazah kedoktoran dalam pendidikan dari Universiti Baghdad.

Ada yang berkata dia menjadi anggota militan sewaktu zaman Saddam Hussein.

Ada pula menyebut dia tertarik dengan fahaman radikal semasa ditahan di Khemah Bucca atau selepas Amerika menyerang Iraq pada 2003, sebelum ditarik menyertai kepimpinan Abu Musab al-Zarqawi.

-beritaharian.sg-
View the original article here